Pendahuluan
Sebagai manusia biasa pasti setiap dari
kita memerlukan makan dan minum bagi memenuhi fitrah kejadian manusia dan untuk
penerusan hidup di dunia yang fana ini. Setiap yang hidup memerlukan makanan.
Cuma jenis makanan dan cara makanan sahaja yang berbeza. Seorang muslim diajar
mencari makanan yang baik-baik dan dipastikan halal dari segi kandungan dan
cara mendapatkan makanan tersebut. Selain itu, sebagai seorang Muslim juga kita
dituntut dan diajar oleh agama kita untuk berdoa kepada Allah sebelum makan
atau sebelum memulakan apa-apa perkara yang baik.
Dalam penulisan saya yang ringkas pada kali
ini, saya sekadar ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian mengenai doa
makan yang sahih daripada nabi. Dan ini hanya sekadar pengetahuan dan langkah
berjaga-jaga kerana saya bimbang kita
mengaitkan sesuatu pada nabi sedangkan ianya sebenarnya bukan daripada nabi.
Walaupun pada dasarnya, doa tersebut tiada masalah dan ada makna yang baik.
Namun kita harus berjaga-jaga kerana nabi pernah bersabda :
إن كذبا علي ليس ككذب أحدكم ، فمن كذب علي فليتبوأ مقعده من النار[1]
Maksudnya : “Sesungguhnya berdusta ke
atasku tidak sama seperti berdusta ke atas orang lain, maka barangsiapa yang
berdusta ke atasku maka sedialah tempat duduknya di dalam neraka.”
(Sekadar gambar hiasan)
Doa yang biasa kita dengar.
اللهم
بارك لنا فيما رزقتنا ، وقنا عذاب النار ، بسم الله.[2]
Maksudnya : “ Ya Allah, engkau berkatilah
apa yang telah berikan kepada kami rezeki kami dan jauhilah kami daripada api
neraka, bismillah (Dengan nama Allah).”
Doa ini sangat masyhur terutamanya dalam
kalangan masyarakat kita di Malaysia, dan seingat saya doa ini juga turut
diajar kepada pelajar tadika, sekolah-sekolah sama ada rendah atau menengah.
Dan sesungguhnya doa yang masyhur sebelum makan ini tidak sah daripada nabi saw,
bahkan dhoif jiddan (sangat dhoif) walaupun terdapat sebahagian ulamak
mengatakan makna doa ini baik. Abu Hatim mengatakan hadis ini munkar jiddan
begitu juga dengan Bukhari.[3]
Doa makan yang sahih
Dari Hudzaifah r.a. katanya : “ Apabila
kami makan bersama-sama Rasulullah saw kami belum mengulurkan tangan (mengambil
makanan yang dihidangkan) sebelum Rasulullah memulakannya. Pada suatu hari,
kami makan bersama-sama beliau tiba-tiba datang seorang gadis kecil. Seperti
didorong dia menjangkaukan tangannyahendak mengambil makanan, tetapi segera
ditangkap Rasulullah saw. Kemudia datang pula seorang Arab dusun, dia seperti
didorong mengulurkan tangannya. Lalu ditangkap pula oleh Rasulullahsaw. Maka
bersabda Rasulullah saw, “Hanya syaitan yang menghalalkan makanan tanpa
menyebut nama Allah memakannya. Dia datang bersama gadis dan orang dusun ini,
hendak turut makan bersama-sama mereka. Demi Allah yang jiwaku dalam
kekuasaanNya. Sesungguhnya tangan syaitan itu ada di kedua tangan orang dusun dan gadis itu.”(Sahih Muslim)[4]
بسم الله في أوله وآخره.
Maksudnya : “Dengan
nama Allah pada permulaannya dan akhirnya”.[5]
3. Sesiapa yang diberi rezeki makanan oleh Allah, hendaklah dia membaca :
Maksudnya : “ Ya Allah, berilah kami berkat
dengan makanan itu dan berilah makanan yang lebih baik daripadanya”.[7]
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَزِدْنَا مِنْهُ[8]
Maksudnya : “Ya Allah, berilah kami berkat
dengan minuman itu dan berilah tambahan daripadanya”.[9]
(Sekadar gambar hiasan)
Kesimpulannya.
