• PIMPINAN 10-11

    Bersama Menerajui Perubahan

  • Bergambar Bersama Penceramah

    Semasa menjadi fasilitator Mukhayyam Syakhsiah Muslim Anjuran Badan Dakwah dan Ibadah SMA al-ittifaQiah Guai,Pahang

  • Wilderness Adventure Camp LANGKAWI

    Saat terakhir bergambar bersama-sama

  • Wilderness Adventure Camp LANGKAWI

    Saat terakhir bergambar bersama-sama

  • Wilderness Adventure Camp LANGKAWI 2007

    Bergambar bersama ahli-ahli kumpulan semasa berkayak di laut...Hidup Gacrux!!!

Thursday, February 10, 2011

Muhasabah Wanita Islam

Posted by Tengku Ibrahim on 12:16:00 PM


Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna.Islam menyempurnakan hak semua makhluk termasuklah wanita.Penjagaan hak-hak wanita oleh Islam belum pernah ditemui oleh mana-mana sejarah wanita sebelum Islam.Islamlah yang membela hak wanita.Bukan sebaliknya.Sebelum diutuskan Muhammad sebagai Rasulullah,kaum Arab hidup dalam keadaan yang sangat tidak bertamadun,sehingga bangsa mereka pada masa itu dipanggil bangsa Arab Jahiliah.Mereka jahil bukan kerana bodoh tetapi tidak bertamadun.Tidak dapat membezakan yang hak dengan batil,zina berleluasa,gemar berperang dan kaum wanita diletakkan pada taraf yang paling rendah sekali sebagaimana hamba malah mungkin lebih teruk lagi.


Maka dengan hadirnya Islam,seolah-olah member sinar baru kepada bangsa Arab.Islam datang dengan member pembelaan terhadap kaum wanita.Sekaligus,menukar bangsa Arab Jahiliah yang dulunya tidak bertamadun menjadi satu bangsa yang sangat dihormati dan disegani.Itulah Islam agama yang hanya diredhai oleh Allah. Hadirnya Islam menegakkan kebenaran dengan kejatuhan thagut-thagut pada masa itu.Wanita pada masa itu,semakin dihormati.Islam member garis panduan kepada wanita dan lelaki tentang banyak perkara dan aspek.
Hadirin sekalian,wanita yang dulunya tidak mengenal Islam,mulia selepas memeluk Islam.Mereka kasih kepada Allah dan RasulNya dan cuba mengikuti segala perintahnya dengan bersungguhsungguh.Namun begitu,pada masa kini perkara sebaliknya telah berlaku,wanita Islam lebih selesa kembali pada zaman Jahiliah daripada mengikuti syariat Islam itu sendiri.Mereka lebih selesa memakai pakaian yang mendedahkan aurat.Berasa bangga dengan dosa yang dilakukan.

Disini saya menyeru kepada sekalian wanita sekalian muhasabahlah kembali.Islam memberi kaum wanita hak kemulian yang tinggi,jadi jangan lucutkan kemulian itu,hanya untuk memakai najis-najis dosa.Renungilah ciri-ciri wanita solehah ini.Adakah terdapat ciri-ciri berikut dalam diri kita sebagai wanita Islam atau sebaliknya.

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH

1. Mencintai Allah dan Rasul

Melebihi cinta dan ketaatan kepada orang lain.Sabda Rasulullah s.a.w : “Tiga perkara sesiapa yang memilikinya akan mendapat kemanisan iman: menjadikan Allah dan Rasulnya lebih di cintai daripada kedua-duanya…” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Mencintai Allah dan Rasul dengan mentaati segala suruhan dan larangan syarak.
Sabda Rasulullah s.a.w melalui hadis qudsi: “hamba-ku yang mendekatkan diri kepada-ku dengan melakukan amalan fardu lebih aku cintai. Sentiasalah hamba-ku berterusan menghampiriku dengan melakukan amalan sunat sehingga aku mengasihinya. Apabila aku mengasihinya, jadilah aku pendengarnya yang dia mendengar dengannya, penglihatan yang dia melihat dengannya, tangan yang dia memukul dengannya dan kaki yang dia berjalan dengannya, kalau dia meminta kepadaku, pasti aku akan memberinya dan kalau dia memohon perlindunganku, pasti aku akan melindunginya” Riwayat al-Bukhari.
Termasuk mencintai Rasulullah mengikut dan mencintai baginda dalam setiap perkara Firman Allah s.w.t :”Katakanlah (wahai Muhammad): jika benar kalian mencintai Allah, maka ikutlah aku,nescaya Allah akan mengasihi kalian, Dan (ingatlah), Allah maha pengampun; lagi maha mengasihani”:- surah Ali Imran:31

2. Mentaati Ibu Bapa

Sentiasa mentaati ibu bapa dalam perkara makruf menasihati ke arah kebaikan. Jangan menderhaka kepada keduanya.
Firman Allah s.w.t “Dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa”- surah al-Israk:23
Sebelum bersuami ketaatan kepada ibu bapa adalah yang lebih utama selepas Allah dan Rasul.

