• PIMPINAN 10-11

    Bersama Menerajui Perubahan

  • Bergambar Bersama Penceramah

    Semasa menjadi fasilitator Mukhayyam Syakhsiah Muslim Anjuran Badan Dakwah dan Ibadah SMA al-ittifaQiah Guai,Pahang

  • Wilderness Adventure Camp LANGKAWI

    Saat terakhir bergambar bersama-sama

  • Wilderness Adventure Camp LANGKAWI

    Saat terakhir bergambar bersama-sama

  • Wilderness Adventure Camp LANGKAWI 2007

    Bergambar bersama ahli-ahli kumpulan semasa berkayak di laut...Hidup Gacrux!!!

Sunday, April 10, 2011

Luahan ~hati seorang insan

Posted by Tengku Ibrahim on 7:54:00 PM


Anakku...
Kasih sayang bukan ungkapan atau pujukan...
Bukan juga dibelai atau dimanja...
Tanda kasih bukan juga pada longgokkan harta...
Atau wasiat pusaka...
Walaupun ibu ini bukan siapa-siapa...
Hanya menumpang sedikit hatimu...
Diterima Alhamdulillah...
Ditolak ibu redha...
Ibu sekadar ingin beritahu...


Hidup ini perlu pantas dan laju...
Untuk memacu ikhlas hatimu...
Bukan mudah bermujahadah...
Bukan senang beristiqamah...
Tidak mudah menuju fisabilillah...
Setiap langkah harus jelas dan penuh wadah...
Kita ini umat bermaruah...
Kita ini hamba yang bertuah...
ALLAH membuka lapang keampunan...
ALLAH menyuburkan seluasnya kasih saying...
ALLAH penuh ihsan dan kerinduan...
Buat hambaNya yang bersimpu dan bermohon pertolongan...
Ayuhlah jangan bertangguh...
Bermesyuarahlah agar kita tidak rugi...
Beristikharahlah agar kita tidak menyesal...
Bangunlah,gerakkan urat nadimu...
Bersihkan hatimu...
Berhijrahlah demi perjuangan ini...
Buang tangguh yang membawa keruh...
Bunuh malas yang membawa rebah...
Campakkan saja sikap leka yang membawa luka...
Mana tahu ini hari terakhir ibu...
Ingin sangat melihat kejayaanmu...
Biar ibu ini hanya mampu mengintai kejayaan dihujung waktu...
Hanya ALLAH yang tahu...!!!
_______________________________________________

Luahan ini telah ditulis oleh seorang yang diberi nama Ibu Zuraidah kepada penulis. Beliau adalah seorang yang sangat tabah menghadapi cabaran dan dugaan yang silih berganti. Beliau ibarat seorang ibu buat penulis yang tidak pernah jemu memberi semangat dan dorongan untuk terus berjuang di atas muka bumi ini. Semoga Allah senantiasa melimpahi rahmat ke atasNya...

Dicatat oleh :
Prince-tengku
11/04/11,11:12 AM

Thursday, April 07, 2011

Pilihan Di Tangan Anda

Posted by Tengku Ibrahim on 7:41:00 AM



Bismillah...

Pada suatu hari,ada seorang pemuda sedang berehat-rehat. Beliau telah dikurniakan oleh Allah keupayaan akal yang bijaksana, berbeza dengan pemuda-pemuda lain sezaman dengannya. Apa yang menariknya kebijaksanaan yang telah dikurniakan kepadanya telah digunakan dengan sebaiknya untuk membantu orang lain tanpa mengira bangsa,umur dan pangkat.


Telah ditakdirkan oleh Allah,suatu hari beliau telah menghidapi satu penyakit misteri. Telah ramai doctor, dan pakar perubatan beliau temui. Akhirnya beliau, diberitahu bahawa penyakitnya hanya boleh diubati oleh seorang pendeta yang tinggal di atas sebuah gunung.

