• PIMPINAN 10-11

    Bersama Menerajui Perubahan

  • Bergambar Bersama Penceramah

    Semasa menjadi fasilitator Mukhayyam Syakhsiah Muslim Anjuran Badan Dakwah dan Ibadah SMA al-ittifaQiah Guai,Pahang

  • Wilderness Adventure Camp LANGKAWI

    Saat terakhir bergambar bersama-sama

  • Wilderness Adventure Camp LANGKAWI

    Saat terakhir bergambar bersama-sama

  • Wilderness Adventure Camp LANGKAWI 2007

    Bergambar bersama ahli-ahli kumpulan semasa berkayak di laut...Hidup Gacrux!!!

Thursday, August 30, 2012

Jom kita hafaz alQuran (3)

Posted by Tengku Ibrahim on 2:03:00 AM


3. Panduan Menghafaz Al-Quran

Setelah kita ketahui niat,dalam erti kata lain membetulkan kembali niat kita mengapa hendak menghafaz alQuran dan membetulkan juga semula mind setting kita,maka barulah kita boleh pergi kepada cara-cara menghafaz alQuran. Sukalah saya hendak mengingatkan bahawa, cara yang ditunjukkan ini hanyalah cadangan daripada penulis. Kadang-kadang sesuai dan kadang-kadang tidak. Sesetengah orang mempunyai caranya yang tersendiri yang lebih berkesan dalam menghafaz ayat-ayat alQuran.


Persediaan sebelum menghafaz :

  1. Membersihkan diri daripada segala hadas
  2. Memakai wangi-wangian
  3. Bersugi/memberus gigi
  4. Memilih mushaf yang biasa digunakan seharian ; pastikan tulisan mudah dibaca dan sebaik-baiknya rasm uthmani
  5. Memilih tempat yang sesuai untuk menghadaz alQuran
  6. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafaz alQuran ; cadangan selepas/sebelum subuh dan selepas maghrib
  7. Berwudhuk
  8. Memilih guru/kawan yang anda ingin memperdengarkan bacaan dan hafazan padanya.
Cara menghafaz :

Talaqqi dan musyafahah

Iaitu guru memperdengarkan bacaannya pada setiap ayat kemudian diikuti oleh pelajar atau guru menyemak bacaan pelajar pada ayat-ayat yang hendak dihafaz atau menyemaknya ketika sesi tasmi’. Bacaan tersebut mestilah lancar , fasih dan bertajwid.

Membaca dan melancarkan bacaan
  1. Menentukan ayat-ayat yang hendak dihafal
  2. Malancarkan bacaan dengan tajwid yang betul pada ayat-ayat atau surah-surah yang hendak dihafaz.
  3. Memahami makna-makna ayat dan sebab-sebab turun ayat sekiranya ada Asbab al-Nuzul pada ayat yang hendak dihafaz
Teknik menghafaz alQuran
  1. Mula menghafaz ayat pertama dengan berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya. Apabila sudah ingat dengan baik dan jelas ayat yang pertama, maka mulalah menghafal ayat yang kedua dengan kaedah yang sama pada ayat pertama tadi.
  2. Apabila ayat kedua sudah diingati,maka ulang semula membaca secara hafazan pada ayat yang pertama hingga ayat yang kedua hingga lancar.
  3. Mula menghafaz ayat ketiga dan apabila sudah ingat dengan lancar , ulang semula dari ayat pertama hingga ketiga sehingga lancar kesemuanya sekali.
  4. Begitulah seterusnya sehingga selesai dihafaz semua ayat yang telah ditetapkan untuik hari tersebut
Teknik menghafaz dengan seorang teman
  1. Pilih seorang teman yang sama minat dalam menghafaz al-quran.
  2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
  3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
  4. Saling menguji ayat yang dihafaz antara satu sama lain.
Teknik penulisan (kitabah).
  1. Tulis kembali ayat-ayat yang telah dihafaz.
  2. Kemudian semak semula ayat yang telah ditulis berpandukan mashaf.
  3. Menulis setiap ayat petama awal muka surat, atau setiap rubu’, atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.

Teknik mendengar

Mendengar bacaan guru dan mengikut bacaan tersebut sehingga menghafaz ayat tersebut atau merakam ayat-ayat al-quran yang akan dihafaz kemudian mendengarnya melalui alat audio.Contoh bacaan terbaik yang boleh diikuti ialah bacaan Syeikhul Maqari’ Mahmud Khalil al-Khusairi dari Mesir ataupun Syeikh Saad alGhamidi,Syeikh Sudais dan sebagainya.

Teknik pembahagian ayat (al taqsim)
  1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai.
  2. Memisah-misahkan selembar muka surat kepada beberapa bahagian(2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
  3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian. Contohnya mengikut pertukaran cerita dalam surah tersebut.
  4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu’, cerita dan sebagainya.
  5. Memisah-misahkan al-Quran kepada beberapa kelompok surah, hizib, setiap 10 juz dan sebagainya
Selepas menghafaz :

Berdoa agar dikurniakan keberkatan dalam hafalan. Antara doa yang baik
untuk dibaca :

اللَّھُمَّ ارْحَمْناَ بِالْقُرْآنِ وَاجْعَلْھُ لَناَ إِماَماً وَنُوراً وَھُدىً وَرَحْمَةً
اللَّھُمَّ ذَكِّرْناَ مِنْھُماَ نُسِّیْناَ وَعَلِّمْناَ مِنْھُمَا جَھِلْنَا وَارْزُقْناَ تِلاَوَتَھُ أَنَاءَ اللَّیْلِ وَأَطْرَافَ النَّھَارِ
وَاجْعَلْھُ لَناَ حُجَّةً یَا رَبَّ الْعَالَمِینَ.

