• PIMPINAN 10-11

    Bersama Menerajui Perubahan

  • Bergambar Bersama Penceramah

    Semasa menjadi fasilitator Mukhayyam Syakhsiah Muslim Anjuran Badan Dakwah dan Ibadah SMA al-ittifaQiah Guai,Pahang

  • Wilderness Adventure Camp LANGKAWI

    Saat terakhir bergambar bersama-sama

  • Wilderness Adventure Camp LANGKAWI

    Saat terakhir bergambar bersama-sama

  • Wilderness Adventure Camp LANGKAWI 2007

    Bergambar bersama ahli-ahli kumpulan semasa berkayak di laut...Hidup Gacrux!!!

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah | 1433 H

Posted by Tengku Ibrahim on 8:52:00 AM


Pertama dan selamanya marilah kita sama-sama merafa’kan setinggi- tinggi kesyukuran kepada Allah SWT di atas limpah kurniaNya serta izinNya, masih lagi memberi kita kesempatan dan peluang untuk hidup di atas muka bumi ini. Keduanya selawat dan salam disampaikan kepada junjungan nabi Muhammad S.A.W.,keluarga serta sahabat-sahabat baginda.

Saudara saudari sekalian,

Semalam (26 November 2011)selepas masuknya waktu Maghrib, maka secara rasminya sedar ataupun tidak, kita sebenarnya telah memasuki dan beralih ke satu tahun baru dalam kalender hijriah, 1433 H. Sudah pasti,ada dikalangan kita yang merancang azam baru sempena tahun hijrah ini,dan tidak kurang juga yang berusaha mentransformasikan diri kearah lebih baik, mengambil ibrah daripada peristiwa penghijrahan baginda Rasulullah SAW bersama kaum Muhajirin dari kota Mekah ke Madinah al Munawwarah. Dalam kita merancang, muhasabah kembali diri ini, saya yakin dan percaya ramai dalam kalangan kita yang masih terpinga-pinga dengan persoalan-persoalan, apakah yang perlu aku ubah dan apakah azam baru yang perlu rancangkan? Ini mungkin sebahagian kecil sahaja contoh persoalan tersebut.

Saya ingin kongsikan bersama para pembaca budiman sekalian mengenai beberapa perkara dalam kita mentransformasikan diri kita,remaja Islam khususnya dalam mendepani masyarakat darsawarsa ini dalam memastikan Islam terus dilihat sebagai yang tertinggi dan tiada lagi yang lebih tinggi daripadanya.

Manhaj Rabbani

Pertamanya sebagai seorang remaja Muslim kita perlu mentransformsikan diri kita supaya kembali kepada manhaj Rabbani. Ertinya kita mengetahui bahawa tujuan penciptaan kita adalah untuk melaksanakan peribadatan hanya kepada Allah SWT, serta berserah diri kehadratNya dalam setiap musibah yang menimpa dan menakutkan.

Sebagaimana firman Allah taala yang bermaksud : “ Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia, melainkan supaya mereka beribadat kepadaKu.”(az Zariyat : 56)

Selain daripada itu, kita harus mengetahui bahawa Islam ini adalah bersifat syumuliah. Islam ini sangat luas dan di dalamnya merangkumi pelbagai perkara daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara. Kita juga perlu tahu bahawa tujuan kejadian kita juga adalah untuk menjadi khalifah di atas muka bumi. Imam al Mawardi telah mentafsirkan makna khalifah ialah “Iqamatud deen wasiatud dunia bih”, yang bererti “Menegakkan agama di atas muka bumi dan mentadbir dunia dengannya.”

Kita juga perlu tahu bahawa kita diciptakan supaya memberikan wala’ dan ketaatan hanya kepada Allah dan rasulNya dan orang-orang Mukmin, sebagaimana firman Allah taala : “sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, RasulNya dan orang-orang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (menyerah diri kepada Allah).”(al Maidah : 55)

Menuntut Dan Mencari Ilmu

Sabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya menuntut ilmu wajib ke atas setiap muslim.”

Saudara saudari sekalian,

Kita sebagai yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi, adalah sewajarnya kita menuntut ilmu semampu boleh, mempelbagaikan cabang ilmu semampu boleh dan berguru dengan pelbagai guru semampu boleh. Segaimana Imam as Syafie merantau ke pelbagai tempat semata-mata hendak mencari ilmu. Diceritakan ada suatu kisah mengenai Sheikh Mohd zin al Fatoni, pengarang kitab Faridatul Faraid bersama anak muridnya Tok Kenali. Satu hari guru Tok Kenali sedang mengajar dan beliau pun memerhatikan Tok Kenali sedang tidur. Selesai sahaja kelas,gurunya pun bertanya kepada Tok Kenali tentang apa yang beliau ajar pada waktu tersebut. Atas kuasa Allah, Tok Kenali dapat menjawab semua soalan yang diajukan oleh gurunya tanpa tertinggal satu kalimah pun. Selepas itu, gurunya pun berkata kamu boleh tidur dalam kelas aku.

Ini mungkin sebahagian kecil antara kisah-kisah ulamak-ulamak dahulu mencari ilmu dan sepatutnya kita pada hari ini perlu mengambil iktibar daripada kesungguhan tokoh-tokoh dahulu. Dr Mustafa as Sibaie berkata bahawa mereka yang bertaqlid tetap jahil walau setinggi mana pun mereka belajar,mereka tetap kanak-kanak walau sedewasa mana umur mereka, mereka akan terus dianggap keanak-anakan dan jahil sehinggalah mereka membebaskan diri daripada taqlid. Justeru marilah kita sama-sama bebaskan diri kita daripada taqlid membuta tuli, hidupkanlah budaya ilmu dan budaya kita tahu apabila melakukan sesuatu perkara.

Imam as Syafie berkata : “Barangsiapa yang mahukan dunia maka hndaklah dengan ilmu,barangsiapa yang mahukan akhirat maka hendaklah dengan ilmu dan barangsiapa yang mahukan kedua-duanya maka hendaklah dengan ilmu.”

Beramal Dengan Ilmu

Imam al Ghazali pernah menyebut bahawa ilmu tanpa amal gila, amal tanpa ilmu sia-sia. Kita sebagai seorang pemuda Islam harus sedar tentang peranan dan tugas kita pada hari ini. Prof Dr Yusuf al Qaradawi menyebut dalam kitabnya “Jilun nasr al mansyud”, pemuda islam yang dijanjikan ialah generasi dakwah dan jihad. Mereka berusaha menyampaikan ilmu dan Islam kepada setiap manusia di atas muka bumi ini. Kita lihat Panglima Tariq bin Ziyad berusaha melebarkan rahmat Islam sehingga ke Andalus, Sultan Salahuddin al Ayubi membuka Baitul Maqdis, Sultan Muhammad al Fateh Berjaya membuka kota Konstantinopel dan ramai lagi tokoh-tokoh yang tidak dapat saya nyatakan disini. Kalau kita perhatikan ramai dalam kalangan sahabat kubur mereka berada di seluruh dunia kerana mereka menyahut seruan baginda Rasulullah untuk menjadi seorang pendakwah dan daie demi memastikan Islam sampai dan akan terus sampai pada generasi akan datang.

Sabda Rasulullah : “Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat dan sebaik-baik manusia adalah yang member manafaat.”(Riwayat Muslim)

Beriltizam Dengan Islam

Dan yang terakhirnya, saya merasakan dalam kita menyambut tahun baru hijrah ini kita sepatutnya berusaha untuk meningkatkan lagi iltizam kita dengan Islam, dalam erti kata lain bergerak kerja untuk Islam. Ramai dalam kalangan kita tersalah faham dan tidak dapat memahami secara holistik tentang peranan kita untuk Islam. Saudara saudari sekalian, mulianya kita kerana Islam tanpa Islam kita tiada apa-apa sebagaimana yang disebutkan oleh Prof Dr Yusuf al Qaradawi bahawa ruh Ummat ialah Islam, tanpa ruh islam ini ummat seperti mayat,jasad yang tiada nyawanya. Dalam kita hendak meletakkan Islam yang tertinggi sekali dan tiada yang lebih tinggi daripada Islam sudah pasti kita akan menggunakan segala platform, wasilah,uslub yang ada. Dan yang paling penting dalam kita melaksanakan wasilah-wasilah ini memerlukan iltizam kita, dan apabila memerlukan iltizam sudah pasti akan ada pengorbanan yang perlu dilakukan. Firman Allah taala yang mafhumnya bahawa “sesungguhnya Allah membeli darpada kalangan orang mukmin itu, diri mereka, harta mereka untuk syurga.” Maka hendak dijadikan khulasohnya orang yang berjuang ini,balasannya syurga bukan pahala 1000 kali ganda atau apa pun tetapi Allah kata orang yang terkorban dalam berjuang pada jalanNya, Allah kurniakan atau beli mereka ini dengan syurga. Masya Allah….Justeru saya tidak ingin menghurai panjang tentang perkara ini,terpulang akan diri masing-masing dalam menilainya, saya akhiri dengan firman Allah taala :

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang yang beriman bersamanya : “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”(al Baqarah : 214)

Selamat menyambut tahun baru hijrah 1433…….