Beliau pun,berasa gembira dan terus mendaki gunung tersebut untuk berjumpa dengan pendeta berkenaan. Beliau terus mendaki,mendaki dan mendaki sehinggalah beliau menemui sebuah pondok usang yang mana tempat tinggal pendeta tersebut.Beliau pun menyatakan hasratnya kepada pendeta berkenaan.Pendeta tersebut diam tidak berkata apa-apa. Beberapa minit kemudian,ada seekor burung hinggap di atas bahu pendeta tersebut.Dengan pantas, pendeta tersebut menangkap burung itu dan seterusnya menggenggamnya. Dan berkata, “Aku boleh mengubati penyakitmu tetapi setelah engkau memjawab soalanku.Burung yang berada di dalam genggamanku ini,masih hidup ataupun telah mati?”Pemuda berkenaan senyap sambil berfikir sendirian.Pendeta berkata lagi : “Jika jawapan kamu betul,maka aku akan ubati kamu,tapi jika jawapan kamu salah kamu tidak boleh turun lagi daripada gunung ini dan harus menjadi khadamku”.Pemuda berkenaan dengan tenang menjawab : “Jika jawapan aku hidup maka engkau akan menggenggam burung tersebut sehingga ianya mati dan jika jawapan aku mati maka engkau akan membuka genggamanmu dan burung tersebut akan terbang pergi.Sesungguhnya demi Allah,segala pilihan adalah di tanganmu.Jika Allah menggerakkan hatimu untuk membantuku maka engkau akan membantuku,dan jika tidak maka adalah sebaliknya.Tidak aku kemari kesini melainkan dengan penuh pengharapan kepada Allah. Dan sesungguhnya aku redha dengan segala ketentuan dariNya. Aku tidak boleh berbuat apa-apa tanpa kehendakNya dan dia telah memberikan pilihan tersebut kepada kamu sama ada mahu membantuku ataupun tidak.Jika engkau membantuku, kebaikkan itu akan terus kekal bersamamu untuk dibawa dihadapan Allah kelak,jika sebaliknya maka engkau tidak akan rugi apa-apa.Segala pilihan adalah di tanganmu”.

____________________________________________________

*Cerita ini telah diceritakan kepada penulis semasa mengikuti sebuah kem yang dikendalikan oleh KESUMAT Consultant,semasa tingkatan 3.Tetapi cerita ini telah diubah suai oleh penulis. Kita harus ingat segala pilihan ada di tangan kita sama ada kita hendak jadi baik atau jahat,pandai atau bodoh,rajin atau malas.

Firman Allah yang bermaksud : Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum melainkan mereka yang mengubahnya.

Wallahu’alam~

Dicatat oleh :

Prince-tengku,
07/04/11, 10:26 PM

Tuesday, April 05, 2011

Akhlak Seorang Murabbi : Semalam,hari ini dan esok

Posted by Tengku Ibrahim on 10:05:00 PM

“Pada waktu itu kami sedang melakukan pertemuan di luar kota. Kerja-kerja tersebut selesai kira-kira pukul 12 tengah malam. Kami semua sangat letih kerana semangat dan kesungguhan kami dalam bekerja. Kebetulan kami mendapat bilik yang sama. Saya sudah sangat penat sekali dan ingin terus tidur supaya esok tidak terlambat untuk bangun solat Subuh. Kami berbaring di tempat tidur masing-masing. Tidak beberapa lama beliau memanggilku : “Umar, kamu sudah tidur?” Aku jawab : “Labbaika, belum lagi mursyid.” Beliau tidak berkata apa-apa lagi. Tidak beberapa lama kemudian beliau bertanya lagi hal yang sama : “Umar, kamu sudah tidur?” Aku jawab : “labbaika, belum lagi mursyid.”


“Aku di dalam hati tertanya-tanya mengapa beliau melakukan hal sedemikian. Lama beliau terdiam, tiba-tiba beliau memanggil lagi. Kerana aku sudah penat, akhirnya aku tidak menjawab. Aku harap beliau menyangka aku sudah tidur. Tiba-tiba beliau bangun perlahan-lahan, berjalan sambil memegang kasutnya dan terus menuju ke bilik mandi. Di dalam bilik mandi, aku dengar beliau dengan sangat berhati-hati berwudhu’ , agar percikan airnya jangan sampai membangunkanku. Kemudian aku lihat beliau mengambil tempat di sudut bilik menghadap kiblat, dan beliau pun menunaikan solat malam (Qiamullail) beberapa rakaat. Subhanallah!!! Begitulah ajaran beliau yang sangat melekat di hatiku.”