“ Ya Allah Rahmatilah kami dengan Al Quran, jadikanlah ia pemimpin , cahaya
dan petunjuk dan rahmat bagi kami.
Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami dilupakan , ajarilah kami apa tidak tahu
dan berikanlah kami rezeki membacanya di sebelah malam dan di sebelah siang.
Jadikanlah ianya hujjah bagi kami wahai Tuhan sekalian alam”.

Gambar hiasan : Penulis (berbaju hitam),bersama Ahmad Ibrahim ketika Program Hafaz is Easy

Monday, August 13, 2012

Jom kita hafaz alQuran (2)

Posted by Tengku Ibrahim on 4:31:00 PM

2. Mind Setting

Selepas kita sudah betulkan semula niat dan apa tujuan kita hendak menghafaz alQuran, perkara kedua yang saya letakkan antara perkara penting yang perlu dilakukan ialah membetulkan semula 'mind setting'. Dalam erti kata lain menyelaras semula minda kita. Rasulullah SAW pernah membetulkan 'world view' atau 'mind setting' para sahabat mengenai siapakah orang yang muflis? Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).

Selain daripada itu,Rasulullah SAW juga pernah bertanya kepada para sahabat siapakah orang yang paling kuat? Para sahabat menjawab, orang yang paling kuat tentulah orang yang bergusti. Tetapi Rasulullah SAW kemudiannya membetulkan semula para sahabat dengan mengatakan orang yang paling kuat adalah yang paling dapat menguasai dirinya ketika marah, berdasarkan sebuah hadith :

"Daripada Abi Hurairah bahawa Rasul SAW. Bersabda : Tidaklah boleh dikatakan kuat (gagah) itu, kerana kuat bergusti, bahkan kekuatatan yang sebenar itu ialah mereka yang dapat menguasai dirinya ketika marah"

Justeru kita semua telah jelas bahawa membetulkan semula mind setting sangat penting. Tetapi persoalannya apakah perkara yang perlu diselaraskan semula?

Kita semua sering dimomokkan bahawa menghafaz alQuran sangat susah, sukar, payah dan sebagainya. Maka pemikiran seperti ini yang patut dibetulkan dan diselaraskan semula. Kita tidak akan berjaya menghafaz alQuran sekiranya dalam diri kita masih lagi ada perkara-perkara seperti ini. Memang tidak dinafikan dalam usaha kita menghafaz ada cabaran-cabarannya,tetapi tidak bermaksud kita meng'set'kannya sebagai satu kesusahan. Sudah menjadi fitrah manusia bahawa dalam mencapai sesuatu kejayaan, manusia tidak akan pernah berhenti daripada diuji. Sebagaimana firman Allah taala di dalam surah al Ankabut ayat 2-3 yang bermaksud :

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan Sesungguhnya kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta.

Simpan dalam data pemikiran kita bahawa menghafaz adalah senang dan sudah pasti sedikit kesusahan yang ada adalah sebagai fitrah, bahawa dalam menempuh liku-liku sesuatu kejayaan pasti akan ada cabaran-cabaran dan masam manisnya.

Bersambung.............

11.08.2012 | Haffaz is Easy | SMKA Maahad Muar (sila klik)

Sunday, August 12, 2012

Jom kita hafaz alQuran (1)

Posted by Tengku Ibrahim on 5:27:00 AM

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah yang memberi saya peluang dan idea utk terus menabur bakti melalui penulisan yang tidak seberapa ini. Pada 11 Ogos 2012 yang lepas telah diadakan satu program yang diberi nama “ Haffaz is Easy”, atas cadangan daripada ex-maahad-DQ. Melalui program ini telah memberi saya idea bahawa saya perlu menulis satu perkongsian tentang mungkin pengalaman dan bagaimana menghafaz yang baik. Dan sebenarnya juga,suatu masa dahulu saya pernah ditanya oleh seseorang yang mahukan nasihat daripada saya bagaimana hendak menjadikan dan mengatur anaknya yang ketika itu masih kecil bagi menjadi seorang hamalatul quran. Mungkin sahaja faktor kekangan masa telah menyebabkan saya terlupa akan pertanyaan tersebut.

1. NIAT

Pertamanya sebelum kita memulakan bagi menhafaz alQuran suka saya untuk bertanya akan satu soalan. Kenapa kita hendak menghafaz alQuran? Bilamana saya bertanya soalan ini kepada mereka yang baru hendak menghafaz atau telah menghafaz alQuran, ramai daripada mereka tidak dapat memberikan jawapan. Bahkan kebanyakkan daripada mereka sendiri pun tidak mengetahui kenapa mereka hendak menghafaz alQuran, adakah daripada kemahuan diri sendiri ataupun tujuan yang lain. Berdasarkan satu hadith yang bermaksud :

“Daripada Amirul Mukminin Abu Hafa, Umar ibnu Al-Khattab r.a berkata: aku mendengar Rasulullah saw bersabda: bahawasanya setiap amalan itu adalah dengan dan semua orang mendapat pahala berdasarkan apa yang diniatkan. Barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasulnya. Barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang diperolehinya atau perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan.”