00:49 am

27 November 2011

Friday, November 25, 2011

Pandangan | Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun

Posted by Tengku Ibrahim on 10:12:00 AM

Petang sebelum berakhirnya waktu Asar menandakan tahun Hijrah 1432 akan pergi meninggalkan kita. Kemudian menjelang sahaja selepas Maghrib tahun baru Hijrah 1433 akan muncul. Sudah pasti ada di kalangan kita yang akan membaca 'doa awal tahun' dan 'doa akhir tahun'. Lafaz doanya ‘disunatkan’ dibaca sebanyak tiga kali, dan dikatakan fadhilat doa ini ialah apabila dibaca, maka syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku, dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua”. Disebut juga, dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.

Begitu besar sekali fadhilat bacaan "Doa Akhir Tahun" dan "Doa Awal Tahun",sehinggakan tidak hairanlah sekiranya ramai dalam kalangan kita, masyarakat pada hari ini begitu mempercayainya. Saya teringat, pernah suatu masa dahulu ditanya mengenai permasalahan ini. Bolehkah kita membaca doa-doa ini,sedangkan nabi tidak pernah buat. Betul ke fadhilat yang diceritakan? Dari mana datangnya doa-doa ini? Justeru adakah ini termasuk dalam bid'ah ataupun dibolehkan untuk kita mengamalkannya?

Saya tersenyum sahaja apabila mendengar persoalan-persoalan ini. Saya berkata, tidak salah sekiranya kita hendak mengakhiri dan memulakan sesuatu tahun baru dengan doa. Cumanya persoalannya ianya dilarang, jikalau kita mengkhususkan sesuatu ibadah yang tidak sepatutnya,lebih-lebih lagi disertakan pula sekali dengan fadhilat yang kadang-kadang tidak diketahui datang daripada mana, bukan daripada nas-nas al-Quran dan as-Sunnah. Inilah yang dikhuatiri,masyarakat lebih mengutamakan perkara-perkara ini daripada perkara-perkara yang memang disebut fadhilatnya di dalam nas-nas yang sahih. Adapun sekiranya kita hendak membaca doa,ataupun hendak membuat azam baru itu adalah perkara yang sangat baik islam, dalam kita hendak mengtransformasikan diri ke arah lebih baik dan doa yang hendak dibaca adalah bebas, terpulang doa apa pun. Sesungguhnya tiada doa khusus dalam Islam untuk akhir tahun dan awal tahun.

Dr Asri ketika mana beliau ditanya mengenai "Adakah doa-doa khas awal tahun yang dibaca, atau majlis-majlis bacaan khusus sempena awal tahun itu berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w?".
Beliau menjawab : Tidak pernah Rasulullah s.a.w. mengajar lafaz khusus doa bagi awal tahun baru hijrah atau akhir tahun. Apa tidaknya, penentuan tahun hijrah itu sebagai perkiraan kalender kita ditetapkan oleh Amirul Mukminin ‘Umar Ibn al-Khattab bagi memudahkan urusan pentadbiran kaum muslimin.

Namun secara umum seseorang boleh berdoa dengan apa-apa lafaz dan untuk apa-apa hajat sekalipun. Selagi mana tidak menyanggahi syarak, termasuklah hajat agar tahun yang dimasuki tersebut dilimpahkan kebaikan.

Adapun majlis-majlis khusus untuk doa atau zikir khas bagi tahun baru tidak pernah diajar Nabi s.a.w juga para sahabah baginda. Bahkan Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab yang memulakan perkiraan tahun Islam dengan dengan tahun berlakunya hijrah Nabi s.a.w. itu pun tidak pernah mengadakan majlis ibadah khusus yang seperti itu.

Tidaklah kita ini lebih tahu mengenai hal ehwal ibadah melebihi Nabi s.a.w. Sebaik-baik petunjuk itu adalah petunjuk Rasulullah s.a.w.

Beliau pun pernah juga ditanya mengenai "Apakah kita langsung kita tidak boleh mengadakan sebarang majlis pada awal tahun hijrah?"

Beliau menjawab : Sambutan Hijrah ini tidak boleh buat atas asas ianya amalan khas agama ini. Ini kerana kepercayaan sedemikian boleh membawa kepada mengada-adakan perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi s.a.w. dalam soal ibadah atau menokok tambah agama sedangkan baginda bersabda: “Sesiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan agama ini maka dia tertolak” (Riwayat Muslim).

Namun majlis mengingatkan rakyat tentang tahun baru ini -pada pandangan saya- boleh diadakan atas adat negeri atau bangsa dengan tujuan mengingatkan rakyat tentang tarikh baru sesuatu tahun dengan itu lalu membolehkan mereka merancang aktiviti dan menimbulkan semangat kesepakatan serta kesungguhan.

Perhimpunan menggerakkan semangat pencapaian dan kerja adalah urusan kehidupan yang diboleh syarak selagi tiada dalil tentang keharamannya. Ia bukan ibadah khusus.

Di samping itu, seperti mana apabila kita melintasi sesuatu tempat atau negeri kita menyebut tentang sejarahnya, demikian apabila kita melintasi sesuatu tarikh kita menyebut tentang sejarahnya. Sebagai satu pengajaran dan proses pembelajaran. Ia dibolehkan.

Namun ibadah yang khusus sempena tarikh berkenaan tidak boleh dilakukan melainkan terdapat dalil yang sabit daripada baginda Nabi s.a.w.

Sumber : (www.drmaza.com)

Wednesday, November 23, 2011

Rukun Bai'ah | Video

Posted by Tengku Ibrahim on 10:34:00 PM

PEMUDA MESTILAH MENGENALI ISLAM DENGAN CARA MEMAHAMI...

Apakah agenda sebenar baginda Rasulullah SAW diutuskan ALLAH?

Baginda Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya aku di utuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak.”

Rukun-rukun bai’ah :

1. FAHAM
2. IKHLAS
3.
AMAL
4. JIHAD
5. BERKORBAN
6. TAAT
7. TETAP PENDIRIAN
8. TEGAS
9.
PERSAUDARAAN
10. PERCAYA

*Sekadar mengingat kembali, barangkali ada yang sudah terlupa, sama-samalah kita renungi dan fahami semula, rukun-rukun bai’ah yang telah digariskan oleh Imam Hasan al-Banna sebagai motivasi, pembakar semangat bagi kita yang telah menggabungkan diri dengan Harakah Islamiyyah.


Tuesday, November 22, 2011

MEMORI | AMALI HAJI | NOSTALGIA

Posted by Tengku Ibrahim on 9:34:00 AM

Pagi buta ini mata saya sedang meleret pada sesuatu....
Mencari-cari,membuka folder satu persatu...
TERJUMPA satu video yang cukup menggamit PERASAAN...
Hatiku terlalu RINDU akan memori nostalgia lama...
Ya, ketika di zaman PERSEKOLAHAN terasa begitu rapat ERAT sekali...
UKHUWWAH kami semua...
Pelik dari mana datangnya KEKUATAN ukhuwwah tersebut...
Sudah bertahun-tahun peristiwa KENANGAN tersebut tua meninggalkan hari...
Tetapi PERASAAN merasainya seperti baru SEMALAM...
Alangkah INDAHNYA ukhuwwah...
RAHSIANYA masih belum dibongkar...
Dimanakah sumber KEKUATANNYA...?
Tetapi itulah UKHUWWAH...
Semakin jauh USIA meninggalkan...
Semakin DEKAT ianya kepada kita...
Itulah ukhuwwah FILLAH...



Amali haji 2007 | 4 Arif | SMKA Maahad Muar

Monday, November 21, 2011

10 MUWASAFAT TARBIYAH

Posted by Tengku Ibrahim on 11:02:00 PM


1. Salimul Aqidah

Aqidah yang bersih (salimul aqidah) merupakan sesuatu yang harus ada pada setiap muslim. Dengan aqidah yang bersih, seorang muslim akan memiliki ikatan yang kuat kepada Allah Swt dan dengan ikatan yang kuat itu dia tidak akan menyimpang dari jalan dan ketentuan- ketentuan-Nya. Dengan kebersihan dan kemantapan aqidah, seorang muslim akan menyerahkan segala perbuatannya kepada Allah sebagaimana firman-Nya yang ertinya: ‘Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidup dan matiku, semua bagi Allah Tuhan semesta alam’ (QS 6:162). Karena memiliki aqidah yang salim merupakan sesuatu yang amat penting, maka dalam da’wahnya kepada para sahabat di Makkah, Rasulullah Saw mengutamakan pembinaan aqidah, iman atau tauhid.

2. Shahihul Ibadah

Ibadah yang benar (shahihul ibadah) merupakan salah satu perintah Rasul Saw yang penting, dalam satu haditsnya; beliau menyatakan: ‘shalatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku shalat.’ Dari ungkapan ini maka dapat disimpulkan bahwa dalam melaksanakan setiap peribadatan haruslah merujuk kepada sunnah Rasul Saw yang berarti tidak boleh ada unsur penambahan atau pengurangan.

3. Matinul Khuluq

Akhlak yang kokoh (matinul khuluq) atau akhlak yang mulia merupakan sikap dan prilaku yang harus dimiliki oleh setkal muslim, baik dalam hubungannya kepada Allah maupun dengan makhluk-makhluk-Nya. Dengan akhlak yang mulia, manusia akan bahagia dalam hidupnya, baik di dunia apalagi di akhirat. Karena begitu penting memiliki akhlak yang mulia bagi umat manusia, maka Rasulullah Saw diutus untuk memperbaiki akhlak dan beliau sendiri telah mencontohkan kepada kita akhlaknya yang agung sehingga diabadikan oleh Allah di dalam Al- Qur’an, Allah berfirman yang artinya: ‘Dan sesungguhnya kamu benar- benar memiliki akhlak yang agung’ (QS 68:4).