3. Mentaati Suami Dalam Perkara Makruf


Setelah berkahwin ketaatan kepada ibu bapa berpindah kepada suami. Mentaati dalam perkara yang baik dan harus. Apabila suami menyuruh kepada maksiat tiada lagi ketaatan.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah”.-
Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya”.-Riwayat al-Tirmizi hasan sahih.
Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.
“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’:34)

4. Menguruskan rumahtangga


Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.
Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Masa lapang ia perlu di isi dengan menambah pengetahuan tentang ugama sebagai bekalan untuk menghadapi ujian hidup pada masa hadapan dan membimbing keluarga ke arah kebaikan.
Sabda Rasulullah s.a.w “Menuntut ilmu wajib ke atas setiap muslim”. Riwayat Ibn Majah Sahih oleh al-Albani dalam Sunan Ibn Majah.
Bijaksana menguruskan hal rumahtangga mendahulukan amalan yang wajib daripada yang sunat. Amalan sunat dan tanggungjawap kepada suami dan keluarga perlu didahulukan kewajipan sebagai isteri daripada amalan sunat yang lain.Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak halalbagi wanita berpuasa sedangkan suaminya ada di sisi tanpa keizinannya”.- Fath al-Bari, Kitab al-Nikah.

5. Berhias untuk suami

Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.
Sebuah riwayat menceritakan : “Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda menjawab:Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu”.- Riwayat Ahmad dan selainnya dihasankan oleh al-Albani.
Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.
Sabda Rasulullah SAW: “Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.” (HR:Muttafaqun Alaihi)
Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.

6. Berpakaian menurut ajaran Islam


Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, Allah SWT berfirman, ertinya: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raar:26)
Wanita solehah perlu memastikan dirinya bersih , kemas dan cantik di rumah bersama suaminya. Apabila melangkah keluar rumah pakaian yang dipilih sentiasa memenuhi syarat syarak menutup aurat dengan sempurna. Dilarang memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuh aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan hingga ke pergelangan.

7. Menjaga batas pergaulan

Allah memerintahkan para wanita agar menundukkan pandangan ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi. Jika terdapat sebarang urusan, dia menjaga batasan yang sepatutnya. Ia perlu bagi mengelakan fitnah.

8. Bersahabat dengan wanita solehah

Seseorang itu dinilai mengikut kawan-kawan yang rapat dengannya. Jika kawan-kawanya solehah, maka dia juga memiliki sifat yang sama.
Sabda Rasulullah s.a.w : “seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu, perhatikanlah salah seorang kamu siapa kawannya”.-Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi dengan sanad yang Sahih.
Sumber : (http://abunaiem.wordpress.com/2007/03/08/ciri-ciri-wanita-solehah/)



Wednesday, February 09, 2011

Akhlak Islamiah Satu Tuntutan

Posted by Tengku Ibrahim on 8:05:00 PM


Rasulullah S.A.W telah diutuskan kepada sekalian manusia untuk tiga perkara utama.Pertama adalah untuk perkara-perkara berkaitan akidah,kedua adalah untuk perkara-perkara berkaitan ibadah dan yang ketiga adalah untuk perkara-perkara yang berkaitan akhlak. Kemulian akhlak adalah matlamat utama bagi ajaran Islam sebagaimana yang telah ditegaskan oleh baginda Rasulullah S.A W tentang tujuan pengutusan baginda :
“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemulian akhlak”


Kemulian akhlak adalah merupakan tanda keimanan seseorang kerana ia adalah buah dari keimanannya. Adalah tidak dikira beriman seseorang yang tidak berakhlak. Berhubung dengan hal inilah Rasulullah menyatakan :
“Bukanlah iman itu hanya dengan cita-cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan”(Hadith Riwayat al-Dailami)
Rujukan:
(Bab 3-Saya mestilah muslim dari sudut akhlak,Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam,Fathi Yakan)