Maka kita perlu tahu sebab apa kita hendak menghafaz alQuran. Ada orang menghafaz alQuran kerana hendak mendapat syafaat berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Bacalah alQuran kerana sesungguhnya ianya akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada sahabatnya”

Malah tidak kurang juga yang menghafaz kerana mengetahui bahawa menghafaz alQuran adalah adalah salah satu tanda orang yang berilmu. Sebagaimana firman Allah taala dalam surah al Ankabut ayat 49 yang bermaksud :

“Sebenarnya, Al Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat kami kecuali orang-orang yang zalim.”

Dalam erti kata lain, ayat-ayat Al Quran itu terpelihara dalam dada dengan dihafaz oleh banyak kaum muslimin turun temurun dan difahami oleh mereka, sehingga tidak ada seorangpun yang dapat mengubahnya.

Dan tidak kurang juga yang menghafaz kerana mendengar Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :

“Sebaik-baik manusia dalam kalangan kamu adalah orang yang belajar al-quran dan orang yang mengajarkannya.

Oleh yang demikian, Allah menyediakan pelbagai ganjaran kepada mereka yang mahu menjadikan kalamNya sebagai teman, yang mahu membaca dan mengamalkan firman-firmanNya. Tetapi walau apa pun niat dan ganjaran yang kita mahukan jangan sekali-kali kita lupakan bahawa yang kita hafaz ini adalah kerana Allah taala. Itulah yang terbaik. Adapun yang lain hanyalah sebagai motivasi kepada kita dalam kita mencapai target atau sasaran kita iaitu menjadi seorang hamalatul Quran.

Bersambung.....................(Jom kita hafaz alQuran (2))

Gambar semasa program Haffaz is Easy| 11 Ogos 2012 (sila klik )

Wednesday, July 25, 2012

Penilaian terhadap hadis | Awal bulan Ramadhan rahmat,pertengahannya keampunan dan akhirnya adalah pembebasan daripada api neraka

Posted by Tengku Ibrahim on 8:17:00 AM



«أول شهر رمضان رحمة، وأوسطه مغفرة، وآخره عتق من النار»
(Oleh : د. عبد العزيز بن ندى العتيبي)

لا يصح حديثاً

«أول شهر رمضان رحمة، وأوسطه مغفرة، وآخره عتق من النار»

الحديث الرابع: عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «أول شهر رمضان رحمة، وأوسطه مغفرة، وآخره عتق من النار». رواه العقيلي في الضعفاء الكبير (2/162)، وابن عدي في الكامل، والخطيب البغدادي في موضح أوهام الجمع والتفريق (2/149)، وابن عساكر في تاريخ دمشق (27/19) كلهم من طريق سلام بن سوار قال: حدثنا مسلمة بن الصلت، عن الزهري، عن أبي سلمة، عن أبي هريرة به .

وقال العقيلي في كتابه الضعفاء الكبير (2/162): لا أصل له من حديث الزهري .

قلت: ضعيف جداً، وفي الإسناد: 1) سلام بن سليمان بن سوار، قال أبو حاتم في الجرح والتعديل: ليس بالقوي، وقال ابن عدي في الكامل: هو عندي منكر الحديث. 2) مسلمة بن الصلت: قال أبوحاتم في الجرح والتعديل: متروك الحديث، ووافقه الذهبي في الميزان وفي المغني في الضعفاء، وفي تلخيص موضوعات ابن الجوزي (1/167) قال جازماً: ومسلمة متروك. وقال ابن عدي في الكامل في الضعفاء في ترجمة سلام بن سليمان بن سوار: ومسلمة ليس بالمعروف.

Kesimpulannya hadis tersebut adalah bukan daripada nabi, dhaif jiddan, dan munkar. Berhati-hatilah kita dalam menilai dan mengkategorikan hadis tersebut,sama ada benar-benar daripada nabi atau pun tidak, ataupun hanyalah hadis palsu yang direka semata-semata walaupun demi kebaikan, hendak mengajak manusia semakin mendekati Tuhan. Soalnya bukan matlamat tersebut tetapi cara tersebut yang tidak kena pada tempatnya kerana Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa yang sengaja melakukan pendustaan keatasku,maka siapkanlah tempat duduknya di dalam api neraka.[Riwayat Bukhari dan Muslim]

Justeru, marilah seluruh umat Islam untuk kita berhati-hati di dalam urusan agama ini. Renungilah pesanan al-Imam Abdullah ibn Mubarak: “Untuk mengetahui hadith sahih memerlukan kepada penelitian, sedangkan hadith dhaif begitu mudah untuk didapati”. Semoga Allah swt mengampuni dosa-dosa di atas kesalahan yang dilakukan disebabkan kejahilan atau kealpaan seorang manusia. Akhirnya, semoga matlamat ketaqwaan daripada ibadah puasa ini akan diperolehi dan menjadi bekalan untuk menempuhi kehidupan dunia ini seterusnya mencapai kejayaan hakiki di akhirat kelak.

Sunday, July 22, 2012

Bahaya perbuatan riya'

Posted by Tengku Ibrahim on 11:13:00 PM


Sesungguhnya apabila hari kiamat Allah akan turun bertemu dgn hamba2Nya bagi mengadili mereka dan setiap umat. Maka org yg awal dipanggil utk diadili adalah lelaki yg byk menghafaz alQuran, lelaki yg berperang d jalan Allah dan lelaki yg mempunyai byk harta. Maka Allah berkata kpd pembca Al Quran : Bukankah aku telah mengajar kepadamu apa yg telah aku turunkan kpd rasulKu? lelaki itu berkata : Bahkan,wahai Tuhanku (Engkau telah mengajar kepadaku). Allah berkata : Maka apakah yg telah engkau amalkan terhadap apa yg telah aku ajarkan? Lelaki itu berkata : Aku menjaganya sepanjang siang dan malam. Allah berkata : engkau dusta. Malaikat pun berkata : engkau dusta. Allah berkata kpd lelaki itu : Bahkan engkau ingin supaya org memanggilmu sebagai seorg yg handal membaca al Quran dan mereka telah pun berkata demikian.