4. Qowiyyul Jismi

Kekuatan jasmani (qowiyyul jismi) merupakan salah satu sisi pribadi muslim yang harus ada. Kekuatan jasmani berarti seorang muslim memiliki daya tahan tubuh sehingga dapat melaksanakan ajaran Islam secara optimal dengan fisiknya yang kuat. Shalat, puasa, zakat dan haji merupakan amalan di dalam Islam yang harus dilaksanakan dengan fisik yang sehat atau kuat, apalagi perang di jalan Allah dan bentuk- bentuk perjuangan lainnya. Oleh karena itu, kesehatan jasmani harus mendapat perhatian seorang muslim dan pencegahan dari penyakit jauh lebih utama daripada pengobatan. Meskipun demikian, sakit tetap kita anggap sebagai sesuatu yang wajar bila hal itu kadang-kadang terjadi, dan jangan sampai seorang muslim sakit-sakitan. Karena kekuatan jasmani juga termasuk yang penting, maka Rasulullah Saw bersabda yang artinya: ‘Mu’min yang kuat lebih aku cintai daripada mu’min yang lemah’ (HR. Muslim).

5. Mutsaqqoful Fikri

Intelek dalam berpikir (mutsaqqoful fikri) merupakan salah satu sisi pribadi muslim yang penting. Karena itu salah satu sifat Rasul adalah fatonah (cerdas) dan Al-Qur’an banyak mengungkap ayat-ayat yang merangsang manusia antuk berpikir, misalnya firman Allah yang artinya: Mereka bertanya kepadamu tentang, khamar dan judi. Katakanlah: ‘pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya.’ Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: ‘Yang lebih dari keperluan.’ Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berpikir (QS 2:219). Di dalam Islam, tidak ada satupun perbuatan yang harus kita lakukan, kecuali harus dimulai dengan aktivitas berpikir. Karenanya seorang muslim harus memiliki wawasan keislaman dan keilmuan yang luas. Bisa kita bayangkan, betapa bahayanya suatu perbuatan tanpa mendapatka pertimbangan pemikiran secara matang terlebih dahulu. Oleh karena itu Allah mempertanyakan kepada kita tentang tingkatan intelektualitas seseorang sebagaimana firman-Nya yang artinya: Katakanlah:samakah orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui, sesungguhnya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran (QS 39:9).

6. Mujahadatun Linafsihi

Berjuang melawan hawa nafsu (mujahadatun linafsihi) merupakan salah satu kepribadian yang harus ada pada diri seorang muslim, karena setiap manusia memiliki kecenderungan pada yang baik dan yang buruk. Melaksanakan kecenderungan pada yang baik dan menghindari yang buruk amat menuntut adanya kesungguhan dan kesungguhan itu akan ada manakala seseorang berjuang dalam melawan hawa nafsu. Oleh karena itu hawa nafsu yang ada pada setkal diri manusia harus diupayakan tunduk pada ajaran Islam, Rasulullah Saw bersabda yang artinya: Tidak beragmana seseorang dari kamu sehingga ia menjadikan hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa (ajaran islam) (HR. Hakim).

7. Harishun ‘ala Waqtihi

Pandai menjaga waktu (harishun ala waqtihi) merupakan faktor penting bagi manusia. Hal ini karena waktu itu sendiri mendapat perhatian yang begitu besar dari Allah dan Rasul-Nya. Allah Swt banyak bersumpah di dalam Al-Qur’an dengan menyebut nama waktu seperti wal fajri, wad dhuha, wal asri, wallaili dan sebagainya. Allah Swt memberikan waktu kepada manusia dalam jumlah yang sama setiap, Yakni 24 jam sehari semalam. Dari waktu yang 24 jam itu, ada manusia yang beruntung dan tak sedikit manusia yang rugi. Karena itu tepat sebuah semboyan yang menyatakan:

Lebih baik kehilangan jam daripada kehilangan waktu.’ Waktu merupakan sesuatu yang cepat berlalu dan tidak akan pernah kembali lagi. Oleh karena itu setiap muslim amat dituntut untuk memanaj waktunya dengan baik, sehingga waktu dapat berlalu dengan penggunaan yang efektif, tak ada yang sia-sia. Maka diantara yang disinggung oleh Nabi Saw adalah memanfaatkan momentum lima perkara sebelum datang lima perkara, yakni waktu hidup sebelum mati, sehat sebelum sakit, muda sebelum tua, senggang sebelum sibuk dan kaya sebelum miskin.

8. Munazhzhamun fi Syu’unihi

Teratur dalam suatu urusan (munzhzhamun fi syuunihi) termasuk kepribadian seorang muslim yang ditekankan oleh Al-Qur’an maupun sunnah. Oleh karena itu dalam hukum Islam, baik yang terkait dengan masalah ubudiyah maupun muamalah harus diselesaikan dan dilaksanakan dengan baik. Ketika suatu urusan ditangani secara bersama-sama, maka diharuskan bekerjasama dengan baik sehingga Allah menjadi cinta kepadanya. Dengan kata lain, suatu udusán dikerjakan secara profesional, sehingga apapun yang dikerjakannya, profesionalisme selalu mendapat perhatian darinya. Bersungguh-sungguh, bersemangat dan berkorban, adanya kontinyuitas dan berbasih ilmu pengetahuan merupakan diantara yang mendapat perhatian secara serius dalam menunaikan tugas-tugasnya.

9. Qodirun ‘alal Kasbi

Memiliki kemampuan usaha sendiri atau yang juga disebut dengan mandiri (qodirun alal kasbi) merupakan ciri lain yang harus ada pada seorang muslim. Ini merupakan sesuatu yang amat diperlukan. Mempertahankan kebenaran dan berjuang menegakkannya baru bisa dilaksanakan manakala seseorang memiliki kemandirian, terutama dari segi ekonomi. Tak sedikit seseorang mengorbankan prinsip yang telah dianutnya karena tidak memiliki kemandirian dari segi ekonomi. Karena itu pribadi muslim tidaklah mesti miskin, seorang muslim boleh saja kaya raya bahkan memang harus kaya agar dia bisa menunaikan haji dan umroh, zakat, infaq, shadaqah, dan mempersiapkan masa depan yang baik. Oleh karena itu perintah mencari nafkah amat banyak di dalam Al-Qur’an maupun hadits dan hal itu memilik keutamaan yang sangat tinggi. Dalam kaitan menciptakan kemandirian inilah seorang muslim amat dituntut memiliki keahlian apa saja yang baik, agar dengan keahliannya itu menjadi sebab baginya mendapat rizki dari Allah Swt, karena rizki yang telah Allah sediakan harus diambil dan mengambilnya memerlukan skill atau ketrampilan.

10. Naafi’un Lighoirihi

Bermanfaat bagi orang lain (nafi’un lighoirihi) merupakan sebuah tuntutan kepada setiap muslim. Manfaat yang dimaksud tentu saja manfaat yang baik sehingga dimanapun dia berada, orang disekitarnya merasakan keberadaannya karena bermanfaat besar. Maka jangan sampai seorang muslim adanya tidak menggenapkan dan tidak adanya tirák mengganjilkan. Ini berarti setiap muslim itu harus selalu berpikir, mempersiapkan dirinya dan berupaya semaksimal untuk bisa bermanfaat dalam hal-hal tertentu sehingga jangan sampai seorang muslim itu tidak bisa mengambil peran yang baik dalam masyarakatnya. Dalam kaitan inilah, Rasulullah saw bersabda yang artinya: sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain (HR. Qudhy dari Jabir). Demikian secara umum profil seorang muslim yang disebutkan dalam Al-Qur’an dan hadits, sesuatu yang perlu kita standarisasikan pada diri kita masing-masing.

bahantarbiyah.com

Sunday, November 20, 2011

Taujihat Buat Sang Pemuda !

Posted by Tengku Ibrahim on 11:10:00 PM

Hari ini hati saya TERDETIK untuk mencari sesuatu tentang PEMUDA.....
Dan akhirnya terjumpa sesuatu yang saya kira cukup memberi MANAFAAT kepada kita semua..,
terubat hati pemudaku di saat mendengar ucapan TAUJIHAT pembakar semangat..., mengembalikan semula RUH semangat kepemudaanku....,
untuk terus MENJUAL diri demi perjuangan Islam..,
mudah-mudahan dibeli oleh Tuhanku untuk di tukarkan dengan SYURGA....,
JANNATUL FIRDAUS......

Hukum Merokok | Dr Zaharuddin

Posted by Tengku Ibrahim on 3:29:00 AM

Hukum Merokok
( jawapan ini telah disiarkan di Majalah-i, terbitan karangkraf)
Zaharuddin Abd Rahman
Soalan
Apakah pandangan ust tentang merokok dan hukumnya menurut pandangan Islam, saya ada mendengar ada ust-ust yang mengatakan terdapatnya ulama silam yang hanya menghukumnya sebagai makruh dan tidak haram, adakah ia benar?- Klang-

Jawapan :
Sebelum saya memasuki jawapan, suka saya mengingatkan bahawa pemerintah kerajaan Islam silam, Sultan Murad ke-4 (memerintah 1623-1640 m) sangat kuat memusuhi rokok, sehinggakan beliau pernah melaksanakan undang-undang bunuh bagi penjual-penjual rokok dan perokok aktif di dalam Negara.
Adapun dari sudut hukumnya ; sebagai asasnya, para ulama berbeza pandangan dalam menentukan hukumannya berdasarkan berbezanya tanggapan masing-masing terhadap keburukan (mudarat) yang terhasil dari rokok. Hakikatnya, dalam hal ini, sebarang fatwa mestilah dirujuk kepada "ahl az-zikr" dalam halnya, "ahli az-zikr" dalam hal rokok adalah doktor perubatan (selain ulama) yang mampu mengenalpasti impak buruk dari rokok kepada tubuh dan kehidupan. Maka sebarang fatwa ulama yang tidak dibuat berlandaskan maklumat lengkap dari para doctor perubatan atau pakar kimia adalah kurang tepat dan tidak sepatutnya dijadikan pegangan.