Keimanan juga boleh kita takrifkan juga sebagai berikrar dengan lisan,membenarkan dalam hati dan dibuktikan dengan amalan-amalan.
Para pembaca sekalian,perkataan akhlak berasal daripada bahasa arab Khulq yang bererti gambaran hati dan batin serta roh dan jiwa.Daripada perasaan hati dan jiwa itu lahirlah perbuatan-perbuatan yang kita nampak pada kelakuan manusia.Oleh itu,kelakuan,gelagat atau budi pekerti manusia dinamakan akhlak dan akhlak ini ada baik dan ada buruk.
Rujukan:(Pedagogi Islam,Kifah Salum)

Akhlak berbeza dengan apa yang dikatakan oleh manusia sebagai moral.Hal ini kerana akhlak merupakan fitrah manusia yang lahir secara semulajadi dari dalam diri manusia.Akhlak adalah merupakan suatu perkara yang baik meliputi pandangan agama dan juga pandangan kaca mata manusia.Moral pula adalah suatu kebaikan atau etika yang ditetapkan sendiri oleh manusia bermaksud sesuatu yang dianggap baik oleh manusia tapi tidak semestinya baik pada pandangan agama.Contohnya manusia menetapkan memakai skirt adalah sopan tetapi dalam pandangan manusia perkara itu tidak sopan malah melanggar syariat kerana tidak menutup aurat.


Oleh yang demikian,marilah kita sama-sama bermuhasabah kembali.Kita lihat adakah diri kita ini benar-benar mengikuti akhlak islamiah itu sendiri.Ketika mana para sahabat bertanya kepada Saidatina Aisyah bagaimanakah akhlak Rasulullah?Beliau menjawab : Akhlak Rasulullah adalah Al-Quran.




Kesatuan Ummah,Realiti atau Mimpi?

Posted by Tengku Ibrahim on 10:05:00 AM


Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah, Tuan Punya Dunia saya mulakan tulisan kali ini. Segala puji bagi Allah s.w.t, selawat dan salam ke atas junjungan baginda Rasulullah s.a.w.
Terdetik di benak minda ini, untuk mencoretkan sedikit rasa kata hati dan fikiran tentang sesuatu yang mungkin kita terlepas pandang dalam kehidupan seharian sebagai Muslim dan Mukmin, abna’ul harakah. Sesuatu yang mungkin juga tampak remeh dan kecil serta rumit untuk diperbincangkan, namun mungkin inilah yang menjadi punca utama pemasalahan umat Islam sejagat, yang membelenggu, terutamanya sejak zaman kejatuhan Khilafah Islamiyah, Turki Uthamniah pada tahun 1924.
Saban hari, kita sering dikejutkan dengan berita-berita menggemparkan tentang masalah sosial yang berlaku di negara kita sendiri, terutamanya dalam kalangan anak-anak muda ’Islam’ zaman pasca-moden ini dan banyak lagi berita yang tak pernah terlintas dalam fikiran seorang manusia yang waras, untuk berlaku di negara yang ’so-called’ negara Islam ini.
Kadang-kadang, saya terfikir, dan sering berbincang bersama teman sekuliah di kampus, mengapakah semua ini berlaku majoritinya pada umat Islam, dalam sebuah negara yang digelar negara Islam yang salah seorang Perdana Menterinya pernah menjadi Pengerusi OIC, Pertubuhan Negara-Negara Islam? Pastinya ada satu jawapan yang dapat merungkai segala permasalahan dan persoalan yang bermain di benak ini. Tambahan lagi, ini juga berlaku di negara-negara Islam yang lain.