Dan dibawa org yg mempunyai harta yg banyak,maka Allah berkata kepadanya : Bukankah Aku telah luaskan rezekimu sehingga engkau tidak lagi memerlukan pertolongan sesiapa pun.? Dia berkata : Ya,wahai Tuhanku. Allah berkata : Apa yg telah engkau lakukan terhadap kekayaan yg aku kurniakan kepadamu? Dia berkata : Aku mengeratkan silaturrahin dan aku bersedeqah. Maka Allah berkata : Engkau dusta. dan malaikat berkata : engkau dusta. Allah berkata kepadanya : Bahkan engkau hnya ingin supaya dikatakan org engkau pemurah dan sememangnya mereka telah berkata demikian.

Kemudian d bawa org yg berperang d jalan Allah, kmudian Allah berkata : Atas dasar apakah engkau berperang.? Mka dia berkata : Aku dperintahkan utk berjihad pada jlnMu maka aku berperang sehingga aku dibunuh. Maka Allah berkata : Engkau dusta., dan Malaikat pun berkata : Engkau dusta. Dan Allah berkata : Bahkan engkau hnya ingin org mngatakan engkau berani dan sesungguhnya mereka telah mngatakan demikian...

Kmudian Rasulullah memukul pehaku maka beliau berkata : Wahai Abu Hurairah, mereka bertiga itulah makhluk Allah yg pertama akan dnyalakan api neraka utk diazab pd hari kiamat..
(Muslim,Tarmizi,An-nasaie)

Marilah kita sama-sama menghindari perbuatan riya' kerana Rasulullah juga pernah bersabda :

عن محمود بن لبيد رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((إن أخوف ما أخاف عليكم الشرك الأصغر))، قالوا: وما الشرك الأصغر يا رسول الله؟ قال: الرياء، يقول الله عز وجل لهم يوم القيامة إذا جزى الناس بأعمالهم: اذهبوا إلى الذين كنتم تراؤون في الدنيا، فانظروا هل تجدون عندهم جزاء

Monday, July 16, 2012

Syair yang membuatkan Imam Ahmad menangis

Posted by Tengku Ibrahim on 1:40:00 AM


الشعر ابكى الامام أحمد

(إذا ما قال لي ربـــّي )


إذا ما قال لي ربي أما استحييت تعصيني ..؟

Jika Tuhanku bartanya kepadaku

“tidak malukah kau bermaksiat kepadaku?

وتُـخفي الذنبَ عن خلقيَ وبالعصيانِ تأتيني

Kau sembunyikan dosamu dari makhluk-Ku

Dan datang padaku dengan penuh dosa”

فكيف أجيبُ يا ويحي ومن ذا سوف يحميني؟

Bagaimana aku mau jawab duhai diriku yang malang?

Dan siapalah yang dapat mnyelamatkanku...?

أسُلي النفس بالآمالِ من حينٍ الى حيني

Aku terus menyogok jiwaku dengan impian ..

Dan harapan dari waktuke waktu

وأنسى ما وراءُ الموت ماذا سوف تكفيني

Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi setelah mati

Dan apa yang akan berlaku selepas aku dikafankan

كأني قد ضّمنتُ العيش ليس الموت يكفيني

Seolah-olah aku dijamin untuk hidup selamanya

Seakan mati tidak mnmuiku

وجائت سكرة الموتُ الشديدة من سيحميني؟؟

Dan tah datang padaku sakaratul maut yang ngeri

Nah...siapaskarang yanga mampu mlindungiku

نظرتُ الى الوُجوهِ أليـس منُهم سيفدينـــي؟

Aku mlihat pada wajah-wajah

Apakah ada dari pada mereka yang akan menbusku?

سأسأل ما الذي قدمت في دنياي ينجيني

Aku kan disoal

Apa yang telah aku lakukan didunia untuk menylamatkan diri ini?

فكيف إجابتي من بعد ما فرطت في ديني

Maka bagaimana akan ku jawab setelah akumengabaikan urusan agamaku?

ويا ويحي ألــــم أسمع كلام الله يدعوني؟؟

Celakanya aku..!

Apakah aku tidak mndngar ayat-ayat Allah yang menyeruki..?

ألــــم أسمع بما قد جاء في قاف ويسِ
adakah aku tak dengar apa yang telah diberitakn didalam suratQOF dan Yasiin..?


ألم أسمع بيوم الحشر يوم الجمع والدين

adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkannya manusia,hari perhimpunan dan hari ad-din(qiyamat)..?


ألـــم أسمع مُنادي الموت يدعوني يناديي

adakah aku tak dngar panggilan ajal maut,menyru dan mnjemputku?



فيا ربــــاه عبدُ تــائبُ من ذا سيؤويني ؟

maka ya Rabb seorang hamba datang bertaubat, siapa yang dapat melindunginya?

سوى رب غفور واسعُ للحقِ يهدييني

Melainkan Tuhan yang maha luaspengampunan-Nnya,dan yang membimbingku pada kebenaran


أتيتُ إليكَ فارحمني وثقــّـل في موازيني

Aku telah datang pada-Mu maka kasihanilah daku

Dan beratkan timbangan (kebaikan)ku..!