Secara ringkasnya ulama terbahagi kepada 2 kumpulan dalam hukum rokok. Ia seperti berikut :-

1) Haram : Ulama kontemporari yang mengatakan demikain adalah Dar Al-Ifta Mesir, Lajnah Fatwa Saudi, Lajnah Fatwa Azhar, Seluruh ahli persidangan Mencegah rokok ( persidangan di Madinah pada 2-5 Mac 1982) , Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Mahmud Syaltut, Syeikh Sayyed Sabiq, Syeikh Ahmad Syurbasi, Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaat, Syeikh Atiyyar Saqar. ( Akhbar al-Jumhuriyyah, 22 Mac 1979 ; Fatawa Muasiroh, 1/667; Al-Fatawa li Muhd Syaltut, Yasalunaka oleh Syurbasi dan Fiqh As-Sunnah
Ulama silam yang mengatakan haram pula adalah Syeikh muhd alauddin haskafi al-hanafi, syeikh sulaiman al-Bujairimi as-Syafie, Syeikh Mustafa ar-Rihbani, Syeikh Ibrahim al-Laqqani al-Maliki dan ramai lagi. (Al-hukm as-Syar'ir fi at-Tadhin, Kumpulan Ulama, Kementerian Kesihatan Sedunia, 1988, hlm 25-26)
Kumpulan ini semakin kuat mengharamkan apabila terdapat maklumat yang menyebut terdapat unsur arak dan racun di dalam rokok, maka ia adalah seperti darah dan bangkai yang diharamkan kerana unsur kotor dan racun ( seperti nikotin, tar, alcohol methnol, karbon monoksida, ammonia dan lain-lain ) yang terkandung di dalamnya. ( Abu Ubaidah al-Mashur, At-ta'liqat al-hisan dzayl tahqiq al-Burhan, hlm 28 ; Dr Abd Sabur as-Shahin, As-Sajayir Halalun am Haramun,hlm 34-35 )
Pada tahun 1962, Fakulti Perubatan Diraja Britain mengesahkan kesan buruk rokok terhadap kesihatan, pada tahun 1964 Fakulti Kedoktoran Amerika mengeluarkan satu kajian setebal 387 halaman dan diterbitkan kandungannya di akhbar yang menyebut "Merokok memudaratkan kesihatan secara pasti, ia juga menyebut "rokok menjadi penyebab pelbagai penyakit membunuh " ( Rujuk Mahmud Nazim, At-Tibbun An-Nabawi Wal ‘Ilmi al-Jadid, 1/346 )
Maka dengan kenyataan-kenyataan ini Allah SWT menyuruh kita agar merujuk kepada ahli dalam sesuatu ilmu sebagaimana erti firman Allah SWT " Maka hendaklah kamu bertanya kepada yang berpengalaman" ( Al-Furqaan : 59 ) ; Justeru, pandangan pakar perubatan dalam hal ini tidak boleh diketepikan oleh para ulama dalam membuat sebarang fatwa.
Selain keburukan dari sudut kesihatan, ia juga boleh memudaratkan hubungan kemasyarakatan dengan sebab baunya yang kuat dan busuk. Hal ini tidak dibenarkan oleh Islam berdasarkan sabda Nabi SAW ertinya : " Tiada boleh memberi mudarat dan membalas mudarat" ( Riwayat Malik, 1/122; Ad-Dar Qutni, 4/228; Al-Hakim 2/66 ; Sohih kata Hakim, dan di atas syarat Muslim kata az-zahabi, Albani : Ia punyai banyak jalan yang menguatkan satu sama lain sehingga naik ke darjat Sohih)
Hadith lain pula menyebut : " Sesiapa yang memakan dari pokok ini , berkata bawang merah, bawang putih maka janganlah mendekati masjid-masjid kami, sesungguhnya (bau yang busuk) itu menyakiti Malaikat sebagaimana ia menyakiti manusia" ( Riwayat Al-Bukhari, KItab al-Azan, no 807 ; Muslim, Kitab Masajid wa Mawadi' as-Solat, no 876 )

2) Kumpulan yang Memfatwakan Harus atau Melihat secara tafsil (terperinci)
Ulama yang dipihak ini adalah Syeikh Abd Ghani an-Nablusi, Syeikh Muhd Amin Ibn ‘Abidin, Syeikh Hasanain Makhluf (berpendapat hukumnya secara terperinci menurut keadaan ), Syeikh Hasan Makmun.
Antara dalil mereka adalah asal segala sesuatu yang tidak mudarat adalah halal dan beberapa dalil yang lain. Bagaimanapun, kesimpulan dalil mereka adalah lemah kerana ia bersandarkan pandagan mereka tanpa maklumat berkenaan keburukan dari sudut perubatan pada zaman itu. Hasilnya mereka memberikan fatwa hanya berdasarkan bau asap rokok yang busuk dan menggangu, justeru, sudah tentu bau yang busuk sahaja tidak mampu menyebabkannya menjadi haram. Jelaslah pandangan mereka tidak mengambil kira maklumat baru perubatan.
Justeru, pada hemat dan kajian saya, hukum yang lebih tepat adalah Haram merokok kerana mudarat yang pelbagai dari sudut kesihatan tubuh sendiri, orang lain, dan baunya yang mengganggu orang lain. Malah kaedah Islam menyebut : "Ad-Darar Yudfa' Bi Qadaril Imkan" ; ertinya : "Kemudaratan hendaklah ditolak sedaya upaya dan kemampuan" (Al-Madkhal Al-Fiqhil ‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/992)

Cuma Syeikh Al-Qaradawi di dalam Fatawanya (Fatawa muasiroh, 1/667) menjelaskan hukumnya berkata ( dengan pindaan ) :-

a- Sekiranya seorang perokok cuba sedaya upaya memberhentikan tabiat rokoknya, bagaimanapun ia gagal, maka ia patut terus mencuba dan diberikan uzur setakat yang ia gagal. Perlulah ia menghalang dari menyebarkan tabiatnya kepada orang lain.

b- Walaupun ianya haram, tapi tidaklah haramnya besar seperti zina, mencuri dan lain-lain dosa besar. Setiap perkara haram ada tahapnya di sisi Shariah, ada yang dikira dosa besar dan ada yang kecil. Dosa hasil rokok bolehlah di katakan termasuk dalam dosa kecil. Bagaimanapun perlu diingat, Ibn Abbas r.a menegaskan bahawa dosa kecil pasti menjadi besar apabila berterusan atau kesannya benar-benar memudaratkan. Kesimpulan Al-Qaradawi, rokok adalah haram secara pasti bagi yang belum merokok, dan makruh bagi seisap yang telah terjebak sehingga sukar untuk keluar darinya. Apa yang pasti, segala jenis usaha bagi memberhentikan aktiviti buruk ini mesti dicari segera. Wallahu a'lam.





Zaharuddin Abd Rahman
22 Januari 2007

Wednesday, November 16, 2011

GAMIS | Penempatan Guru: Mahyiddin perlu letak jawatan

Posted by Tengku Ibrahim on 11:47:00 PM

KUALA LUMPUR, 17 Nov: Gabungan Ikatan Islam Se-Malaysia (Gamis) menasihatkan Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan ekoran kegagalannya menangani masalah penempatan guru graduan pendidikan.


Dalam satu kenyataanya hari ini, presidennya Ahmad Syazwan Muhammad Hasan berkata Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri itu sehingga kini masih gagal memberi jaminan 'posting' kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP).



"Graduan dalam bidang pendidikan ini memerlukan jawapan daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya oleh Tan Sri Muhyidin untuk memastikan mereka boleh mengatur masa depan yang baik kerana pengangguran dikalangan graduan bakal guru ini semakin teruk ditambah pula kenyataan yang tidak cermat dan mengguriskan hati mahasiswa oleh menteri berkenaan supaya graduan bidang pendidikan ini mencari kerja lain selain dari guru," katanya.

