Friday, March 16, 2012

Jiwa Yang Halus

Posted by Tengku Ibrahim on 7:21:00 PM


Bismillahirrahmanirrahim......

Alhamdulillah...,segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam kerana masih memberi kesempatan dan ruang pada diri saya untuk terus menabur bakti dalam medan penulisan dakwah...yang keduanya selawat dan salam ke atas junjungan besar kita semua Nabi Muhammad SAW, penghulu segala nabi, kerana dengan kesungguhan dan ketekunan baginda nabi SAW dalam menyampaikan dakwah maka kita pada hari dapat merasai nikmat iman dan islam. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT...
Hadirin pembaca sekalian, pada penulisan pada kali ini, ingin sekali saya kongsikan bersama satu kata-kata daripada HAMKA iaitu kata beliau :

"Membaca buku pada waktu petang hari, tilawah alQuran di antara Maghrib dan Isyak dan tahajjud serta munajat selepas tengah malam ialah ubat paling mujarab bagi penyakit muram dan kesepian.Perhalusi jiwa dengan pembacaan berfaedah dengan tasawuf, falsafah, ciptaan ahli seni. Maka bertambah halus perasaan, bertambah nampaklah kewajipan kita hidup."

Kata-kata ini cukup memberi kesan dalam jiwa saya. Saya terfikir, pada suatu masa dahulu umat Islam kuat kerana dalaman mereka kuat, pengharapan mereka kepada Allah sangat kuat. Dan sejarah juga telah membuktikan bahawa jatuhnya sesebuah tamadun islam juga adalah disebabkan lemahnya pengharapan mereka kepada Allah dan jauhnya mereka daripada Islam. Saya rasa tidak perlulah saya perincikan di sini mengenai sejarah pembukaan kota konstantinopel oleh Sultan Muhammad al fateh, kejayaan Panglima Tariq bin Ziyad dalam memperluas tanah Islam dan lain-lain lagi.

Kata seorang ibu ketika mana beliau disoal bagaimana beliau dapat membaca atau dalam bahasa mudah, beliau boleh baca seseorang tersebut bagaimana sikap mereka. Beliau menjawab: Banyakkan mengadu pada Allah, jangan sesekali tinggal solat sunat tahajjud tanpa sebarang keuzuran.

Masya Allah, hebat sahabat-sahabat sekalian..,bilamana kita serahkan urusan kita pada Allah, sudah pasti Allah tidak akan sia-siakan hambanya. Saya cukup tersentuh bilamana membaca satu doa yang di ajar oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat yang bermaksud :

Ya Hayyu Ya Qayyum...
Dengan RahmatMu daku memohon pertolongan...,
Bantulah aku dalam setiap urusanku keseluruhan...,
Dan janganlah Engkau tinggalkan aku kepada urusanku walaupun sesaat...

Akhir kalam, saya membuat kesimpulan bilamana hati kita penuh dengan kesenian-kesenian..,maka kita akan mudah tersentuh dengan Islam itu sendiri..,kita akan melihat mad'u-mad'u sebagai sahabat dan hadiah kepada kita. Menjadi tanggungjawab kepada kita membentuk mereka tanpa mengira siapa mereka. Jiwa yang halus dan dekat dengan Allah akan lebih mudah mendapat pertolongan. Menurut satu riwayat yang menceritakan mengenai peribadi Saidina Umar alKhattab (seorang sahabat nabi yang cukup terkenal dengan sikap keras dan ketegasan): Umar pada waktu siang ibarat singa di rimba (garang,tegas dalam menegakkan Islam) tetapi umpama rahib pada malam hari (menangis, lemah, sujud memohon keampunan daripada Allah).
Wallahualam....

0 comments:

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site