Sunday, December 25, 2011

PAS kutuk serangan gereja Kristian di Nigeria | HARAKAH

Posted by Tengku Ibrahim on 9:29:00 PM

KUALA LUMPUR, 26 Dis: PAS mengutuk sekeras-kerasnya serangan pembunuhan ke atas penganut Kristian dan gereja-gereja di Nigeria sempena perayaan Krismas di negara itu baru-baru ini.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, PAS juga turut menyokong kenyataan Majlis Muslim Britain semalam yang turut sama mengutuk serangan itu.

"PAS bersama masyarakat antarabangsa mengutuk keras serangan terhadap gereja Kristian tersebut.

"Kita juga menyokong kenyataan Majlis Muslim Britain yang mengutuk serangan tersebut," katanya kepada Harakahdaily.

Setiausaha Agung Majlis Islam Britain Murad Farooq, dalam kenyataannya berkata bahawa orang Islam yang beriman tidak boleh membiarkan serangan ke atas tempat-tempat ibadat penganut agama lain termasuk Kristian apatah lagi serangan itu berlaku pada perayaan yang paling penting bagi mereka.

"Ia menyakitkan hati dan umat Islam mengutuk tindakan itu yang telah mengancam hubungan antara orang Islam dan Kristian, yang telah damai di masa lalu.

Pada pagi Krismas lalu, dua gereja iaitu gereja St Teresa dan gereja Evangelical diserang sekumpulan yang menamakan diri mereka "Boko Haram".

Dalam serangan terbaru itu sekurang-kurangnya 15 orang menjadi mangsa.

(SUMBER : http://bm.harakahdaily.net/)

0 comments:

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site