Selain itu beliau juga mempersoalkan nasib graduan ISMP yang dianak tiri, dalam masa yang sama sejumlah 13000 guru Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) diserap ke jawatan tetap melalui Kursus Dalam Cuti (KDC) dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) yang sepatutnya diisi oleh graduan bidang pendidikan yang tamat pengajiannya pada 2011 ini.
Menurutnya, pengumuman pada bajet 2012 untuk melanjutkan umur bersara penjawat awam daripada 58 tahun kepada 60 tahun juga turut memberi kesan berantai kepada pengangguran graduan yang terpaksa menunggu dua tahun lagi untuk mengisi ruang dalam penjawat awam dan juga terpaksa bersaing dengan graduan baru pada masa tersebut.
"Lebih mengecewakan ialah bangsa asing lebih diutamakan untuk menjadi pendidik kepada anak bangsa kita setelah pengumuman kerajaan untuk membawa masuk 300 orang guru bahasa inggeris dari Amerika Syarikat yang menelan belanja RM18 juta sedangkan dalam masa yang sama ramai graduan anak watan yang menganggur.
"Soalnya, siapa yang lebih diutamakan untuk mendidik generasi bangsa kita," soal Syazwan.
Tambahnya lagi, kegagalan garaduan ditempatkan juga menyebabkan mereka terus terbeban untuk membayar wang pinjaman PTPTN.
Tekanan ini katanya, sepatutnya diselesaikan dengan bijak oleh seorang Menteri Pelajaran dengan memberikan ruang dan jalan yang sesuai, bukannya lari dari tanggungjawab dengan menyuruh bakal guru untuk bekerja di sektor lain.
"Sesunggunya amat songsang dengan falsafah pendidikan apabila seorang bakal guru disaran untuk bekerja diladang ternakan lembu.
"Maka pihak Gamis merasakan Tan Sri Muhyidin Yasin perlu meletakkan jawatan atas kegagalan menguruskan graduan dan bakal guru ini disamping dasar pendidikan yang tidak konsisten dan menyusahkan rakyat termasuk juga dalam isu PPSMI.
"Jawatan ini perlu diberi kepada yang layak dan mampu berfikir untuk mencari jalan penyelesaian, bukan helah untuk selamatkan diri dan kepentingan," tegasnya.

Sumber : (http://www.mygamis.net)

Monday, November 14, 2011

Cinta Sejati Tiada Sempadan

Posted by Tengku Ibrahim on 11:41:00 PM

Ramai yang suka bila mana bicara tentang cinta. Cinta sejati adalah satu anugerah daripada Allah buat hamba-hambaNya. Semua orang boleh mendapatkan cinta tetapi tidak semua orang dapat merasai “cinta sejati”. Cinta sejati ibarat satu semut putih dikalangan semut-semut hitam. Terlalu sukar untuk diungkapkan, terlalu kompleks untuk diterjemahkan, terlalu payah untuk difahami. Cinta sejati tiada sempadan, bukanlah sepertimana cinta-cinta murahan yang biasa kita dengar. Hayatilah rangkap syair ini :

Akan menghinalah mereka yang tak mengenal cinta
Sungguh cintamu padanya wajar adanya
Mereka kata, cinta buat kau gila
Padahal kau orang paling faham agama

Ku katakan pada mereka
Mengapa kalian iri padanya?
Jawabnya
Kerana ia mencinta dan dicintai pujaan jiwa

Bila masanya Muhammad mengharamkan cinta
Dan apakah ia menghina umatnya yang jatuh cinta
Janganlah kau berlagak mulia
Dengan menyebut cinta sebagai dosa

Janganlah kau pedulikan apa kata orang tentang cinta
Entah yang berkata keras atau halus biasa
Bukankah manusia harus menetapi pilihannya
Bukankah kata tersembunyi tak bererti diam seribu bahasa

(Syair ini dikutip dari kitab Tauqul Hamamah karya Ibnu Hazm al-Andalusi)

Sumber : (link)

Seorang isteri bertanya kepada suaminya, “kenapa abang mencintai saya?” Suami terdiam kemudian menjawab dengan lemah lembut, “Sebab abang sayang pada sayang lah.”

Isteri berkata lagi, “Mana boleh, kalau abang cintakan saya mesti bersebab. Lihat kawan-kawan saya yang lain,ada yang cintakan isteri dia kerana wajahnya yang cantik,kerana badannya yang langsing,kerana tangannya...”

Disebabkan desakkan daripada isterinya maka si suami pun menjawab, “ Abang cintakan sayang kerana wajah sayang yang cantik.” Si isteri terus berpuas hati mendengar jawapan tersebut sambil tersenyum.

Beberapa tahun kemudian, takdir Allah telah menentukan si isteri terlibat dalam satu kemalangan sehingga menyebabkan kulit mukanya melecur teruk.

Si isteri bertanya kepada suaminya, “Abang,tentu abang sudah tak cintakan sayang lagi. Muka sayang dah tak cantik.”

Si suami dengan tersenyum berkata, “ Jikalau dahulu cinta abang kerana muka sayang yang cantik, sudah pasti abang akan tinggalkan sayang dalam keadaan sekarang ni. Tetapi cinta abang kepada sayang bukanlah kerana wajah sayang,bukan kerana tubuh badan sayang tetapi kerana abang cintakan sayang betul-betul kerana Allah dan rasul. Tiada apa perantaraan yang mampu menjadi kayu ukur kepada cinta abang ini.”

Mendengar sahaja luahan si suami, si isteri terus menangis teresak-esak, memohon keampunan kepada suaminya di atas keegoannya sebelum ini.

Saudara saudari sekalian, begitulah...Cinta sejati tidak dapat diukur dengan sesuatu apa sekalipun. Inilah konteks yang sepatutnya kita gunakan dalam mencari dan menjejaki cinta sejati kepada Allah dan rasulnya. Tahajud, selawat, syurga, kebaikkan bukanlah semata-mata menjadi kayu ukur kita dalam mendapatkan cinta Allah dan rasul. Tetapi kita buat sesuatu ibadah ataupun sesuatu kebaikkan adalah kerana atau semata-mata kita mengharapkan keredaan Allah taala dan tiada tujuan yang lain. Benarlah sepertimana yang ana sebutkan sebelum ini, cinta terlalu sukar untuk diungkapkan, terlalu kompleks untuk diterjemahkan, terlalu payah untuk difahami. Beruntunglah bagi sesiapa yang merasai nikmat cinta sejati ini.........

Cerita Si Penggunting Rambut

Posted by Tengku Ibrahim on 10:55:00 PM

Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.
Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.

“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.

“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.

“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.

“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.

“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.

“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.

“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.

“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.

“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.

“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.

“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”

“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.

“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.
Sumber : (jom berdakwah di facebook)

Sunday, November 13, 2011

MASIHKAH ADA TAUBAT BAGI DOSA YANG BERULANG?

Posted by Tengku Ibrahim on 10:27:00 PM

1. Secara umumnya taubat bermaksud kekesalan dan keinsafan terhadap dosa yang dilakukan, lalu memohon keampunan Allah dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Ini berdasarkan firman Allah: maksudnya:

“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal” (Surah Ali ‘Imran: 135-136).

Maka, asalnya taubat itu di samping keinsafan dan memohon keampunan, ia juga adalah azam untuk tidak mengulanginya.

2. Keikhlasan atau kesungguhan seseorang yang bertaubat itu hanya diketahui oleh Allah dan dirinya sendiri. Ketika dia bertaubat, jika ia lahir dari keikhlasan maka perasaan khusyuk, duka, insaf, mengharapkan keampunan Allah akan menyelinap masuk ke dalam setiap pelusuk jiwanya. Airmata keinsafan antara bukti kejujuran insan yang menyesal dan mengharapkan keampunan. Keinginan untuk berada dalam keampunan itu akan membawanya kepada azam untuk tidak mengulangi dosa. Jika taubat seperti itu berlaku, maka itu adalah taubat yang nasuha atau yang ikhlas. Ia diterima Allah.

Sekalipun kemungkinan selepas itu, atas kelemahan diri dan kecuaian, hamba yang bartaubat tadi tergelincir sekali lagi ke dalam dosa yang sama. Jika, dia ikhlas pada taubatnya yang awal, Allah Maha Mengetahuinya dan insyaAllah akan mengampuni dosanya yang awal, juga dosa kemudian jika dia terus bertaubat lagi.

3. Taubat yang sebenar bukan satu perkara yang boleh dibuat-buat. Ia bukan satu lakonan. Perasaan keinsafan yang hadir dalam jiwa seorang hamba bukannya perkara yang diada-adakan. Ia adalah cahaya iman yang lahir dari kekudusan jiwa yang mengakui kebesaran Allah dan takutkan dosa. Apabila perasaan kerohanian itu wujud, maka seorang hamba pun bertaubat dengan penuh insaf dan nekad untuk tidak mengulangi. Siapakah yang mengetahui kewujudan perasaan itu dalam sesuatu jiwa? Sudah pasti hanya Allah dan insan yang bertaubat itu sendiri. Jika keadaan yang disebutkan itu berlaku, insan itu sebenarnya telah benar-benar bertaubat.

4. Insan atau anak Adam itu ada kelemahannya. Kadang-kala dia terjatuh lagi dalam kesalahan setelah bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Ini –seperti yang dijelaskan- kegelinciran kedua atau ketiga dan seterusnya tidaklah bererti dia tidak ikhlas dalam taubatnya yang sebelum itu. Namun, kelemahannya menyebabkan dia berulang kali jatuh ke dalam dosa, sekalipun telah benar-benar insaf sebelumnya. Maka, jika hal ini berlaku dia hendaklah mengulangi taubat dan jangan berputus asa. Syaitan akan membisikkan perasaan putus asa dalam jiwa, sedangkan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penerima taubat.

5. Hal ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis baginda:

“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

6. Dari hadis di atas menggambarkan, selagi seseorang hamba Allah menyesal dan insaf, sekalipun telah berulang dosa, Allah Yang Maha Pengampun tetap mengampuninya. Namun, hendaklah kita berhati-hati kerana waktu kematian tidak pasti. Orang yang bertaubat dan berjaya mengawal dirinya tentulah lebih baik dari yang gagal mengawal diri. Tidak mustahil ketika dia gagal mengawal diri itu, kematian menjemputnya pergi.

7. Apapun, pintu taubat dalam Islam ini sentiasa terbuka. Tidak kira besar mana pun dosa, berapa kali ia mengulanginya. Insan jangan berputus asa dari rahmat Allah. Firman Allah: (maksudnya):

“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar: 53).

