Thursday, October 27, 2011

Sesiapa pun berhak untuk mengkritik...

Posted by Tengku Ibrahim on 2:12:00 PM


Melihat kepada tajuk yang saya hendak ketengahkan pada penulisan saya kali ini, “Sesiapa pun berhak untuk mengkritik”.Saya sengaja memilih tajuk ini kerana saya merasakan masyarakat masa kini kurang memberikan perhatian kepada aspek kritikan ini,sama ada kepada pengkritik ataupun yang mengkritik.Sebelum saya pergi lebih jauh,sukalah saya untuk mulakan penulisan saya ini dengan definisi kritik itu sendiri.

Menurut wikipedia, kritik adalah masalah penganalisaan dan pengevaluasian sesuatu dengan tujuan untuk meningkatkan pemahaman, memperluas apresiasi, atau membantu memperbaiki pekerjaan. Jadi bisa diambil kesimpulan kritik adalah hasil dari pengamatan yang diberikan untuk meningkatkan dan memperbaiki perkerjaan.
(
http://maksumpriangga.com/)

Secara mudahnya,kritikan boleh difahami sebagai satu analisa atau kajian tentang sesuatu atas tujuan untuk meningkatkan pemahaman,penghayatan nilai dan membawa sesuatu kepada lebih baik. Kritikan juga adalah dengan tujuan atau niat supaya seseorang itu dapat membetulkan kesalahannya kepada lebih baik tetapi bergantung kepada sejauh mana kebernasan hujah yang hendak di lontarkan. Kritikan tidak semestinya di ikuti, ianya lebih kepada cadangan dan pandangan peribadi berdasarkan hujah masing-masing.

Hadirin sekalian,

Apabila kita melihat kepada definisi,maka di sini jelas menunjukkan bahawa kritikan adalah sesuatu yang baik dan menjana minda lebih-lebih lagi kebanyakan masyarakat atau generasi masa kini menerima ledakan teknologi maklumat yang luar biasa sehingga mentranformasi sesebuah masyarakat tradisi dan moden. Perentas maklumat seperti twitter, wikileaks, FB, Blog mula menyebarkan maklumat dengan pantas. Maklumat tersebar secara langsung dan ia boleh mempengaruhi media massa. Kepantasan maklumat menjadikan maklumat semakin dekat dengan kita dan kebanjiran maklumat telah merencamkan pemikiran generasi Y. Maka dengan sebab itulah, Gen Y lebih di lihat sebagai ‘1 dunia’ kerana proses globalisasi.

Justeru,apabila masyarakat masa kini semakin mempunyai maklumat-maklumat,pemikiran mereka lebih bergerak aktif dan energetik. Banyak pembaharuan dan kritikan membina yang mereka hendak lontarkan. Mereka cuba untuk membawa idea-idea baru dalam dunia Islam,yang mana idea-idea tersebut kadang-kadang bernas dan wajar kepada kita untuk menilainya.Persoalannya disini bukan,Gen Y yang saya hendak bincangkan tetapi kelahiran Gen Y telah sedikit sebanyak membawa kepada idealisme kritikan dan ini adalah sesuatu perkara yang baik yang patut menjadi budaya dalam kehidupan kita.

Sesiapa pun berhak untuk mengkritik,tidak kira sama ada dia seorang pemimpin,rakyat,mahupun hanya seorang ahli biasa. Cuba bezakan diantara kritikan dan mengata. Tidak perlulah ana hurai lebih lanjut kerana bezanya sangat jelas,kritikan adalah satu analisa. Budaya mengkritik ini sebenarnya telah pun berlaku sejak zaman para sahabat lagi,di mana Salman al Farisi mengkritik Umar al Khattab di dalam majlisnya dan banyak lagi kisah-kisah yang berlaku mengenai budaya mengkritik ini. Selain daripada itu,antara contoh yang lain ialah Prof Aziz Bari daripada UIA telah mengkritik Sultan sehingga beliau digantung jawatannya oleh UIA. Saya menyokong Prof Aziz Bari kerana kritikan tidak mengenal sesiapa dan di sini kita dapat lihat bagaimana kebebasan akademik cuba disekat. Walaupun,kritikan perlu tetapi sebagai seorang muslim kita hendaklah menjaga adab-adab kita ketika mengkritik tersebut,dari segi penggunaan bahasa,nada dan lain-lain tetap perlu dijaga. Sebagaimana,sabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak”.

Kesimpulannya,mungkin penulisan saya ini lebih kepada pandangan peribadi semata-mata. Saya menerima sebarang cadangan atau kritikan balas tetapi berdasarkan hujah yang benar. Pandangan saya tidak semestinya diterima dan terpulang kepada sesiapa yang hendak menolaknya. Mungkin saya benar dan mungkin saya tersilap.Wallahualam......

0 comments:

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site