Thursday, February 03, 2011

Pacukan Semula ; Budaya Membaca

Posted by Tengku Ibrahim on 5:30:00 AM


'Membaca' satu tajuk yang ringkas,namun jika dilihat secara teliti membaca mampu memberi impak yang besar dalam sesebuah masyarakat dan tamadun.Hal ini kerana budaya membaca sering kali dikaitkan dengan dengan ilmu.Benar,perkara ini memang bertepatan sebagaimana kata pepatah Arab membaca merupakan kunci kepada ilmu.Rasulullah S.A.W bersabda "menuntut ilmu menjadi kewajipan kepada setiap Muslim".Sebelum kita pergi lebih jauh dalam perbincangan ini,saya ingin mengemukakan beberapa definisi 'membaca' mengikut pandangan tokoh-tokoh bahasa.Pandangan pertama daripada Klein, dkk. (dalam Farida Rahim,2005: 3) mengemukakan bahwa definisi membaca mencakup:pertama, membaca merupakan suatu proses. Maksudnya adalah informasi dari teks dan pengetahuan yang dimiliki oleh pembaca mempunyai peranan yang utama dalam membentuk makna.Pandangan kedua daripada Harris dan Sipay(1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis.Pandangan ketiga daripada Manakala Kenedy (1981) pula mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui, dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu,memahami dan mentafsirkan maksudnya.Pandangan keempat daripada Marohaini Yusoff (1989) telah merumuskan proses membaca sebagai perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Cuma dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca.


Sahabat-sahabat budiman sekalian,
Kejatuhan Empayar Islam yang terakhir pada tahun 1924 secara rasminya telah menyebabkan minda umat Islam kini disuntik dengan pelbagai ideologi-ideologi yang mana ideologo-ideologi inilah yang sebenarnya mengekang umat Islam pada masa kini sekaligus menyebabkan mereka meninggalkan budaya membaca.Kebanyakkan daripada kalangan mereka lebih selesa dengan budaya hedonism,sekularism,pergaulan bebas dan sebagainya.Ada sesetengahnya pula,pada luarannya kita nampak bagus dengan suka membaca tetapi hakikatnya mereka hanya membaca untuk kepentingan duniawi mereka sahaja.Mereka merasakan ilmu agama sudah tidak perlu lagi.Sesungguhnya Imam Syafie pernah berkata "Jika kamu hendakkan kejayaan di dunia maka hendaklah dengan ilmu,jika kamu inginkan kejayaan di akhirat maka hendaklah dengan ilmu,dan jika kamu inginkan kejayaan kedua-duanya maka hendaklah juga dengan ilmu".Oleh itu,tidak boleh tidak kita hendak menyisihkan ilmu dengan menganggap ilmu tidak penting.Apabila ilmu menjadi penting maka budaya membaca juga akan turut menjadi penting kerana membaca adalah merupakan salah satu cara dalam kita memperoleh ilmu.Sabda nabi Muhammad S.A.W,"sampaikanlah walaupun dengan satu ayat".

Hadirin dan hadirat sekalian,
Menurut laporan Kualiti Hidup Malaysia ( 2002 ) menunjukkan bahawa tahap membaca dalam kalangan murid khususnya dan masyarakat amnya, agak membimbangkan. Mengikut kadar literasi ( 2002 ) sebanyak 93.8 % rakyat Malaysia membaca secara purata hanya 2 buah buku setahun. Pada tahun 1996 kanak-kanak yang berumur 5 – 6 tahun hanya 52 % boleh membaca.

Di peringkat sekolah rendah murid dalam lingkungan umur 7 – 9 tahun sebanyak 96 % boleh membaca sementara 73 % mengamalkan tabiat membaca. Kumpulan murid dalam lingkungan umur 10 tahun ke atas, sebanyak 93 % boleh membaca dan hanya 87 % mengamalkan tabiat membaca di dalam kehidupan seharian mereka. Di bandar sebanyak 81 % dan di luar bandar pula hanya 77 % yang mana kedua-dua lokasi ini sekadar 56 % yang mengamalkan tabiat membaca.
(http://www.scribd.com/doc/7605509/Kajian-07
)

Budaya malas membaca buku


Mukadimah

ISU kelemahan pelajar Melayu merupakan topik bermusim yang timbul saban tahun terutama menjelang sesi baru kemasukan ke institusi pengajian tinggi tempatan.

Perbahasan mengenainya tidak pernah habis. Sehingga kini, belum ada jawapan sebenar ditemui mengenai punca utama kelemahan pelajar Melayu.

Mereka tidak cemerlang dalam peperiksaan di peringkat sekolah. Mereka turut gagal mencatat keputusan memberangsangkan semasa di universiti.

Benarkah pelajar Melayu lemah? Cukupkah ukuran kelemahan itu dibuat sekadar membandingkan mereka dengan pencapaian akademik pelajar cemerlang bukan Melayu?

Dalam wawancara minggu lalu, Tokoh Guru Kebangsaan 1998, Datuk Dr. Yahya Ibrahim dan Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr. Isahak Harun memberi pandangan masing-masing mengenai punca pelajar Melayu kurang cerdik.

Fellow Penyelidikan Kanan, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) di Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr. Syed Hussein Alatas yang diinterviu minggu ini bagaimanapun mempunyai pandangan tersendiri mengenai isu itu.

Bekas naib Canselor Universiti Malaya itu berkata, soal yang paling penting ialah membina budaya ilmu.

``Apa untungnya membicarakan soal cerdik dan tidak cerdik pelajar Melayu kerana ukuran terakhir kecemerlangan mereka hanya diketahui melalui prestasi kerjaya dan sumbangan kepada masyarakat selepas mereka keluar dari universiti,'' kata Syed Hussein dalam interviu dengan RAMLI ABDUL KARIM dan MARHAINI KAMARUDDIN di rumahnya di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.
(http://skypin.tripod.com/kolum/kolum40.html)

Oleh yang demikian,marilah kita sama-sama membina semula kegemilangan ilmu yang dicapai oleh umat islam suatu masa dahulu.Orang yang berjaya ialah mereka yang mempelajari daripada sejarah.Sejarah telah pun membuktikan bahawa orang bukan Islam tunduk di bawah pemerintahan Islam kerana ilmu pada masa tersebut dimana pada masa tersebut mereka dalam zaman gelap.Akhir kalam sekadar renungan diri ini dan sahabat sekalian,Imam Ghazali berkata,"ilmu tanpa amal gila,amal tanpa ilmu tidak menjadi(sia-sia).

0 comments:

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site