Putus asa dari rahmat Allah adalah bisikan syaitan yang enggan melihat hamba-hamba Allah kembali kepada Allah.

8. Antara cara untuk memboleh kita istiqamah dengan taubat kita ialah memohon pertolongan Allah agar kita tetap atas jalan hidayah. Al-Quran mengajar kita doa: (maksudnya)

“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8).

Nabi s.a.w pula selalu membanyakkan doa:

“Wahai Yang Membolak-balikkan jantung hati (Allah)! Tetapkan daku atas agamuMu” (Riwayat al-Tirmizi, Ahmad, Ibn Abi ‘Asim- dinilai sahih).

9. Juga, antara langkah mengekalkan dalam kebaikan adalah dengan mendampingi mereka yang baik dan soleh. Teman yang baik dan mahukan kebaikan akan membawa kita berterusan dalam kebaikan. Begitulah sebaliknya. Firman Allah: (maksudnya)

“dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang menyeru Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaanNya semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui jantung hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami, serta dia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran”. (Surah al-Kahfi: 28).

Hiduplah dalam lingkungan teman-teman yang selalu berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.

10. Maka, diingatkan jangan kita berputus asa dari rahmat Allah, dan jangan kita jadikan orang lain berputus asa dari rahmat Allah. Insan mempunyai peluang bertaubat sehingga nyawa ke halkumnya. Sabda Nabi:

“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).






Sumber : (www.drmaza.com)

Friday, November 11, 2011

Hikmah di sebalik | PLKN

Posted by Tengku Ibrahim on 9:32:00 AM

Bismillah......

Selepas sahaja saya menamatkan tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar, Johor, saya dikehendaki untuk mengikuti satu Program Latihan Khidmat Negara 2009 (PLKN) selama tiga bulan di Kem Merang Suria, Terengganu sebagai peserta kumpulan pertama. Pada mulanya, saya berasa cukup kecewa, sedih, dan marah kerana terpilih mengikuti PLKN kerana pada anggapan saya PLKN ini adalah membuang masa, tiada nilai-nilai Islam yang akan diterapkan, pergaulan bebas mungkin akan berlaku dan tiada faedah mengikutinya. Tetapi saya pergi juga sebagai peserta dalam keadaan yang sangat tidak rela kerana tidak mahu didenda RM 3000.

Apabila tiba sahaja saya disana, saya masih ingat lagi, perkara yang saya mula-mula kena di saat punggung pun masih belum jejak ke katil, beg pun masih belum dilepaskan lagi daripada genggaman, saya dan beberapa orang peserta lain dikehendaki membuat tekan tubi sebanyak 40 kali sebagai denda daripada jurulatih, Cikgu Anuar(merupakan antara orang yang rapat dan banyak memberi tunjuk ajar kepada penulis semasa di sana ) kerana ada salah seorang daripada peserta di situ tersalah ambil baldi beliau. Yang peliknya, saya tidak merasa marah langsung kerana hati saya merasakan seperti ada sentuhan sesuatu.

Saya rasa mungkin cukup sekadar itu sebagai muqadimah kepada penulisan saya pada kali ini, menampakkan kepada semua para pembaca sekalian perasaan awal saya bila mula-mula sekali di PLKN. Mungkin ada yang tidak bersetuju dan tidak sangka apa yang saya akan tuliskan ini tetapi ini adalah kisah benar yang dialami sendiri oleh penulis yang melihat PLKN sebagai satu wadah yang baik dalam mendidik remaja-remaja darsawarsa ini. Saya sendiri tidak menyangka bahawa banyak menfaat yang saya dapat daripada PLKN ini sekaligus mengubah anggapan tentang PLKN. Saya akan menceritakan dengan menggunakan kaedah ‘numbering’ berdasarkan nilai-nilai untuk memudahkan lagi para pembaca.

KEAGAMAAN

Di sana saya melihat aspek-aspek keagamaan sangat ditekankan. Cikgu Anuar adalah salah seorang jurulatih yang sangat tegas dalam soal ini. Ini dapat dilihat dengan jelas bagaimana beliau mewajibkan semua peserta solat berjemaah di surau tepat pada waktunya. Bagi sesiapa yang lambat atau tidak pergi solat solat berjemaah akan didenda dengan mengangkat 2 meja makan sambil membuat pusingan seluas dewan makan. Kami juga pernah dikenakan hukuman menulis “saya akan memastikan sahabat saya pergi menunaikan solat berjemaah di surau” sebanyak lebih daripada 1000+++ kali(saya tidak ingat jumlah yang tepat). Selain daripada itu, beliau mewajibkan semua peserta menghafal semua makna bacaan di dalam solat dan bagi sesiapa yang tidak melakukannya akan ada hukuman yang diberikan. Beliau juga melantik daripada kalangan peserta Imam-imam, bilal-bilal dan ajk-ajk surau. Dan majoritinya sebagai naqib dan naqibah yang akan membimbing peserta-peserta yang lain dalam menyampaikan taklim dan membimbing mereka khususnya dalam agama. Kebanyakkan aktiviti-aktiviti yang kami lakukan juga adalah di asingkan daripada lelaki dan perempuan melainkan beberapa sahaja seperti kumpulan di dalam kelas, kawad dan sebagainya. Antara perkara yang saya tidak boleh lupakan ialah pada hari kedua para imam didenda dengan dikerahkan untuk bergolek di atas jalan raya bersama-sama dengan beliau sendiri kerana kami terlupa untuk menyampaikan taklim selepas Asar.Masya-Allah..sebenarnya banyak lagi yang saya hendak ceritakan berkenaan aspek keagamaan ini tetapi terhalang disebabkan oleh ruang dan masa yang terhad.

Nilai keagamaan ini dapat berjalan dengan baik di kem saya kerana pelajar-pelajar lepasan sekolah agama memainkan peranan dakwah di sana, disamping bantuan daripada jurulatih-juruatih yang hendakkan islam di sana. Saya tidak menafikan ada sesetengah kem yang tidak menekankan langsung aspek ini. Malah peserta bebas untuk solat di bilik dan yang lebih sedih lagi ada yang tidak solat langsung. Kita mahukan mereka-mereka yang kurang baik ini atau tersasar ini menjadi lebih baik apabila mereka menamatkan latihan ini, bukannya menjadi makin haru biru. Di kem saya, memang ada yang secara senyap-senyap mengaku tidak pernah solat, selalu lawan kata ibu bapa, menipu, baru hendak belajar sembahyang, baru hendak kenal agama islam yang sebenar. Mereka jumpa para naqib kerana mereka merasakan mereka perlu berubah dan perlu mempelajari islam. Dan mereka merasa begitu kerana di kem kami ada suasana islam tersebut yang cuba diterapkan. Inilah point penting yang saya hendak ketengahkan. Apabila ada sahabat saya yang berkongsi dengan saya, dia hendak belajar tentang islam,hendak solat, dia beritahu pada saya selama ini tiada seorang pun yang pernah ceritakan pada dia tentang islam yang sebenar,hukum-hukum dalam islam dan sebagainya. Justeru benarlah apa yang sering kita dengar bahawa kita kena jadi pendakwah, di luar sana banyak lagi masyarakat yang memerlukan bimbingan daripada kita.

KEILMUAN

Ini adalah saya kira sebagai asas semasa di sana bagi mana-mana kem pun. Kami di ajar mengenai sejarah dan asal usul agama-agama di dalam Malaysia iaitu tentang agama Islam, Buddha,Hindu, Kristian dan Sikh. Kami juga diajar dengan sifat-sifat patriotik,nilai-nilai baik, akhlak, bagaimana untuk meningkatkan keyakinan diri kami,menangani stress dan sebagainya. Pendek kata, kami mempelajari ilmu secara indoor(yang saya sebutkan tadi) dan juga outdoor seperti berkawad, memegang senjata,survival,dan sebagainya. Semua ilmu-ilmu outdoor tadi adalah merupakan ilmu untuk hidup, bagaimana kita hendak hidup dan memerlukan kerencaman kita berfikir.

UKHUWWAH

Saya melihat bagaimana jurulatih cuba menerapkan kami dengan nilai kasih sayang di antara kami, yang mana datang daripada tempat yang berbeza, berbeza agama, kaum dan warna kulit. Denda-denda yang dikenakan juga lebih bersifat ‘seorang buat semua kena’. Kami sama-sama di ajar untuk susah, gelak ketawa bersama-sama, sakit sama-sama, sedih sama-sama, dan secara tidak langsung kesemua ini telah mengajar kami erti seorang sahabat. Saya tidak dapat lupakan bagaimana seorang sahabat saya yang kita nampak dia seorang yang tegas, nakal, suka main-main tetapi boleh menangis di saat hendak berpisah dengan kami semua sebagai seorang sahabat sedangkan sebelum ini tidak pernah kenal pun. Saya sebenarnya masih mencari rahsia di sebalik ukhuwwah ini dan masih mencari. Kerana ini adalah satu anugerah besar yang Allah berikan pada kita, sesuatu nikmat yang susah hendak kita dapat, sahabat sejati. Walau bagaimanapun, sebagai seorang muslim kita sepatutnya mengasihi sahabat atau saudara kita sebagaimana kita mengasihi diri kita sendiri. Sebagaimana sabda yang telah diucapkan oleh baginda rasulullah SAW.

