Sunday, August 12, 2012

Jom kita hafaz alQuran (1)

Posted by Tengku Ibrahim on 5:27:00 AM

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah yang memberi saya peluang dan idea utk terus menabur bakti melalui penulisan yang tidak seberapa ini. Pada 11 Ogos 2012 yang lepas telah diadakan satu program yang diberi nama “ Haffaz is Easy”, atas cadangan daripada ex-maahad-DQ. Melalui program ini telah memberi saya idea bahawa saya perlu menulis satu perkongsian tentang mungkin pengalaman dan bagaimana menghafaz yang baik. Dan sebenarnya juga,suatu masa dahulu saya pernah ditanya oleh seseorang yang mahukan nasihat daripada saya bagaimana hendak menjadikan dan mengatur anaknya yang ketika itu masih kecil bagi menjadi seorang hamalatul quran. Mungkin sahaja faktor kekangan masa telah menyebabkan saya terlupa akan pertanyaan tersebut.

1. NIAT

Pertamanya sebelum kita memulakan bagi menhafaz alQuran suka saya untuk bertanya akan satu soalan. Kenapa kita hendak menghafaz alQuran? Bilamana saya bertanya soalan ini kepada mereka yang baru hendak menghafaz atau telah menghafaz alQuran, ramai daripada mereka tidak dapat memberikan jawapan. Bahkan kebanyakkan daripada mereka sendiri pun tidak mengetahui kenapa mereka hendak menghafaz alQuran, adakah daripada kemahuan diri sendiri ataupun tujuan yang lain. Berdasarkan satu hadith yang bermaksud :

“Daripada Amirul Mukminin Abu Hafa, Umar ibnu Al-Khattab r.a berkata: aku mendengar Rasulullah saw bersabda: bahawasanya setiap amalan itu adalah dengan dan semua orang mendapat pahala berdasarkan apa yang diniatkan. Barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasulnya. Barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang diperolehinya atau perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan.”

Maka kita perlu tahu sebab apa kita hendak menghafaz alQuran. Ada orang menghafaz alQuran kerana hendak mendapat syafaat berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Bacalah alQuran kerana sesungguhnya ianya akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada sahabatnya”

Malah tidak kurang juga yang menghafaz kerana mengetahui bahawa menghafaz alQuran adalah adalah salah satu tanda orang yang berilmu. Sebagaimana firman Allah taala dalam surah al Ankabut ayat 49 yang bermaksud :

“Sebenarnya, Al Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat kami kecuali orang-orang yang zalim.”

Dalam erti kata lain, ayat-ayat Al Quran itu terpelihara dalam dada dengan dihafaz oleh banyak kaum muslimin turun temurun dan difahami oleh mereka, sehingga tidak ada seorangpun yang dapat mengubahnya.

Dan tidak kurang juga yang menghafaz kerana mendengar Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :

“Sebaik-baik manusia dalam kalangan kamu adalah orang yang belajar al-quran dan orang yang mengajarkannya.

Oleh yang demikian, Allah menyediakan pelbagai ganjaran kepada mereka yang mahu menjadikan kalamNya sebagai teman, yang mahu membaca dan mengamalkan firman-firmanNya. Tetapi walau apa pun niat dan ganjaran yang kita mahukan jangan sekali-kali kita lupakan bahawa yang kita hafaz ini adalah kerana Allah taala. Itulah yang terbaik. Adapun yang lain hanyalah sebagai motivasi kepada kita dalam kita mencapai target atau sasaran kita iaitu menjadi seorang hamalatul Quran.

Bersambung.....................(Jom kita hafaz alQuran (2))

Gambar semasa program Haffaz is Easy| 11 Ogos 2012 (sila klik )

0 comments:

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site