*Diceritakan oleh Umar at-Tilmisani berdasarkan pengalaman peribadi beliau tentang akhlak seorang pemimpin agung Ikhwan Muslimin ( Hasan al Banna ).

Rujukan : (Majalah Memperingati Imam asy Syahid Hasan Al Banna,Edisi Khas Revolusi Mesir 2011,Editor : Riduan Mohamad Nor)
___________________________________________________

Kisah ini khusus saya tulis buat para pimpinan sekalian termasuk diri saya serta ummat Islam. Betapa hebatnya peribadi beliau sebagai seorang mursyid,pemimpin,murabbi dan ayah sepanjang usia beliau. Umur yang singkat tidak mengurangkan jasa beliau kepada Ummat Islam pada hari ini,bahkan beliau sentiasa diingati sepanjang zaman.Beliaulah pemimpin agung yang memperjuangkan akidah perjuangan Islam di tengah-tengah keruntuhan masyarakat Mesir pada masa itu.Beliau telah dilahirkan pada tahun 1906 M dan telah syahid pada tahun 1949 M (43 tahun). Semoga Allah merahmati roh beliau dengan Rahmat-Nya.

Dicatat oleh :
Tengku Ibrahim Helmi b Tengku Mohammad,
Exco Lajnah Penerbitan dan Informasi 10-11,
Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran.
(1:04 PM,6 APRIL 2011)

Sekadar Perkongsian : Kiamat Hampir Tiba

Posted by Tengku Ibrahim on 2:00:00 AM

Monday, April 04, 2011

Mutiara Muhasabah Seorang Asy Syahid

Posted by Tengku Ibrahim on 8:10:00 AM


Ungkapan yang dipetik daripada Imam Hasan Al-Banna :



1)Perbaikilah dirimu di samping kamu menyeru seseorang ke arah kebaikkan.

2)Kita akan memerangi manusia dengan senjata kasih sayang.

3)Sesungguhnya kebahagian itu adalah impian yang diimpi-impikan oleh sekalian manusia.Oleh demikian,ianya terletak pada ketulusan hati sanubari mereka sendiri,dan ianya tidak datang dari luar hati mereka sekali-kali.

4)Nafsu yang berada di dalam diri kamu itu adalah sasaran utama bagimu.Jika kamu berjaya menundukkannya,maka untuk yang selainnya itu dalah lebih mudah.

5)Sesungguhnya ummah yang sentiasa menyempurnakan amalan di dalam persediannya untuk mati dan mereka tahu bagaimana cara yang paling baik untuk mati sebagai seorang yang mulia.Maka mereka itu mencagarkan kepada Allah akan kehidupan dunia yang amat disayanginya itu serta mengharapkan kenikmatan kekal abadi di akhirat kelak.Dan tidaklah perasaan al-Wahn yang menimpa diri kita melainkan ianya berpunca dari kecintaan terhadap duniawi serta bencikan kematian.Oleh itu, hendaklah kamu mempersiapkan diri kamu dengan amalan mulia ini(mati syahid), serta hendaklah kamu berasa haloba terhadap kesyahidan itu. Nescaya ia akan memberi kepadamu kemuncak kehidupan yang sebenar-benarnya(hidup di alam akhirat nanti)....
__________________________________________________________________

Dipetik daripada buku "Memperingati Imam asy Syahid Hasan Al Banna",edisi khas revolusi Mesir 2011,editor : Riduan Mohamad Nor









Sunday, April 03, 2011

Saatnya Pasti Akan Tiba

Posted by Tengku Ibrahim on 9:39:00 PM


Bismillah...
Hari saya ingin berkongsi dengan para pembaca budiman sekalian mengenai satu perbincangan ilmiah dengan seseorang yang sangat saya kagumi.Perbincangan kami hanyalah ringkas dan melalui medium telefon tetapi amat bermakna kepada diri saya. Saya merasakan perlu untuk saya kongsikan bersama.