Saya rasakan cukuplah sekadar saya membawakan 3 sahaja nilai yang saya dapat daripada banyak nilai-nilai yang lain sebagai pengajaran buat kita semua. Secara jujurnya saya merindukan suasana semasa di PLKN tersebut. Sekadar peringatan, apa sahaja yang kita ikuti, apa sahaja organisasi yang kita pimpin, dan apa sahaja jawatan yang kita pegang, kitalah pencoraknya sama ada lebih dekat kepada ketakwaan ataupun semakin jauh daripada rahmat Allah. Samalah juga seperti kem-kem PLKN, NGO-NGO dan parti-parti. Oleh yang demikian, saya tidak merasa pelik sekiranya ada organisasi dan kem-kem PLKN yang lain yang sangat kontra dengan apa yang saya telah ceritakan sebelum ini. Wallahualam......

Link Sedikit Gambar Lain [klik]

Dicatat oleh :

Prince-tengku

Jumaat|12:23|p.m

Tuesday, November 08, 2011

::Bukan Fantasi Tetapi Realiti Umat Islam::

Posted by Tengku Ibrahim on 6:45:00 AM


Bismillah....
Hari ini saya hendak berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian berkenaan satu video klip yang sangat menarik mengenai "5 Realiti Umat Islam Zaman Sekarang". Mula-mula sekali saya melihat video tersebut menyebabkan saya mula berfikir,ada benarnya disebalik apa yang di perkatakan. Mungkin saya akan tuliskan sedikit secara ringkas apa 5 perkara tersebut.

5 Realiti Umat Islam Zaman Sekarang :

1- Hiburan yang sia-sia
2- Mangsa fesyen
3- Zina berleluasa
4- Ramai pemuda islam yang lemah
5- Tidak peduli realiti 1, 2, 3 dan 4.

"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan."

(Surah Al-An'am: 32)


Link kepada video tersebut [sila klik]

Satu penceritaan yang simple melalui video tetapi saya rasa mesej yang cukup bernilai untuk sama-sama kita hayati. Dan akhirnya, saya ucapkan tahniah kepada pihak yang membuat video ini, mudah-mudahan sedikit usaha kita ini diterima oleh Allah dan memberi manfaat kepada orang lain....

Wallahualam~

Saturday, November 05, 2011

Salam Aidul Adha

Posted by Tengku Ibrahim on 10:38:00 AM

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua.......(^_^).........
"Tingkatkan Pengorbanan, Suburkan Keikhlasan"

Ibadah Korban

Posted by Tengku Ibrahim on 3:52:00 AM


Hari raya Aidiladha merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam. Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lali baginda bersabda:


إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ

Maksudnya: “Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959. Aidiladha juga diberi gelaran sebagai hari raya haji kerana ia diraikan ketika umat Islam mengerjakan salah satu dari amal ibadah yang termasuk di dalam rukun Islam yang lima, iaitu ibadah haji. Di samping itu, Aidiladha juga dikenali sebagai hari raya korban kerana antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri.

Ibadah korban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah ALLAH. Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu. Peristiwa ini telah dirakamkan oleh ALLAH sebagaimana firman ALLAH S.W.T: "Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar. Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH itu), Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah.
(KAMI sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah KAMI). Lantas KAMI menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya KAMI membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan KAMI tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta KAMI kekalkan baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang terkemudian." – Surah al-Soffaat: 101-108. Rentetan dari peristiwa ini, saban tahun ketika merayakan hari raya Aidiladha maka umat Islam menyembelih binatang-bintang korban lalu mengagih-agihkannya kepada golongan yang kurang bernasib-baik seperti orang miskin, anak yatim, orang Islam yang sedang ditimpa musibah dan lain-lain lagi.

Sumber : (perkematdq.blogspot.com)

Wednesday, November 02, 2011

Hentikan Kempen | Seksualiti Merdeka 2011

Posted by Tengku Ibrahim on 11:35:00 PM

Negara kita gempar lagi dengan satu program yang dikenali sebagai Seksualiti Merdeka 2011 dengan temanya " Queer Without Fear" yang berlangsung pada 2 Nov 2011 hingga 13 Nov 2011 di The Annaxe Gallery.Secara umumnya,program ini adalah bertujuan untuk memperjuangkan hak dan kebebasan dengan gaya hidup pilihan mereka dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia. Justeru itu, mereka tidak lagi teragak - agak untuk mengiklan, memperjuang dan menganjurkan programnya secara terbuka.Program ini juga kononnya berteraskan perjuangan "Human Right", iaitu menuntut hak dan kebebasan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual [LGBT] untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka.Mungkin saudara saudari boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program atau kempen ini di laman web (www.seksualitimerdeka.org).

Saya dengan sekeras-kerasnya menentang kempen ini kerana telah mencabuli kesucian agama dan perkara tersebut adalah berlawanan dengan fitrah manusia.Maka dengan mengadakan kempen ini sebenarnya telah menemarkan fitrah manusia itu sendiri. Perkara ini juga ada disebut oleh YAB Datuk al Mursyidul Am PAS dan juga oleh Ustaz Nasrudin bin Hassan,Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. Kenyataan mereka boleh dibaca di (http://prince-tengku.blogspot.com/2011/11/kenyataan-media-yab-datuk-al-mursyidul.html) dan (http://www.eperjuangan.com/2011/11/seksualiti-merdeka-2011-kembalilah.html).

Saudara saudari sekalian,
Jika kita imbas kembali sirah para anbiya' dahulu,sebenarnya Allah SWT telah menceritakan hal ini kepada kita di dalam al Quran mengenai kaum yng dibinasakan kerana melawan fitrah semulajadi iaitu mengamalkan seks sejenis atau dalam bahasa sekarang dipanggil gay atau lesbian. Kaum nabi Luth bukan sahaja menolak perintah membenarkan risalah yang dibawa oleh nabi Luth tetapi turut mengamalkan satu jenayah tidak berperikemanusiaan yang tidak pernah lagi diamalkan oleh mana-mana kaum sebelum itu iaitu seks sejenis. Inilah jenayah paling hina disisi agama dan amalan yang paling terkutuk.

Kisah Kaum Nabi Luth.

Kaum Luth pun telah mendustakan ancaman-ancaman ( Nabinya ). Sesungguhnya Kami telah
menghembuskan kepada mereka angin yang membawa batu-batu (yang menimpa mereka ),
kecuali keluarga Luth. Mereka Kami selamatkan di waktu seelum fajar menyingsing. Sebagai
nikmat dari Kami. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. Dan
sesungguhnya dia ( Luth ) telah memperingatkan mereka akan azab-azab Kami, maka mereka
mendustakan ancaman-ancaman itu. (QS Al Qamar 33-36 )

Nabi Luth hidup satu masa dengan Ibrahim. Luth diutus sebagai seorang pembawa risalah kepada
salah satu kelompok masyarakat yang hidup berdekatan dengan kaum Nabi Ibrahim. Kaum ini,
sebagaimana diriwayatkan dalam Al Qur'an mengerjakan perbuatan yang menyimpang yang
kemudian dikenal luas sebagai perilaku sodomi. Dikala Luth menyerukan kepada mereka untuk
menghentikan penyimpangan tersebut diserukan kepada mereka peringatan dari Allah, maka
mereka mengingkarinya, menolak kenabian Lut dan meneruskan penyimpangan perilaku mereka.
Pada akhirnya kaum ini dihancurkan dengan bencana yang mengerikan.
Kota dimana dahulu Nabi Luth berdiam, dalam Perjanjian Lama dihubungkan dengan kota
Sodom, Berada disebelah Utara laut Merah, masyarakat ini diketahui telah dihancurkan
sebagaimana termaktub dalam Al Qur'an. Penelitian arkeologis mengungkapkan bahwa kota
tersebut berada diwilayah Laut Mati yang terbentang memanjang diantara perbatasan Israel-
Jordania.

Sebelum mencermati sisa-sisa dari bencana ini, marilah kita lihat mengapa kaum Luth dihukum dengan cara seperti ini. Al Qur'an menceritakan bagaimana Luth memperingatkan kaumnya dan apa jawab mereka :

" Kaum Luth telah mendustakan rasul-nya, ketika saudara mereka Luth, berkata kepada mereka "
Mengapa kamu tidak bertaqwa?". Sesungguhnya aku adalah seorang rasul kepercayaan ( yang
diutus ) kepadamu, maka bertaqwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku. Dan aku sekali-kali
tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.
Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki diantara manusia, dan kamu tinggalkan istri-istri yang
dijadikan Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas. Mereka
menjawab " Hai Luth, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti, benar-benar kamu termasuk orang
yang diusir". Luth berkata " Sesungguhnya aku sangat benci kepada perbuatanmu ". ( QS Asy-
Syu"ara" 160-168 ).

Kaum Nabi Lut justeru mengancamnya sebagai jawaban atas ajakannya ke jalan yang benar.
Kaumnya membenci Luth karena menunjukkan mereka ke jalan yang benar, dan menyingkirkkannya bersama orang-orang yang beriman kepadanya. Dalam ayat lain,
kejadian ini dikisahkan sebagai berikut :

" Dan ( Kami juga telah mengutus ) Luth ( kepada kaumnya ). (Ingatlah ) tatkala dia berkata
kepada mereka :" Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, yang belum pernah
dikerjakan oleh seorangpun (didunia ini) sebelummu?". Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki
untuk melampiaskan nafsumu ( kepada mereka), bukanka kepada wanita, malah kamu ini adalah
kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan :" Usirlah mereka ( Lut
dan pengikut-pengikutnya) dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang
berpura-pura mensucikan diri ."(QS Al A'raaf 80-82).