Mahu tidak mahu, sejauh manapun kita mengkaji punca pemasalahan yang berlaku, kita tidak dapat lari daripada mendapati bahawa punca utamanya adalah kerana ummah sudah tidak lagi berpegang teguh kepada Al-quran dan Sunnah baginda s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w dalam satu hadith, maksudnya: ”Telah aku tinggalkan kepada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya. Itulah Kitabullah dan Sunnahku”. Agak berat dan pahit untuk saya menulis perkara ini, kerana khuatir diri ini masih tidak sempurna untuk memperkatakan soal yang besar ini, dan bimbang termasuk dalam kalangan yang mereka disebut, (na’uzubillah), namun yang benar tetap benar, dan perkara yang benar perlu diungkap, walaupun sukar kerana pada yang benar itu adanya sinar, dan yang benar itu tidak boleh diganti tukar sekalipun disangkal oleh yang makar, dan hakikat itu perlu dijelaskan. Bertepatan dengan kebimbangan yang pernah diungkap oleh As-syahid Imam Hassan Al-Bannna, tentang masalah umat yang sedang sakit ini. Pada zaman beliau pun sudah banyak kefasikan, kemunafikan dan pemesongan yang berlaku dalam masyarakat Islam Mesir pada ketika itu. Masyarakat Islam sudah tidak lagi berminat dengan sistem yang telah ditetapkan oleh Islam, dan lebih berminat kepada sistem baru yang dibawa Barat ke dalam dunia Islam, yang dilihat kononnya lebih segar dan moden sifatnya. Imam Hassan Al-Banna hidup di zaman selepas kejatuhan Khilafah Islamiyah yang terakhir, dan antara matlamat beliau dalam gerakan Ikhwanul Muslimin adalah untuk menegakkan kembali khilafah yang telah dijatuhkan sendiri oleh tangan seorang yang bergelar ’Islam’. Ini kerana, bagi beliau dan seluruh ahli jamaah, dan sememangnya suatu hakikat, ketiadaan khalifah untuk memimpin umat inilah yang menjadi faktor hanyutnya umat Islam dalam ’syurga dunia’ ciptaan serangan pemikiran musuh Islam.
Dalam kekalutan kita memikirkan jalan keluar kepada masalah umat muta’akkhirin ini, masih ada satu lagi penghalang kepada penyelesaian ini yang sampai kini, kuat membelenggu pemikiran umat Islam seluruh dunia. Isu perpecahan dalam kalangan umat Islam telah lama diperdebatkan, dibincang, dijadikan tajuk diskusi, forum, dan sebagainya, namun penyelesaiannya yang mutlak masih tidak jelas lagi ibarat ’seperti menunggu ayam jantan bertelur’, ’bagai menunggu kucing bertanduk’. Terlalu banyak teori yang hanya bersifat teori dikeluarkan, namun masih tidak nampak keberkesanannya. Bukanlah saya ingin menangguk di air keruh, tapi hal ini, pada hemat saya perlu diperhalusi dan difahami oleh kita semua selaku pemegang simpulan aqidah yang satu. Isu yang ingin saya bincang di sini agak berat dan sering disifatkan sesuatu yang sensitif, justeru perlu difahami mengapa saya membuka perkara ini untuk dibincang. Ingin saya kongsikan sedikit hasil yang saya dapat daripada ’kajian kecil’ yang saya buat melalui pembacaan, diskusi bersama beberapa sahabat di kampus, pensyarah, ustaz-ustaz yang saya temui berkenaan perpecahan dalam kalangan umat Islam ini.
Dalam diskusi saya bersama seorang sahabat baru-baru ini semasa di kampus, kami banyak berbincang tentang punca kenapa umat Islam, sejak dahulu lagi berpecah dan sering berbeza pendapat. Pada asasnya, perbezaan pendapat dapat dilihat sebagai suatu yang positif, apabila ia boleh menjadi salah satu wadah untuk berlakunya percambahan ilmu dan pemikiran. Lihat saja hasil percambahan ilmu yang berlaku dalam kalangan ulama’-ulama’ silam, ketika zaman emas pemerintahan Islam. Lahirnya ramai cendikiawan Islam dalam pelbagai bidang mencakupi agama, politik, ekonomi, perubatan, matematik, sains dan teknologi, falsafah, sastera dan banyak lagi cabang ilmu. Ini berlaku kerana keberanian umat Islam pada ketika itu meneroka bidang ilmu yang menjadi kunci serta asas kepada kemajuan tamadun Islam. Contohnya, pada zaman Khalifah Harun Al-Rasyid di zaman kerajaan Bani Abbasiah(750-950M), umat Islam mengalami puncak kemajuan dalam bidang ilmu pengetahuan, kebudayaan dan ekonomi bagi keperluan sosial seperti mendirikan hospital dan sebagainya. Dalam bidang pendidikan, beliau mendirikan Baitul Hikmah sebagai pusat pendidikan,perpustakaan, penyelidikan dan penterjemahan. Walaubagaimanapun, percambahan ilmu yang terhasil daripada perbezaan pendapat pada ketika itu langsung tidak menimbulkan sebarang masalah kepada umat Islam terutamanya dalam kalangan ulama’. Malah, mereka beselisih pendapat dalam keadaan yang masih menjaga ukhuwah Islamiyah yang terjalin hasil kesatuan aqidah yang dipegang.