ü
بسم الله
ü اللَّهُمَّ
بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ
ü اللَّهُمَّ
بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَزِدْنَا مِنْهُ
3. Walaubagaimanapun, tidak salah kalau sekiranya kita mahu membaca doa yang biasa kita amalkan iaitu :
اللهم بارك لنا فيما رزقتنا ، وقنا عذاب النار ، بسم
الله
Kerana makna doa tersebut baik namun jangan
sekali-kali kita kaitkannya dengan Nabi Muhammad saw.
Wallahualam..sekadar perkongsian..
Tengku Ibrahim Helmi b Tengku Mohammad.
Pelajar Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan
Undang-undang (Kepujian),
Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor (KUIS).
(Gambar di atas : Penulis sedang menjamu selera dan bergambar bersama-sama sahabat di Mat'am Baiti al 'Arabi)
[1] Abdullah bin Muhammad bin Abi Syaibah. Musnaf. Kitab
al adab. Fi ta’ammud al kazab ‘ala an Nabi. (http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=10&ID=3617). 30 Oktober 2013.
حدثنا
أبو بكر قال حدثنا الفضل بن دكين قال حدثنا سعيد بن عبيد عن علي بن ربيعة عن
المغيرة بن شعبة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إن كذبا علي ليس ككذب أحدكم ،
فمن كذب علي فليتبوأ مقعده من النار
[2] Multaqa ahli al hadis. (http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=115795). 30 Oktober 2013.
من طريق محمد بن أبي الزعيزعة عن عمرو بن شعيب عن أبيه
عن جده عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه كان يقول في الطعام إذا قرب إليه : اللهم بارك لنا فيما رزقتنا ، وقنا عذاب النار
، بسم الله.
[4] Terjemahan
Hadith Shahih Muslim (2003). Ma‟mur Daud (terj.) J. 4. Singapore : Darel Fajr
Publishing House. no : 1939. Hal. 87-88.
[5] Abu Daud 3/347. At Tirmizi 4/288. Lihat Sahih At
Tirmizi 2/167. Sheikh Dr. Sa’id bin ‘Ali bin Wahf al Qahthani (2009). Abdul
Basit bin Abdul Rahman (terj.). C.6. Kelantan : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Kelantan. Hal. 219-220.
[6] Multaqa ahli al hadis. (http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=115795). 30 Oktober 2013.
من طريق إسماعيل بن إبراهيم ثنا علي بن زيد عن عمر بن
حرملة عن ابن عباس قَالَ دَخَلْتُ مَعَ
رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَا وَخَالِدُ بْنُ
الْوَلِيدِ عَلَى مَيْمُونَةَ فَجَاءَتْنَا بِإِنَاءٍ فِيهِ لَبَنٌ فَشَرِبَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَا عَلَى يَمِينِهِ
وَخَالِدٌ عَلَى شِمَالِهِ فَقَالَ لِي الشَّرْبَةُ لَكَ فَإِنْ شِئْتَ آثَرْتَ
بِهَا خَالِدًا فَقُلْتُ مَا كُنْتُ أُوثِرُ عَلَى سُؤْرِكَ أَحَدًا ثُمَّ قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ أَطْعَمَهُ اللَّهُ
الطَّعَامَ فَلْيَقُلْ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا
مِنْهُ وَمَنْ سَقَاهُ اللَّهُ لَبَنًا فَلْيَقُلْ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ
وَزِدْنَا مِنْهُ وَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
لَيْسَ شَيْءٌ يُجْزِئُ مَكَانَ الطَّعَامِ وَالشَّرَابِ غَيْرُ اللَّبَنِ.
Berkata Abu Isa, hadis ini hasan.