Luth menyeru kaumnya kepada sebuah kebenaran yang begitu nyata dan memperingatkan mereka dengan tegas, namun kaumnya sama sekali tidak mengindahkan berbagai peringatan dan bahkan meneruskan penolakannya terhadap Luth dan mengingkari azab yang telah dikatakan kepada mereka :

" Dan (ingatlah) ketika Luth berkata kepada kaumnya :"Sesungguhnnyya kamu benar-benar
mengerjakan perbuatan yang amat keji yang sebelumnya belum pernah dikerjaka oleh seorangpun
dari umat-umat seblum kamu". Apakah sesungguhnya kamu mendatangi laki-laki,menyamun dan
mengerjakan kemungkaran ditempat-tempat pertemuannmu? Maka jawaban kaumnya tidak lain
hanya mengatakan : " Datangkanlah kepada kami azab Allah, jika kamu termasuk orang-orang

yang benar".( QS Al Ankabut 28-29).

Menerima jawaban seperti tersebut diatas dari kaumnya Luth meminta pertolongan kepada Allah :
" Ia berkata : Ya Tuhanku, tolonglah aku ( dengan menimpakan azab) atas kaum yang berbuat
kerosakan itu " (QS Al-Ankabut 30)".

" Ya Tuhanku selamatkanlah aku beserta keluargaku dari ( akibat) perbuatan yang mereka

kerjakan" ( QS Asy Syu'ara'169).

Atas doa Luth tersebut, Allah mengrimkan dua malaikat yang menjelma dalam wujud manusia.
Para malaikat ini mengunjungi Ibrahim sebelum mendatangi Luth, membawa kabar gembira
kepada Ibrahim bahwa isterinya akan melahirkan seorang bayi, malaikat pembawa pesan
menerangkan alasan pengiriman mereka; bahwa kaum Luth yang ingkar akan dihancurkan :
"Ibrahim bertanya; 'Apakah urusanmu hai para utusan?'. Mereka menjawab;"Sesungguhnya kami
diutus kepada kaum yang berdosa (kaum Luth), agar kami timpakan kepada mereka batu-batu dari
tanah , yang ditandai di sisi Tuhanmu untuk ( membinasakan ) orang-orang
yang melampaui batas. ( QS Adz -Dzaariyaat: 31-34).

"Kecuali Lut beserta pengikut-pengikutnya. Sesungguhnya Kami akan menyelamatkan mereka semuanyua, kecuali istrinya, Kami telah telah menentukan bahwa sesungguhnya ia itu termasuk orang-orang yang tertinggal (bersama-sama dengan orang kafir lainnya )". ( QS Al Hijr 59-60).

Setelah meningalkan Ibrahim, para malaikat yang dikirim sebagai utusan pembawa pesan,
kemudian mendatangi Luth. Adapun Luth yang belum pernah ditemui sang pembawa pesan, pada
waktu pertama kalinya merasa khawatir namun selanjutnya merasa tenang setelah berbicara
dengan mereka ;

Ia berkata:" Sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang tidak dikenal". Para utusan menjawab
:" Sebenarnya kami ini datang kepadamu dengan membawa azab yang selalu mereka dustakan ".
Dan kami datang kepadamu membawa kebenaran dan sesungguhnya kami betul-betul orang yang
benar. Maka pergilah kamu di akhir malam dengan membawa keluargamu, dan ikutilah mereka
dari belakang dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh kebelakang dan teruskanlah
perjalanan ke tempat yang diperintahkan kepadamu". Dan Kami telah wahyukan kepadanya (Luth)
perkara itu, yaitu bahwa mereka akan ditumpas habis diwaktu subuh. ( QS Al Hijr 62-66).

Sementara itu, kaum Lut telah mengetahui bahwa Luth kedatangan tamu. Mereka tidak ragu-ragu untuk menadatangi tamu-tamu tersebut secara menentang sebagaimana mereka sebelumnya telah mendatangi tamu yang lain. Mereka mengepung rumah Luth. Merasa khawatir atas keselamatan tamunya, Luth berbicara kepada kaumnya :

" Luth berkata : " Sesungguhnya mereka adalah tamuku; maka janganlah kamu memberi malu (kepadaku), dan bertaqwalah kepada Allah dan janganlah kamu membuat aku terhina". ( QS Al Hijr 68-69)

Kaum Lut menjawab dengan pedas ;

Mereka berkata :" Dan bukankah kami telah melarangmu dari (melindungi) manusia". Merasa
bahwa Ia dan tamunya akan mendapatkan perlakuan yang keji, Lut berkata : " Seandainya aku ada
mempunyai kekuatan ( untuk menolakmu ) atau kalau aku dapat berlindung kepada keluarga yang
kuat ( tentu akan aku lakukan ) (QS Al Hud 80 ). Tamunya mengingatkannya bahwa sesungguhnya
mereka adalah pembawa pesan dari Alllah dan mereka berkata ;" Para utusan (malaikat ) berkata :
" hai Luth, sesungguhnya kami adalah utusan-utusan Tuhanmu, sekali-kali mereka tidak akan
dapat mengganggu kamu, sebab itu pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut kamu di
akhir malam dan janganlah ada seorangpun diantara kamu yang tertinggal, kecuali istrimu.
Sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang menimpa mereka karena sesungguhnya saat jatuhnya
azab kepada mereka ialah diwaktu subuh; bukankah subuh itu sudah dekat ?". ( QS Hud 81).

Ketika penentangan warga kota mencapai tingkat kebencian yang memuncak, Allah
menyelamatkan Lut dengan perantaraan malaikat. Di pagi hari, kaumnya dihancurleburkan dengan
bencana yang sebelumnya telah diberitahukan oleh Luth.

" Dan sesunguhnya mereka telah memujuknya ( agar menyerahkan ) tamunya (kepada mereka ),
lalu Kami butakan mata mereka, maka rasakanlah azab-Ku dan ancaman-ancaman-Ku. Dan
sesungguhnya pada esok harinya mereka ditimpa azab yang kekal ( QS Al-Qamar 37-38).

Ayat yang menerangkan pengnhancuran dari kaum ini adalah sebagai berikut :

" Maka mereka dibinasakan oleh suara keras yang mengguntur, ketika matahari akan terbit. Maka
kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik kebawah dan Kami hujani mereka dengan batu-batu yang keras . Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda ( kebesaran
Kami ) bagi orang-orang yang meperhatikan tanda-tanda. Dan sesungguhnya kota itu benar-benar
terletak dijalan yang masih tetap ( dilalui manusia). ( QS Al Hijr 73-76).

" Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri Kaum Luth itu yang atas ke bawah ( Kami
balikkan ), dan Kami hujani mereka dengan (batu belerang ) tanah yang terbakar secara bertubi-
tubi, yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan siksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim.
(QS Hud 82-83).

" Kemudian Kami binasakan yang lain, Dan Kami hujani mereka dengan hujan ( batu belerang)
maka amat kejamlah hujan yang menimpa orang-orang yang telah diberi peringatan itu.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat bukti-bukti yang nyata. Dan adalah
kebanyakan mereka tidak beriman, Dan sesungguhnya Tuhanmu, benar-benar Dialah Yang Maha
Perkasa lagi Maha Penyayang. ( QS Asy Syu'araa: 172-175).

Ketika kaum tersebut dihancurkan, hanya Lut dan pengikutnya yang hanya berjumlah tidak lebih

dari "sebuah keluarga". Adapaun isteri Luth sendiri yang juga tidak percaya ,ia juga dihancurkan.

" Dan ( Kami juga yang telah mengutus ) Luth ( kepada kaumnya), (Ingatlah) tatkala dia berkata
kepada mereka :" Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, yang belum pernah
dikerjakan oleh seorangpun ( didunia ini ) sebelumnya?'. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki
untuk melepaskan nafsumu ( kepada mereka ), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum
yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan :" Usirlah mereka ( Luth dan
pengikut-pengikutnya) dari kotamu ini; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-
pura mensucikan diri". Kemudian Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya kecuali istrinya;
dia termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan ). Dan Kami turunkan kepada mereka
hujan (batu belerang), maka perhatikanlahbagaimana kesudahan orang-orang yang
memperturutkan dirinya dengan dosa dan kejahaan itu.( QS Al-Araf: 80-84).

Demikianlah maka, Nabi Luth diselamatkan bersama dengan para pengikut dan keluarganya,
namun tidak demikian halnya dengan istrinya. Sebagaimana disebutkan dalam Perjanjian Lama, ia
(Luth) berpindah dan menetap bersama Ibrahim. Adapun terhadap kaum yang sesat mereka
dihancurkan dan tempat tinggal mereka diratakan dengan tanah.

Sumber : (http://www.scribd.com/doc/3210801/KAUM-NABI-LUT)

______________________________________

Marilah kita bersama-sama munajat agar penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 dibatalkan serta merta. Selamatkan Negara kita dari anasir yang merosakkan akhlak, moral dan nilai agama. Kita tidak mahu negara kita turut dibinasakan sebagaimana kaum nabi Luth terdahulu. Renungilah pengajaran dalam kisah kaum nabi Luth. Tidak cukup lagikah contoh yang telah Allah tunjukkan kepada kita. Justeru saya memohon kepada semua agensi-agensi yang terlibat dengan penganjuran kempen ini menghentikannya dengan serta merta demi menjamin sebuah negara yang harmoni dan mendapat keberkatan daripada-Nya.





  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site