Saturday, December 18, 2010

Kalam Penulis

Posted by Tengku Ibrahim on 7:46:00 PM


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca sekalian,pertamanya dan selamanya marilah kita bersyukur kepada Allah kerana limpah dan kurniaNya, kita masih diberi nikmat Iman dan Islam,marilah kita sama-sama juga berselawat ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad SAW yang merupakan pesuruh Allah kerana telah banyak berkorban untuk memastikan Islam terus kekal dan dapat dikecapi oleh kita sehingga hari ini...,

Alhamdulillah..,dapat juga saya menulis pada kali ini kerana untuk pengetahuan para pembaca yang budiman sekalian sudah banyak kali sebenarnya saya ingin mengemasini blog ini,tapi tidak sempat dek kesibukan yang tidak dapat dielakkan.

Hadirin sekalian,
sedikit renungan,pernah tidak terfikir apakah peranan kita di atas muka bumi ini..,duhai para pembaca sekalian sesungguhnya Allah berfirman dalam Al Quran yang bermaksud : tidak Aku (Allah)jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu.Firman Allah taala pada ayat yang lain yang bermaksud : Sesungguhnya Aku ingin menjadikan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi.

Berdasarkan dua ayat yang saya bawakan tadi.maka jelaslah sedikit sebanyak peranan serta tanggungjawab kita sebagai hamba Allah.Tetapi persoalannya adakah kita memainkan peranan kita sebaiknya..Saya tinggalkan persoalan tersebut kepada para pembaca sekalian.sama-samalah kita memuhasabahkan diri kita...wallahualam..


Hamba yang dhoif,
prince-tengku
Exco Penerbitan dan Informasi Sesi 2010/2011,
Persatuan Kebajikan pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran(PERKEMAT DQ).

0 comments:

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site