Monday, October 24, 2011

Kritikan terhadap HIMPUN 2011

Posted by Tengku Ibrahim on 2:27:00 PM


Baru-baru ini saya berpeluang untuk menghadiri satu perhimpunan yang diadakan pada 22 Oktober 2011 di Stadium Shah Alam yang dinamakan “Himpunan Sejuta Umat” yang bertemakan “Selamatkan Akidah Umat”. Saudara saudari sekalian,hadirnya saya bersama di dalam Himpun 2011 tersebut tidak bermaksud saya bersetuju dengan pelaksanaan himpunan tersebut dan tidak bermaksud saya menolak sepenuhnya. Saya merasakan ada pro dan kontranya dengan pelaksanaan himpunan tersebut dan sewajarnya kritikan serta penambahbaikkan perlu ada,sekiranya kita masih mahu meneruskan himpunan tersebut pada masa-masa akan datang(bagi yang menyokong). Perlu diingatkan apa yang saya lontarkan ini adalah berkaitan dengan pandangan dan kritikan saya berdasarkan pemerhatian semasa berada di himpunan tersebut. Dan saya juga menerima kritikan bagi sesiapa yang hendak menolak,anda bebas mengkritik pandangan ini dan sebaliknya.

Hadirin sekalian,

Saya secara jujurnya sangat tidak bersetuju diadakan HIMPUN 2011 ini kerana beberapa faktor.

1) Saya melihat HIMPUN ini boleh menimbulkan sensitiviti agama lain. Hal ini kerana kita kena ingat kita hidup dalam masyarakat berbilang kaum dan agama. Himpunan ini memang bagus kerana hendak menyatu padukan umat Islam tetapi kebanyakan pemidato-pemidato tidak mengfokuskan pada kalangan yang hadir sebaliknya menghentam dakwah agama-agama lain. Sepatutnya kita perlu lebih mengfokuskan pada yang hadir tentang peranan,apa yang perlu mereka lakukan selepas ini dalam membasmi gejala murtad ini,tanamkan dalam jiwa mereka kasih sayang dan bersyukur dengan Islam,dan minta mereka sampaikan pada sahabat-sahabat mereka yang lain bahawa mulianya mereka kerana Islam tetapi sebaliknya telah berlaku, kita marah orang kristian berdakwah tetapi kita tidak buat apa-apa. Tiada guna kita berhimpun tetapi selepas itu,kita senyap, tidak buat apa-apa dan tidak menjalankan peranan kita. Membazir masa dan tenaga sahaja. Sentimen agama bukan perkara main-main. Himpunan seperti ini turut diketahui oleh orang bukan Islam,apa pandangan mereka tentang Islam selepas ini. Dan saya merasakan ini adalah tidak adil kepada penganut agama-agama lain dan saya takut penganut agama lain juga mungkin akan turut minta perkara sama sepertimana yang kita minta. Kesannya dakwah akan semakin terbantut dan pandangan orang bukan islam terhadap islam juga akan berubah.

2) Himpunan 2011 juga saya lihat lebih mengfokuskan pada orang Melayu. Ini kita dapat lihat secara jelas,terang lagi bersuluh, betapa besarnya banner “Melayu Sepakat Islam Berdaulat” dan dalam ucapan sebahagian pemidato juga ada hanya mengfokuskan pada orang Melayu sahaja. Macam mana dengan India Muslim, Cina Muslim dan kaum-kaum lain yang muslim. Kalau kita hendak memperjuangkan aqidah umat islam, kenapa kita tidak memperjuangkan semuanya sekali tanpa mengira bangsa dan kaum. Saya tidak tahu adakah perhimpunan ini ada agenda disebaliknya. Cubalah kita sama-sama fikir,bagaimana perasaan bangsa-bangsa dan kaum-kaum lain yang islam. Macam mana kita umat islam hendak bersatu kalau perkara seperti ini pun masih tidak selesai. Kita kena ingat Umar al khattab pernah berkata : Mulianya kita kerana islam. Tanpa Islam kita tiada apa-apa pun,tidak kira lah kita bangsa apa,melayu, cina,atau arab sendiri. Dan memang sewajarnyalah,HIMPUN 2011 tidak begitu mendapat sambutan orang islam kerana himpunan ini bukan hendak selamatkan aqidah umat islam tetapi hendak selamatkan Melayu. Dan marilah kita sama-sama merenung kembali bahawa di dalam al Quran ada disebutkan : Setiap orang mukmin itu adalah bersaudara. Tanamkan dalam hati, dan jangan kita lupa akan perkara ini.


