Wednesday, March 25, 2009

Salehuddin Al- Ayyubi

Posted by Tengku Ibrahim on 5:41:00 AM

Salehuddin Al- Ayyubi merupakan seorang
sultan dan panglima perang dari suku kaum Kurdi. Beliau bukanlah seorang
panglima yang cemerlang walaupun tentera beliau memperoleh kemenangan yang
cemerlang ketika menentang pasukan tentera Salib. Akan tetapi beliau mempunyai
taktik peperangan yang cukup hebat. Usaha beliau yang paling berharga ialah
kemampuan beliau mempertahankan negara pada saat-saat kecemasan iaitu ketika
moral politik berada dalam keadaam keadaan genting. Pada masa itu beliau
menunjukkan teladan yang baik dalam semua tingkah lakunya. Beliau membina
benteng-benteng yang utuh sebagai persiapan menghadapi serangan musuh dari
setiap penjuru.

Bagi insan biasa mungkin
kejayaan Salahuddin Al- Ayyubi mengusir penjajah Perancis dari Palestin dan
Syam merupakan kejayaan yang cukup besar dan itulah tujuan ataupun keinginan
beliau. Namun begitu, kenyataannya Salahuddin Al- Ayyubi mempunyai misi yang
lebih besar lagi dan kejayaannya itu hanyalah sebahagian kecil kejayaan yang
telah dicapainya.

Salehuddin Al- Ayyubi
mempunyai misi dan cita-cita yang jauh dan tidak terbatas. Walaupun pembawaan
dan pandangan beliau agak sederhana, tersemat dihatinya satu impian yang cukup
besar. Beliau melihat dengan jelas kelemahan institusi-institusi politik Islam
yang memberi laluan mudah kepada negara-negara Salib yang kecil memperluaskan
wilayahnya dan memperkuatkan pertahanan masing-masing. Ini disebabkan
bermulanya keruntuhan moral politik Islam. Berdasarkan pandangan inilah
Salehuddin Al- Ayyubi bangkit untuk memperbaiki keadaan. Menurut beliau tidak
ada satu jalan pun untuk memperbaikinya kecuali menghidupkan kembali
keberkesanan politikk Islam di bawah satu naungan sebuah daulah yang bersatu.
Namun begitu semua ini bukan di bawah kepimpinan beliau akan tetapi diberikan
di bawah pengawasan Khalifah Bani Abbas.

Beliau juga memahami masalah
dan situasi dunia Islam bukan hanya dalam politik sahaja, akan tetapi juga
berkaitan moral dan akhlak manusia di mana pada pandangan beliau kekuatan
politik dan tentera pun tidak akan dapat menghancurkannya. Oleh kerana itu,
bagi memastikan usaha tersebut berjaya, beliau menyarankan agar dikembalikan
kuasa dan kepercayaan politik kepada tangan orang yang benar-benar berhak.

Beliau sangat suka bergaul
dengan para pemimpin dan panglima perang bukan sahaja dari kalangan
rakan-rakannya sendiri malahan dari kalangan musuhnya. Ucapan beliau sangat
jujur dan beliau seorang yang menepati janji walaupun terhadap tentera Perang
Salib sendiri. Kedamaian dibalas dengan kedamaian. Tidak pernah sekalipun
beliau memungkiri janji. Semua ini dilakukan bagi memastikan usaha beliau
tercapai. Beliau inginkan kejayaan dan kemenangan dapat melahirkan kekuatan
moral dan jiwa yang sangat aktif dalam kehidupan umat secara menyeluruh.

Bagi memastikan semua impian
dan cita-citanya tercapai, beliau mewajibkan dirinya untuk menerapkan
prinsip-prinsip keadilan, kaikhlasan, kejujuran, dan keterbukaan. Walupun
beliau bukanlah seorang pemerintah yang berpengalaman dan panglima perang yang memenuhi
kriteria, beliaulah satu-satunya sumber ilham dan kekuatan untuk menegakkan
kesatuan Islam di mata pejuang-pejuangnya. Beliau dapat melakukan semua ini
kerana beliau sendiri merupakan teladan yang jelas kelihatan dari segi
keberanian dan kemahuan yang cukup tinggi, kerendahan hati dan kemuliaannya,
serta kesederhanaan yang ditonjolkan.


0 comments:

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site