Monday, August 13, 2012

Jom kita hafaz alQuran (2)

Posted by Tengku Ibrahim on 4:31:00 PM

2. Mind Setting

Selepas kita sudah betulkan semula niat dan apa tujuan kita hendak menghafaz alQuran, perkara kedua yang saya letakkan antara perkara penting yang perlu dilakukan ialah membetulkan semula 'mind setting'. Dalam erti kata lain menyelaras semula minda kita. Rasulullah SAW pernah membetulkan 'world view' atau 'mind setting' para sahabat mengenai siapakah orang yang muflis? Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).

Selain daripada itu,Rasulullah SAW juga pernah bertanya kepada para sahabat siapakah orang yang paling kuat? Para sahabat menjawab, orang yang paling kuat tentulah orang yang bergusti. Tetapi Rasulullah SAW kemudiannya membetulkan semula para sahabat dengan mengatakan orang yang paling kuat adalah yang paling dapat menguasai dirinya ketika marah, berdasarkan sebuah hadith :

"Daripada Abi Hurairah bahawa Rasul SAW. Bersabda : Tidaklah boleh dikatakan kuat (gagah) itu, kerana kuat bergusti, bahkan kekuatatan yang sebenar itu ialah mereka yang dapat menguasai dirinya ketika marah"

Justeru kita semua telah jelas bahawa membetulkan semula mind setting sangat penting. Tetapi persoalannya apakah perkara yang perlu diselaraskan semula?

Kita semua sering dimomokkan bahawa menghafaz alQuran sangat susah, sukar, payah dan sebagainya. Maka pemikiran seperti ini yang patut dibetulkan dan diselaraskan semula. Kita tidak akan berjaya menghafaz alQuran sekiranya dalam diri kita masih lagi ada perkara-perkara seperti ini. Memang tidak dinafikan dalam usaha kita menghafaz ada cabaran-cabarannya,tetapi tidak bermaksud kita meng'set'kannya sebagai satu kesusahan. Sudah menjadi fitrah manusia bahawa dalam mencapai sesuatu kejayaan, manusia tidak akan pernah berhenti daripada diuji. Sebagaimana firman Allah taala di dalam surah al Ankabut ayat 2-3 yang bermaksud :

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan Sesungguhnya kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta.

Simpan dalam data pemikiran kita bahawa menghafaz adalah senang dan sudah pasti sedikit kesusahan yang ada adalah sebagai fitrah, bahawa dalam menempuh liku-liku sesuatu kejayaan pasti akan ada cabaran-cabaran dan masam manisnya.

Bersambung.............

11.08.2012 | Haffaz is Easy | SMKA Maahad Muar (sila klik)

0 comments:

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site