وخفَفَ في جزائي أنتَ أرجـى من يجازيني

Dan ringankan (percepatkan) hisabku

Kerana Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban

_________________________________

Terima kasih kepada sahabat saya Ustaz Saifullah daripada indonesia kerana sudi menyalin syair ini untuk saya..,moga-moga memberi manfaat kepada semua...


Wednesday, May 02, 2012

Hadith Rejab Bulan Allah, Sya’ban Bulan Nabi ?

Posted by Tengku Ibrahim on 11:24:00 PM

Bismillahirrahmanirrahim..,pada penulisan kali ini i'allah saya ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian mengenai satu hadith yang biasa kita sebut-sebutkan iaitu “Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Saya akan menukilkan beberapa pandangan.

Pandangan Pertama : Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Ini adalah hadith palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Syria: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah)

Nama penuhnya Ibn Jahdam ialah `Ali bin `Abdillah bin Jahdam al-Zahid. Beliau meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadith palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173,Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).

Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H) menyebut: Ada beberapa golongan yang membuat hadith palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadith palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadith mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah. (Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadith, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu’asir)

Golongan penceramah, imam, khatib, dan media massa hendaklah berhati-hati agar tidak menjadi agen penyebaran hadith-hadith palsu mengenai amalan-amalan yang dikatakan disunatkan pada bulan-bulan tersebut. Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H): Hadith-hadith mengenai solat Raghaib pada jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w. Begitu juga semua hadith mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadith-hadith mengenai solat pada malam Nisfu Sya`aban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).


Pandangan Kedua :
[http://islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=37875]

السؤال
(قال رسول الله صلي الله علية وسلم ( رجب شهر الله وشعبان شهري ورمضان شهر أمتي صدق رسول الله صلى الله علية وسلم. هل هذا الحديث صحيح؟

لإجابــة
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أما بعد:
فالحديث الذي سألت عنه ضعفه أهل الحديث: الألباني في السلسلة الضعيفة وفي ضعيف الجامع، وقد سبق بيان ذلك في الفتوى رقم: 37405.
والله أعلم.

Pandangan Ketiga : Al-Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas

Keterangan:HADITS INI “ MAUDHU’ (Palsu)
KataSyaikh ash-Shaghani (wafat th. 650 H): “Hadits ini maudhu’.” [LihatMaudhu’atush Shaghani (I/61, no. 129)]

Haditstersebut mempunyai matan yangpanjang, lanjutan hadits itu ada lafazh:

“Artinya: Janganlah kalian lalai dari (beribadah)pada malam Jum’at pertama di bulan Rajab, karena malam itu Malaikat menamakannyaRaghaaib...”

Keterangan:HADITS INI MAUDHU’ (Palsu)

KataIbnul Qayyim (wafat th. 751 H): “Hadits ini diriwayatkan oleh ‘Abdur Rahman binMandah dari Ibnu Jahdham, telah menceritakan kepada kami ‘Ali bin Muhammad binSa’id al-Bashry, telah menceritakan kepada kami Khalaf bin ‘Abdullahas-Shan’any, dari Humaid Ath-Thawil dari Anas, secara marfu’. [Al-Manaarul Muniif fish Shahih wadh Dha’if (no. 168-169)]

KataIbnul Jauzi (wafat th. 597 H): “Hadits ini palsu dan yang tertuduhmemalsukannya adalah Ibnu Jahdham, mereka menuduh sebagai pendusta. Aku telahmendengar Syaikhku Abdul Wahhab al-Hafizh berkata: “Rawi-rawi hadits tersebutadalah rawi-rawi yang majhul (tidakdikenal), aku sudah periksa semua kitab, tetapi aku tidak dapati biografi hidupmereka.” [Al-Maudhu’at (II/125), oleh Ibnul Jauzy]

Imamadz-Dzahaby berkata: “ ’Ali bin ‘Abdullah bin Jahdham az-Zahudi, Abul HasanSyaikhush Shuufiyyah pengarang kitab Bahjatul Asraar dituduh memalsukanhadits.”

Katapara ulama lainnya: “Dia dituduh membuat hadits palsu tentang shalatar-Raghaa'ib.” [Periksa: Mizaanul I’tidal (III/142-143, no. 5879)]

[Disalin dari kitabAr-Rasaail Jilid-1, Penulis Yazid bin Abdul Qadir Jawas, Penerbit PustakaAbdullah, Cetakan Pertama Ramadhan 1425H/Oktober 2004M]




Tuesday, April 24, 2012

Kartun Bahasa Arab tentang kecurangan dalam jual-beli. (Al Mutaffifin)

Posted by Tengku Ibrahim on 2:52:00 AM

Saturday, March 31, 2012

April Fool ; Sejarah dan Pandangan Ulama' Mengenainya.

Posted by Tengku Ibrahim on 2:37:00 AM


Bismillah....

Pada 1 April setiap tahun, sebahagian masyarakat menyambut hari tersebut dengan mengadakan perbuatan menipu atau gurauan untuk mengenakan orang lain. Mereka memanggil tarikh 1 April ini sebagai April Fool.

Kita sedia maklum bahawa April Fool bukanlah budaya kita, tetapi ia merupakan budaya yang dibawa masuk dari Barat. Dan ISLAM juga sangat-sangat melarang ummatnya melakukan perbuatan menipu dengan sengaja, walau dalam bentuk apa sekalipun, samada dalam bentuk gurauan ataupun bukan.

Terlebih dahulu..,mari kita sama-sama melihat kembali peristiwa sejarah yang dikatakan merupakan pencetus terawal kepada sambutan April Fool ini.

