Monday, November 14, 2011

Cinta Sejati Tiada Sempadan

Posted by Tengku Ibrahim on 11:41:00 PM

Ramai yang suka bila mana bicara tentang cinta. Cinta sejati adalah satu anugerah daripada Allah buat hamba-hambaNya. Semua orang boleh mendapatkan cinta tetapi tidak semua orang dapat merasai “cinta sejati”. Cinta sejati ibarat satu semut putih dikalangan semut-semut hitam. Terlalu sukar untuk diungkapkan, terlalu kompleks untuk diterjemahkan, terlalu payah untuk difahami. Cinta sejati tiada sempadan, bukanlah sepertimana cinta-cinta murahan yang biasa kita dengar. Hayatilah rangkap syair ini :

Akan menghinalah mereka yang tak mengenal cinta
Sungguh cintamu padanya wajar adanya
Mereka kata, cinta buat kau gila
Padahal kau orang paling faham agama

Ku katakan pada mereka
Mengapa kalian iri padanya?
Jawabnya
Kerana ia mencinta dan dicintai pujaan jiwa

Bila masanya Muhammad mengharamkan cinta
Dan apakah ia menghina umatnya yang jatuh cinta
Janganlah kau berlagak mulia
Dengan menyebut cinta sebagai dosa

Janganlah kau pedulikan apa kata orang tentang cinta
Entah yang berkata keras atau halus biasa
Bukankah manusia harus menetapi pilihannya
Bukankah kata tersembunyi tak bererti diam seribu bahasa

(Syair ini dikutip dari kitab Tauqul Hamamah karya Ibnu Hazm al-Andalusi)

Sumber : (link)

Seorang isteri bertanya kepada suaminya, “kenapa abang mencintai saya?” Suami terdiam kemudian menjawab dengan lemah lembut, “Sebab abang sayang pada sayang lah.”

Isteri berkata lagi, “Mana boleh, kalau abang cintakan saya mesti bersebab. Lihat kawan-kawan saya yang lain,ada yang cintakan isteri dia kerana wajahnya yang cantik,kerana badannya yang langsing,kerana tangannya...”

Disebabkan desakkan daripada isterinya maka si suami pun menjawab, “ Abang cintakan sayang kerana wajah sayang yang cantik.” Si isteri terus berpuas hati mendengar jawapan tersebut sambil tersenyum.

Beberapa tahun kemudian, takdir Allah telah menentukan si isteri terlibat dalam satu kemalangan sehingga menyebabkan kulit mukanya melecur teruk.

Si isteri bertanya kepada suaminya, “Abang,tentu abang sudah tak cintakan sayang lagi. Muka sayang dah tak cantik.”

Si suami dengan tersenyum berkata, “ Jikalau dahulu cinta abang kerana muka sayang yang cantik, sudah pasti abang akan tinggalkan sayang dalam keadaan sekarang ni. Tetapi cinta abang kepada sayang bukanlah kerana wajah sayang,bukan kerana tubuh badan sayang tetapi kerana abang cintakan sayang betul-betul kerana Allah dan rasul. Tiada apa perantaraan yang mampu menjadi kayu ukur kepada cinta abang ini.”

Mendengar sahaja luahan si suami, si isteri terus menangis teresak-esak, memohon keampunan kepada suaminya di atas keegoannya sebelum ini.

Saudara saudari sekalian, begitulah...Cinta sejati tidak dapat diukur dengan sesuatu apa sekalipun. Inilah konteks yang sepatutnya kita gunakan dalam mencari dan menjejaki cinta sejati kepada Allah dan rasulnya. Tahajud, selawat, syurga, kebaikkan bukanlah semata-mata menjadi kayu ukur kita dalam mendapatkan cinta Allah dan rasul. Tetapi kita buat sesuatu ibadah ataupun sesuatu kebaikkan adalah kerana atau semata-mata kita mengharapkan keredaan Allah taala dan tiada tujuan yang lain. Benarlah sepertimana yang ana sebutkan sebelum ini, cinta terlalu sukar untuk diungkapkan, terlalu kompleks untuk diterjemahkan, terlalu payah untuk difahami. Beruntunglah bagi sesiapa yang merasai nikmat cinta sejati ini.........

0 comments:

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site