Thursday, August 30, 2012

Jom kita hafaz alQuran (3)

Posted by Tengku Ibrahim on 2:03:00 AM


3. Panduan Menghafaz Al-Quran


Setelah kita ketahui niat,dalam erti kata lain membetulkan kembali niat kita mengapa hendak menghafaz alQuran dan membetulkan juga semula mind setting kita,maka barulah kita boleh pergi kepada cara-cara menghafaz alQuran. Sukalah saya hendak mengingatkan bahawa, cara yang ditunjukkan ini hanyalah cadangan daripada penulis. Kadang-kadang sesuai dan kadang-kadang tidak. Sesetengah orang mempunyai caranya yang tersendiri yang lebih berkesan dalam menghafaz ayat-ayat alQuran.


Persediaan sebelum menghafaz :

  1. Membersihkan diri daripada segala hadas
  2. Memakai wangi-wangian
  3. Bersugi/memberus gigi
  4. Memilih mushaf yang biasa digunakan seharian ; pastikan tulisan mudah dibaca dan sebaik-baiknya rasm uthmani
  5. Memilih tempat yang sesuai untuk menghadaz alQuran
  6. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafaz alQuran ; cadangan selepas/sebelum subuh dan selepas maghrib
  7. Berwudhuk
  8. Memilih guru/kawan yang anda ingin memperdengarkan bacaan dan hafazan padanya.
Cara menghafaz :

Talaqqi dan musyafahah

Iaitu guru memperdengarkan bacaannya pada setiap ayat kemudian diikuti oleh pelajar atau guru menyemak bacaan pelajar pada ayat-ayat yang hendak dihafaz atau menyemaknya ketika sesi tasmi’. Bacaan tersebut mestilah lancar , fasih dan bertajwid.

Membaca dan melancarkan bacaan
  1. Menentukan ayat-ayat yang hendak dihafal
  2. Malancarkan bacaan dengan tajwid yang betul pada ayat-ayat atau surah-surah yang hendak dihafaz.
  3. Memahami makna-makna ayat dan sebab-sebab turun ayat sekiranya ada Asbab al-Nuzul pada ayat yang hendak dihafaz
Teknik menghafaz alQuran
  1. Mula menghafaz ayat pertama dengan berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya. Apabila sudah ingat dengan baik dan jelas ayat yang pertama, maka mulalah menghafal ayat yang kedua dengan kaedah yang sama pada ayat pertama tadi.
  2. Apabila ayat kedua sudah diingati,maka ulang semula membaca secara hafazan pada ayat yang pertama hingga ayat yang kedua hingga lancar.
  3. Mula menghafaz ayat ketiga dan apabila sudah ingat dengan lancar , ulang semula dari ayat pertama hingga ketiga sehingga lancar kesemuanya sekali.
  4. Begitulah seterusnya sehingga selesai dihafaz semua ayat yang telah ditetapkan untuik hari tersebut
Teknik menghafaz dengan seorang teman
  1. Pilih seorang teman yang sama minat dalam menghafaz al-quran.
  2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
  3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
  4. Saling menguji ayat yang dihafaz antara satu sama lain.
Teknik penulisan (kitabah).
  1. Tulis kembali ayat-ayat yang telah dihafaz.
  2. Kemudian semak semula ayat yang telah ditulis berpandukan mashaf.
  3. Menulis setiap ayat petama awal muka surat, atau setiap rubu’, atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.

Teknik mendengar

Mendengar bacaan guru dan mengikut bacaan tersebut sehingga menghafaz ayat tersebut atau merakam ayat-ayat al-quran yang akan dihafaz kemudian mendengarnya melalui alat audio.Contoh bacaan terbaik yang boleh diikuti ialah bacaan Syeikhul Maqari’ Mahmud Khalil al-Khusairi dari Mesir ataupun Syeikh Saad alGhamidi,Syeikh Sudais dan sebagainya.

Teknik pembahagian ayat (al taqsim)
  1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai.
  2. Memisah-misahkan selembar muka surat kepada beberapa bahagian(2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
  3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian. Contohnya mengikut pertukaran cerita dalam surah tersebut.
  4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu’, cerita dan sebagainya.
  5. Memisah-misahkan al-Quran kepada beberapa kelompok surah, hizib, setiap 10 juz dan sebagainya
Selepas menghafaz :

Berdoa agar dikurniakan keberkatan dalam hafalan. Antara doa yang baik
untuk dibaca :

اللَّھُمَّ ارْحَمْناَ بِالْقُرْآنِ وَاجْعَلْھُ لَناَ إِماَماً وَنُوراً وَھُدىً وَرَحْمَةً
اللَّھُمَّ ذَكِّرْناَ مِنْھُماَ نُسِّیْناَ وَعَلِّمْناَ مِنْھُمَا جَھِلْنَا وَارْزُقْناَ تِلاَوَتَھُ أَنَاءَ اللَّیْلِ وَأَطْرَافَ النَّھَارِ
وَاجْعَلْھُ لَناَ حُجَّةً یَا رَبَّ الْعَالَمِینَ.

“ Ya Allah Rahmatilah kami dengan Al Quran, jadikanlah ia pemimpin , cahaya
dan petunjuk dan rahmat bagi kami.
Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami dilupakan , ajarilah kami apa tidak tahu
dan berikanlah kami rezeki membacanya di sebelah malam dan di sebelah siang.
Jadikanlah ianya hujjah bagi kami wahai Tuhan sekalian alam”.

Gambar hiasan : Penulis (berbaju hitam),bersama Ahmad Ibrahim ketika Program Hafaz is Easy

0 comments:

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site