Berkurun-kurun lama dahulu, kerajaan Islam Sepanyol yang telah lama bertapak di sana telah menghadapi kekalahan di tangan tentera Kristian. Maka penduduk-penduduk Islam di Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah mereka untuk menyelamatkan diri dari tentera Kristian. Namun tentera Kristian tidak berpuas hati kerana tidak dapat menghapuskan orang Islam. Maka tersebarlah berita bahawa orang Islam yang ingin selamat boleh menyelamatkan diri mereka dengan menaiki kapal yang berlabuh di pelabuhan dan untuk memastikan berita itu benar mereka sendiri pergi menyiasat adakah berita itu benar. Setelah pasti dengan khabar berita itu, maka beramai-ramailah orang Islam Sepanyol ke pelabuhan dengan harapan mereka boleh menyelamatkan diri dari tentera Kristian. Namun sebaliknya yang berlaku. Tentera Kristian mengambil kesempatan menghapuskan umat Islam dengan membakar rumah dan kapal-kapal di pelabuhan dan orang-orang Islam di Sepanyol dibunuh beramai-ramai termasuklah lelaki, perempuan dan kanak-kanak pada tanggal 1 April. Inilah hari yang diraikan oleh rakyat Sepanyol setiap tahun untuk mengingati kemenangan tentera Kristian ke atas orang Islam yang dibunuh oleh mereka dan inilah sejarah yang mengaitkan April Fool dengan orang Islam.

Namun malangnya, saban tahun semakin ramai April Fool disambut oleh orang Islam di seluruh dunia. Cuba kita bayangkan sekiranya sejarah tersebut benar maka, seolah-olah kita turut sama mengiktiraf kemenangan orang kafir keatas umat Islam. Selain daripada itu, rakyat Malaysia sememangnya banyak terdedah dengan budaya Barat yang telah lama bertapak di Malaysia sejak dari dulu lagi. Valentine's Day dan sebagainya telah lama disambut di Malaysia dan umat Islam juga tidak terkecuali untuk menyambutnya. Kata mereka ianya nampak lebih moden dan cool untuk disambut.

Dari sini kita boleh ketahui apakah relevan dan faedahnya dengan April Fool ini. Menganiayai, menipu, menghina, menyakitkan hati, dan perasaan orang lain, semuanya buruk dan tidak berfaedah tentang April Fool. Sepertimana firman Allah yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kaum laki-laki menghinakan kaum laki-laki (yang lain), kerana boleh jadi kaum yang dihinakan itu, lebih baik dari kaum yang menghinakan, dan jangan pula kaum perempuan (menghinakan) kaum perempuan yang lain, kerana boleh jadi perempuan yang dihina itu, lebih baik dari perempuan yang menghinakan. Janganlah kamu cela-mencela sesama kamu dan jangan pula panggil-memanggil dengan gelaran (yang tidak baik). Seburuk-buruk nama ialah fasik sesudah keimanan. Barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang aniaya."
(Surah Al-Hujurat: 48 )

Mari kita lihat beberapa pendapat `ulama muktabar berkaitan isu April Fool ini yang mana saya merujuk kepada blog Ustaz Azhar Idrus :

1) Shaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi:

Beliau menyebutkan bahawa menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah.” [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah sallAllahu Alaihi Wassalam memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda sallallahu `alaihi wasallam bersabda:

“Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam juga bersabda:

“Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran.” [HR Ahmad dan At-Thabrani].

Sebahagian hadis Nabi sallallahu `alaihi wasallam turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang di dalam apa bentuk pun. Sambutan ini (hari April Fool) adalah dilarang kerana empat sebab:

  1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
  2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
  3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
  4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.

2) Shaikh Atiyyah Saqr:

Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.

Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan dharurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “dharurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Dharurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.

Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].

Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi; ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan. [Islamonline.net]

3) Shaikh Shalih Fauzan:

Di dalam laman islamqa.com fatwa nombor: 10834, beliau menyatakan bahawa:

Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari ini (hari April Fool), mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah sallAllahu `alaihi wassalam bersabda:

“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”

Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita akan mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.

Friday, March 16, 2012

Jiwa Yang Halus

Posted by Tengku Ibrahim on 7:21:00 PM


Bismillahirrahmanirrahim......
Alhamdulillah...,segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam kerana masih memberi kesempatan dan ruang pada diri saya untuk terus menabur bakti dalam medan penulisan dakwah...yang keduanya selawat dan salam ke atas junjungan besar kita semua Nabi Muhammad SAW, penghulu segala nabi, kerana dengan kesungguhan dan ketekunan baginda nabi SAW dalam menyampaikan dakwah maka kita pada hari dapat merasai nikmat iman dan islam. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT...
Hadirin pembaca sekalian, pada penulisan pada kali ini, ingin sekali saya kongsikan bersama satu kata-kata daripada HAMKA iaitu kata beliau :

"Membaca buku pada waktu petang hari, tilawah alQuran di antara Maghrib dan Isyak dan tahajjud serta munajat selepas tengah malam ialah ubat paling mujarab bagi penyakit muram dan kesepian.Perhalusi jiwa dengan pembacaan berfaedah dengan tasawuf, falsafah, ciptaan ahli seni. Maka bertambah halus perasaan, bertambah nampaklah kewajipan kita hidup."