Saya kira mungkin 2 point itu sahaja yang saya hendak tekankan,walaupun sebenarnya banyak lagi faktor-faktor lain seperti antaranya himpunan ini ada agenda tersembunyi lain,dan jika dilihat walau sensitif isu ini; ISMA hanya satu-satunya jamaah Islam yang terlibat dalam HIMPUN secara rasmi mempunyai agenda tersendiri untuk berkempen kepada ISMA. Semua tahu ISMA bercakap pada nada Melayu yang sama lantang seperti PEKIDA, PERKASA, PROWARIS, PEWARIS dan UMNO, ZulNordin, Ezam, Ibrahim Ali,dan lain-lain. Banner ISMA adalah banner paling besar di stadium, dan ramai yang tidak pernah melihat banner sebesar itu. Melayu Sepakat Islam Berdaulat, berkempen untuk sesuatu agenda. Antara yang lain lagi, ada ucapan pemidato dan peserta himpun yang tidak serius, bercakap tentang melayu lebih daripada Islam,dan lain-lain lagi.

Saya melihat Himpun 2011 bukan sahaja gagal malah turut menjadi fitnah kepada islam. Kita lihat sahaja, HIMPUN telah menimbulkan satu persepsi yang buruk pula terhadap kegagalan berhimpun tersebut di kacamata musuh Islam. Ada yang bertepuk, ada yang suka kononnya Ummat Islam pun masih terus gagal bersatu. Secara jujurnya saya minta pelaksanaan HIMPUN ini perlu dikaji semula. Tiada guna kita berhimpun menyatakan kita mempertahankan aqidah tetapi pada masa sama kita tidak buat apa-apa,serupa sahaja seperti sediakala.

Hadirin sekalian,

Saya melihat punca utama masyarakat murtad berleluasa adalah kerana kejahilan masyarakat. Sepatutnya usaha dakwah dan pendidikan Islam patut dipergiatkan lagi. Semua pihak harus memainkan peranan masing-masing. Majlis-majlis agama Islam mempergiatkan lagi usaha-usaha dakwah lebih lagi daripada para mubaligh-mubaligh agama lain. Disamping mengukuhkan sistem pendidikkan islam di semua peringkat. Isu murtad bukan perkara main-main. Perkara ini tidak akan selesai dengan hanya kita terpekik terlolong tetapi memerlukan usaha dan pergerakkan serta pengorbanan yang serius daripada kalangan kita sendiri.


Sebenarnya banyak lagi yang saya hendak bincangkan dan lontarkan bersama. Tetapi disebabkan kesempitan ruang dan masa saya rasa cukup sekadar saya berhenti disini dahulu. Sebagai akhirnya,saya mahu kongsikan tulisan daripada (http://tgkuazri.blogspot.com) yang menyatakan harapan sepertimana saya iaitu; Ummat Islam ada 2 kekuatan utama, aqidah dan ukhuwwah. Pada masa ini kekuatan aqidah sudah menjadi kulit bawang, dan kekuatan ukhuwwah rosak disebabkan perkauman dan extremist. Tidak ada apa yang tinggal pada kita dengan hilangnya kedua itu. Kita pula diajak oleh HIMPUN untuk terus memandang ke luar kotak kepada Kristianiasasi; Kristian, Yahudi atau Hindu antara agama yg melaksanakan ajaran agama mereka untuk berdakwah dan menarik manusia ke agama mereka. Kita tidak buat dakwah, malah kita berbangga dengan perlembagaan dan Raja yang sangat rosak diharap menjaga aqidah kita. Kita langsung tidak kisah sebab utama murtad dan Kristianisasi yang diperakui oleh semua ulamak dunia; iaitu serangan SECULARISME yang memisahkan Islam dari kehidupan. PAS minta HIMPUN tekankan isu dalaman bukan luaran semata (Kristianisasi), tapi HIMPUN menolak dan HIMPUN lebih mahu menonjolkan kekuatan Islam dengan seolahnya mahu menunjukkan kekuatan jumlah sejuta atau 100k yg hadir pada semalam itu kepada non-Muslims. Berlakulah ucapan perkauman dan ber amaran oleh ramai yang berucap, termasuk amaran oleh Pengerusi sendiri yang berapi-api melihat ke luar. Pandangan ini saya rasa jelas sebagai penutup kepada tulisan saya. Wallahualam....

0 comments:

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site