Hadirin sekalian,
Pada masa kini semakin ramai masyarakat memilih bidang agama sebagai destinasi yang seterusnya untuk melanjutkan pengajian. Hal ini kerana bidang agama semakin mendapat smbutan dan tempat di jabatan-jabatan kerajaan selain mendapat peluang pekerjaan yang lebih mudah.Persepsi masyarakat atau golongan mahasiswa Islam kebanyakkannya pada hari ini hanya memandang bidang agama sekadar bidang agama semata-mata. Dalam erti kata lain,peluang pekerjaan dalam bidang agama hanyalah ustaz,ustazah,Imam,bilal,pegawai agama..,atau yg macam advance sikit kaunselor..Persepsi ini sebenarnya telah membantutkan atau mengecilkan skop agama itu sendiri.

Firman Allah taala dalam al Quran yang bermaksud masuklah kamu semua kedalam Islam secara menyeluruh.

Maknanya disini,salah satu konsep dalam Islam adalah Syumuliah.Jika kita beranggapan bahawa agama adalah hanya agama semata-mata,sebenarnya kita telah silap.Mungkin perkara ini adalah disebabkan oleh karat-karat jahiliah atau sekularism yang masih melekat pada pemikiran umat Islam pada maasa kini.

Persoalan yang saya hendak bawa adalah sebagai seorang Islam yang hidup pada era globalisasi ini sepatutnya kita semakin berani untuk membuka gaya pemikiran kita kearah lebih keterbukaan tetapi masih berlandaskan kepada al Quran dan Assunnah.Baiklah,saya ingin memberi satu contoh kepada para pembaca sekalian,dalam era moden ini sepatutnya golongan agama semakin berani untuk mencuba dalam bidang-bidang baru seperti kebanyakkan golongan korporat yang lain.Dalam negara kita,sya kira masih belum ada lagi busana muslimah yang benar-benar menepati syariah dalam islam.Kita hanya tahu mengkritik yang baju iu tak kena lar,sepatutnya macam ini lar..,tetapi kita tidak mahu menceburi bidang tersebut dan seterusnya memperbetulkan konsep busana muslimah yang menepati syariah yang sebenar-benarnya.

Selain daripada itu,kita juga boleh mencuba mungkin dalam bidang pemakanan.Sebab apa saya katakan ini,kerana pemakanan adalah salah satu aspek terpenting untuk tubuh badan manusia.Belum ada lagi,pakar makanan daripada golongan agama yang mengkaji makanan-makanan yang terbaik untuk anak-anak orang Islam dan untuk orang Islam sendiri.Semua perkara ini telah dijelaskan oleh Allah dalam alQuran.Tetapi kita malas untuk mnegkajinya.

Hadirin sekalian,
orng-orang yahudi ebat kerana mereka mengkaji alquran.Mereka memberi makan kepada anak-anak mereka apa yang menurut alQuran terbaik.Oleh sebab itulah,pemikiran anak-anak mereka sangat pintar.Tetapi kita orang Islam malas,akhirnya hikmah alQuran yang sepatutnya dapat kat kita jatuh kat tangan orang lain.

Mulai hari ini kita kena mengubah persepsi kita.Cuba-cubalah membuka minda untuk membuktikan bahawa Islam adalah yang terbaik dan semua ilmu sama ada astronomi,matematik,sains dan lain-lain sebenarnya berasal daripada tokoh-tokoh islam.Jika kita tidak mahu membuktikannnya maka siapa lagi..,tetapi saya yakin dan pasti saatnya pasti akan tiba di mana akan lahir satu hari nanti di era moden ini pakar nuklear daripada orang Islam yang benar-benar beriman dengan alQuran,akan lahir pakar pemakanan yang benar-benar menepati syariat Allah,akan ada Spa Islam yang menepati syarak,akan ada busana muslimah yang menepati alQuran dan Assunnnah.Saatnya pasti akan tiba,saatnya pasti akan tiba,satu hari nanti...,marilah kita BUKTIKANNYA...bahawasanya islam itu HEBAT>>><<<