Kata-kata ini cukup memberi kesan dalam jiwa saya. Saya terfikir, pada suatu masa dahulu umat Islam kuat kerana dalaman mereka kuat, pengharapan mereka kepada Allah sangat kuat. Dan sejarah juga telah membuktikan bahawa jatuhnya sesebuah tamadun islam juga adalah disebabkan lemahnya pengharapan mereka kepada Allah dan jauhnya mereka daripada Islam. Saya rasa tidak perlulah saya perincikan di sini mengenai sejarah pembukaan kota konstantinopel oleh Sultan Muhammad al fateh, kejayaan Panglima Tariq bin Ziyad dalam memperluas tanah Islam dan lain-lain lagi.

Kata seorang ibu ketika mana beliau disoal bagaimana beliau dapat membaca atau dalam bahasa mudah, beliau boleh baca seseorang tersebut bagaimana sikap mereka. Beliau menjawab: Banyakkan mengadu pada Allah, jangan sesekali tinggal solat sunat tahajjud tanpa sebarang keuzuran.

Masya Allah, hebat sahabat-sahabat sekalian..,bilamana kita serahkan urusan kita pada Allah, sudah pasti Allah tidak akan sia-siakan hambanya. Saya cukup tersentuh bilamana membaca satu doa yang di ajar oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat yang bermaksud :

Ya Hayyu Ya Qayyum...
Dengan RahmatMu daku memohon pertolongan...,
Bantulah aku dalam setiap urusanku keseluruhan...,
Dan janganlah Engkau tinggalkan aku kepada urusanku walaupun sesaat...

Akhir kalam, saya membuat kesimpulan bilamana hati kita penuh dengan kesenian-kesenian..,maka kita akan mudah tersentuh dengan Islam itu sendiri..,kita akan melihat mad'u-mad'u sebagai sahabat dan hadiah kepada kita. Menjadi tanggungjawab kepada kita membentuk mereka tanpa mengira siapa mereka. Jiwa yang halus dan dekat dengan Allah akan lebih mudah mendapat pertolongan. Menurut satu riwayat yang menceritakan mengenai peribadi Saidina Umar alKhattab (seorang sahabat nabi yang cukup terkenal dengan sikap keras dan ketegasan): Umar pada waktu siang ibarat singa di rimba (garang,tegas dalam menegakkan Islam) tetapi umpama rahib pada malam hari (menangis, lemah, sujud memohon keampunan daripada Allah).
Wallahualam....

Tuesday, February 14, 2012

Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day | Portal Rasmi Fatwa Malaysia

Posted by Tengku Ibrahim on 1:14:00 AM

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.

Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Keputusan (English):
The Ruling on Muslims Celebrating Valentine’s Day
Decision:

The 71st Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 22nd-24th November 2005 has discussed the ruling on Muslims celebrating Valentine’s Day. The Conference decided that the teachings of Islam stress on love and there is no specific day in Islam to celebrate it.
Therefore, The Conference decided that the practice of celebrating Valentine’s Day is not part of Islam. The spirit of the celebration contains elements of Christianity and its practice that is mixed with sinful acts is prohibited and contradicts with Islam.
Keterangan/Hujah:

Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.

Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.

Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:


من تشبه بقوم فهو منهم

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
( Riwayat Abu Daud)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:


من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kebanyakan golongan remaja Islam hari ini meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

SUMBER : www.e-fatwa.gov.my

Sunday, February 12, 2012

14 Februari 1949

Posted by Tengku Ibrahim on 6:49:00 AM

Sila klik di sini untuk gambar lebih besar [klik]

Sunday, February 05, 2012

Salam Maulidur Rasul

Posted by Tengku Ibrahim on 11:19:00 AM


Ketika mana Rasulullah saw telah pergi meninggalkan para sahabat buat selama-lamanya, maka Saidina Umar al Khattab bangun, mengangkat pedangnya sambil berkata,"Barangsiapa yg berkata Rasulullah telah wafat maka akan aku penggal kepalanya,sesungguhnya rasulullah hanya koma..".

Lantas, Saidina Abu Bakar bangun menenangkan sahabatnya,Saidina Umar al Khattab dgn membaca firman Allah taala yg bermaksud,"dan Muhammad itu hanyalah seorg rasul;sebelumnya telah berlalu beberapa rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh, kamu berpaling ke belakang(murtad)? Barangsiapa yang berpaling,maka ia tidak akan merugikan Allah sedikit pun. Allah akan memberi balasan kpd org yg bersyukur.
(Ali Imran,ayat 144)

Kemudian,Saidina Umar pun rebah terduduk kerana kakinya tidak dpt lagi menahan dirinya dan kesedihan dlm dirinya bahawa sesungguhnya sahabat yg sgt dicintainya telah pergi meninggalkan buat selama-lamanya..,lalu berkata : "sesungguhnya tidak terlintas sedikit pun dalam fikiranku firman Allah tersebut".

Begitu juga dengan sahabat2 yg lain, mengalirkan air mata kerana tidak dapat lagi menahan sebak yg terbuku di dlm hati mereka...

Ya Allah hebatnya mereka YA Allah,anak didik Rasulullah saw.,bagaimana kecintaan mereka kepada kekasihMu mengalahkan kecintaan mereka kepada seluruh isi dunia..,mudah-mudahan aku tergolong dlm golongan yg bersama mereka..

Salam Maulidur Rasul....

Wednesday, January 25, 2012

Soalan 1 : Berkenaan "Couple"

Posted by Tengku Ibrahim on 9:05:00 PM


Hamba Allah : Assalamualaikum..maaf klu ana mengganggu.nk mintak pndpat dr owg yg berilmu insyaallah..kwn ana de tnye ana wajar x klu kite teroskan prhubungan klu antre laki n pompuan dh suke antre 1 same lain..tp umo bwu 19..ana x tau nk jelaskan..syukran~

Admin : 'perhubungan' terlalu umum.... perhubungn yg mcm mana?adakah sprt seorg sahabat or kekasih or cmne...

Hamba Allah : hmmm...yup kekasih..


Admin : ana xtau nak mula dari mana.. tp xpe ana cuba..

Hamba Allah : hmmm...xpe..ape2 jek..


Admin : masalah ini adalah bergantung kpd beberapa situasi..,yg pertamanya kita kena igt..,Islam hanya mengiktiraf org yg bercinta melalui ikatan yg sah (kahwin)..sebagaimana dpd ibnu Abbas r.a,beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda"Kita tidak lihat bagi dua org yg bercinta seperti nikah"(riwayat ibnu Majah),so utk pandgn pertama ana,ana mengesyorkan sama ada kahwin atau tinggalkan.....ini yg pertama.. tp situasi bleh berubah...,contohnya mereka telah lama bercouple atau si pasangan x boleh terima kalu putus,ugut nak bunuh diri dan sebagainya...sebagaimana di alami sendiri oleh sahabat ana...,nasihat ana begini...

Hamba Allah : owh...


Admin : bgtau pd mereka..,boleh terus bercinta tp mesti salah seorg yg faham @ nak berhenti, menjaga batas2 dlm ISlam..,tidak buat perkara2 mungkar yg memang jelas hukumnya dan pada masa sama mesti terus memberi kefahaman islam padanya dgn harapan dia akan faham dan kalaupun xboleh putus terus..,mungkin tangguh dulu prhubungan sehingga masa yg sesuai utk benar2 melngsungkan perkahwinan....

dan pandgn peribadi ana... bagi sesiapa yg telah terlanjur bercouple @ bercinta, dan benar2 suka sgt pada psgn masing2 dgn hasrat sehingga ke gerbang perkahwinan maka teruskanlah..,dan pada masa sama hendaklah menjaga tatasusila dan batas2 sbagai seorg Muslim...dan bagi yg juga telah terlanjur bercouple@bercinta tp tidak serius,hanya sekadar hendak main2..,maka lebih baik tinggalkan..jgn aniaya diri sendiri dgn prkara yg tiada manfaatnya..,malah boleh menimbulkan berbagai lagi prasangka.....dan bagi yg belum ada maka jgn nak cuba2 test bercinta @ bercouple..,fokuskan pd yg lebih utama dahulu..,adapun perkahwinan @ pasangan hidup adalah perkara mendatang..,ianya akan tetap hadir bila tiba masanya @ jodoh..,cuma persoalannya sama ada masa belajar,bekerja atau bila pun..,ianya tetap akan ada....wallahualm...sekdar pndgn dari dir yg dhoif...~

Hamba Allah : owh...ana fhm skang... betapa bertimbang rasenye islam... tp... yg ngh couple skang.. yg betol2 nk ke grbang prkhwinan..wlupon lame lg dibolehkan??cm 2 ke??

Admin : yg bawah hanya pndgn ana... tp kita juga kena igt...yg ana sebutkan td ibarat.. atau seolah-olah kita telah cop@taqdim@bertunang.. makna bertunang yg asal adalah kita cop dulu,berlaku persetujuan anatra kedua2 belah pihak..adapun amalan sarung cincin dan majlis bertunang hanyalah adat istiadat dlm masyarakat melayu... dan kita kena igt Islam tidak menggalakkan bertunang yg terlalu lama...,tp bukannya xboleh terus sehingga haram... batas2 antara dua org yg telah bertunang pun masih sama sebagaimana batas2 antara perempuan dan laki2 yg bukan muhrim..so bertunang tidak memberi pelepasan kpd mereka melainkan hanya dgn nikah shj...

Hamba Allah : alhmdulillah ana phm skang...syukran yew..nty klu ana de masalah ana tnye lg yew..may allah bless u~


Admin : afwan~


Hamba Allah : errr,,,nk tnye lagi...sorry....hehe
cmne klu nk halalkan hubungan ngn care bikah tp hidup mcm owg cpl..mksodnye xpayah nfkah coz masing2 ngh belajar...boley ke??


Admin : ana xbrpa faham maksud soalan ni...,.
tp ana try lar buat2 faham...,sebenarnya couple itu hanya dari sudut istilah yg diberi..,couple or pasangan memberi makna yg sama..,cumanya yg menjadi persoalan..,ikatannya halal ke blum...,dan hanya nikahlah satu2nya cara yg menghalalkan ikatan tersbut...

nafkah pn terlalu luas maknanya...
mungkin saudari pernh dngr nikah gantung(ana xpasti istilahnya),yg mana pasngn berkahwin tp tidak tinggal bersama,krn masing2 masih belajar...
Ini adalah salah satu alternatif utk kita menjauhi maksiat,sumbang mahram,zina dan sebagainya..,

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Ana membuat andaian pasangan tersebut ada meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Nafkah cukup sekadar makan minum asas isteri sehari semalam. Mungkin RM50 atau RM100 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

Hamba Allah : owh...ksimpulannye boley la yew...syukran~:)


Admin : ini hanyalah pndgn ana...,mgkn saudari boley try jgk tnye2 org lain....ok..,tQ

*Dialog soal jawab ini telah berlaku antara hamba Allah(nama dirahsiakan oleh penulis) dengan penulis di dalam fB, dan segala yang tertera tidak diubah sedikit pun oleh penulis..,mudah-mudahan sedikit soal jawab ini memberikan sedikit pencerahan dan manfaat kepada diri kita yang serba dhoif ini...Wallahualam...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site