Friday, April 01, 2011

PEMIKIRAN SONGSANG

Posted by Tengku Ibrahim on 7:48:00 PM



Assalamualaikum...pada kali ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian mengenai satu istilah iaitu ‘pemikiran songsang’ dalam kalangan golongan atau pelajar-pelajar agama.Hadirin pembaca budiman sekalian pemikiran songsang ini telah diutarakan oleh seorang cikgu di sebuah sekolah tahfiz di Melaka dalam ucapan perasmian penutup beliau untuk Program Pembangunan Hamalatul Quran 2011. Dalam ucapan beliau,beliau menggunakan istilah ‘pemikiran songsang’kepada pelajar-pelajar agama yang mana semakin hari semakin hebat dengan budaya jauh daripada Islam sama ada dari aspek kebersihan sehinggalah kepada aspek peribadi Muslim itu sendiri. Saya sedikit tertarik dengan contoh yang diberikan oleh cikgu berkenaan iaitu golongan huffaz yang tidak menjaga kebersihan sedangkan dalam mana-mana kita fiqh dalam islam bab pertamanya adalah thaharoh.Ini menunjukkan bahawa Islam sangat mementingkan kebersihan tetapi apa yang dilakukan oleh kebenyakkan golongan pelajar agama adalah bertentangan dengan apa yang sepatutnya.Satu contoh yang lain yang membuatkan saya tertarik adalah mengenai budaya membuli yang melampau di sekolah-sekolah agama.Solusinya beliau memberikan satu kaedah yang mudah..,iaitu apabila kita membuli sebenarnya kita telah membuli saudara seislam kita yang lain.


Hadirin yang saya hormati sekalian,
Tertarik saya untuk mengaitkan situasi tersebut dengan permasalahan yang sering kali berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar agama seperti merokok,couple dan sebagainya.Mari kita sama-sama singkap apa sebenarnya yang terjadi sehingga mana pelajar-pelajar ini tiada nilai Islam langsung dalam diri mereka.Pasti kita akan dapat bahawasanya permasalahan ini terjadi dek disebabkan kebanyakkan daripada mereka masih tidak mengetahui tujuan sbenar mereka memasuki sekolah agama.Suntikkan dotrin bahawa amalan agama adalah semata-mata sembahyang,puasa,pergi ke kedai bukan agama,makan bukan agama semakin menular dalam kalangan mereka.Dotrin ini telah disebarluaskan oleh mereka-mereka yang bencikan Islam bertapak di atas muka bumi ini. Kebanyakan daripada mereka adalah merupakan golongan-golongn atasan seperti pemimpin,professor,intellectual dan golongan atasan.Mereka sangat berpengaruh.Inilah yang kita sangat bimbangkan.Pelajar-pelajar agama tidak mampu memahami dengan baik tujuan agama ini diturunkan,sirah perjuangan baginda,tetapi mereka lebih terdesak ingin mencontohi tokoh-tokoh artis yang semakin rosak akhlak mereka.

Yang keduanya system pendidikan yang digunakan oleh Negara kita juga sedikit sebanyak sebenarnya menyekat pemikiran mereka untuk memahami tujuan tersebut.Sistem pendidikan kita yang lebih menumpukan kepada silibus peperiksaan semata-mata menegkang pelajar-pelajar ini daripada memiliki satu pemikiran yang baik dan kritis.Oleh itu,guru-guru dan pihak yang bertanggungjawab sepatutnya memainkan peranan yang penting dalam hal ini.Kitalah yang sepatutnya berusaa untuk membuka kembali minda mereka supaya kembali kepada satu tingkatan pencapaian umat Islam satu masa dahulu yang sangat dihormati oleh semua golongan,zaman kegemilangan Ilmu Islam.

Mungkin ini hanya sedikit luahan hati daripada diri saya sendiri yang semakin risau dengan perkembangan pelajar-pelajar sekolah agama.Mungkin disebabkan oleh pengalaman saya yang lepas sebagai seorang pelajar agama,membuatkan diri ini berasa perlunya seseorang untuk kehadapan dalam menangani permasalahan ini.Pelajar sekolah agama dianggap sudah tiada apa-apa dan disama taraf sahaja dengan pelajar aliran yang lain.Inilah yang sangat mengecewakan saya.Tapi saya yakin dan percaya zaman tersebut pasti akan kembali.Siapakah yang hendak menggantikan Sultan Muhammad al Fateh,pemimpin yang hebat Salahuddin al Ayubi...,jawapannya tidak lain tidak bukan KITALAH yang akan kembali meneraju kegemilangan tersebut..I’Allah...


  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site