Namun, apa yang berlaku sekarang, jauh bezanya dengan zaman kegemilangan Islam dahulu. Umat Islam sering bercakaran sesama sendiri mengenai perkara yang remeh yang sengaja diprovokasi untuk menjadi besar. Inilah yang sebenarnya mendorong kepada masalah kesatuan ummah. Narrow and close mind-setting berkenaan sesuatu isu, hasil daripada ghazwatul fikr (serangan pemikiran) yang dilancarkan, menyebabkan masyarakat Islam lebih memikirkan kelebihan sekiranya dapat’menang’ dalam sesuatu isu yang diperdebatkan. Ini menutup ruang toleransi terhadap isu tersebut. Sedar atau tidak, kita perlu membuka mata dan menyedari bahawa mungkin kita telah termasuk ke dalam perangkap musuh Islam yang sentiasa seronok melihat umat Islam bebalah sesama sendiri. Dek kerana sibuk bercakaran atas nama politik, dan kerana kepentingan politik serta ekonomi, umat Islam dunia Arab terutamanya pemimpinnya meninggalkan rakyat Palestin yang saban hari ditindas Rejim Yahudi Zionis.
Melalui satu buku yang telah saya baca, bertajuk Gerakan Freemasonry; Musuh Dalam Menghancurkan Islam, tulisan Hj. Nik Azran Mohamed dan rakan penulis Hj. Mohd Mahadi Hj. Isa, saya telah mendapati beberapa fakta penting untuk kita sama-sama renung yang boleh dikatakan menjadi punca kepada ’parut kekal’ terhadap umat Islam semenjak kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniah. Kejatuhan Kilafah Turki Uthmaniah secara zahirnya, dapat kita kaitkan dengan peranan yang dibawa oleh Mustafa Kamal Atartuk, yang menurut catatan sejarah Barat, beliaulah yang membawa kemodenan kepada turki sehinggakan beliau digelar sebagai Bapa Pemodenan Turki, tetapi tidak bagi umat Islam. Namun, disebalik peranan tersebut, mungkin ada satu perkara yang kita terlepas pandang bahawa kejatuhan khilafah tersebut sebenarnya bermula dengan serangan pemikiran secara halus oleh anasir luar, yang meresap masuk ke dalam pemikiran masyarakat Islam Turki pada ketika itu, dengan tanpa mereka sedari. Ada disebut dalam lipatan sejarah yang mungkin ramai yang tidak sedar akannya, bahawa pernah ada satu ketika,ketika semasa pemerintahan kerajaan Khilafah Turki Uthmaniyah, ada seorang ahli Freemasonary yang asalnya bukan Islam (saya lupa namanya), telah pun, samada memeluk Islam, ataupun menyamar sebagai seorang Islam, telah mendalami ilmu-ilmu fundamental dalam Islam, termasuklah perkara-perkara furu’ yang menjadi khilaf dalam kalangan ulama’-ulama’ Islam, dan beliau merupakan seorang yang dianggap tokoh intelektual Muslim yang sentiasa menjadi rujukan ramai orang. Lalu, beliau menggunakan isu-isu yang menjadi ’intersection point’ dalam kalangan umat Islam ini, untuk memecah belahkan umat Islam dari dalam, melalui penyemaian pemikiran kepada umat Islam bahawa perlulah ditentang mereka yang berbeza pendapat antara satu sama lain. Lalu, pemikiran yang disemai ini telah tersebar ke seluruh pelusuk masyarakat Islam pada ketika itu, menyebabkan lahirnya banyak aliran(tarikat) pemikiran yang berbeza-beza, sehingga tercetusnya gelombang kebangkitan rakyat berasaskan bangsa(nasionalisme), dan perbezaan ini, kontranya ia dengan perselisihan ulama’ pada suatu ketika dahulu, ialah mereka saling bercakaran terhadap perkara yang mereka perselisihkan, seperti yang telah saya sebut di awal artikel ini. Selain itu, jika kita lihat kepada sejarah hidup Mustafa Kamal Attartuk sendiri pun, beliau berasal dan dilahirkan di Salunik, tempat tinggal penduduk Yahudi Daunamah. Yahudi Daunamah, secara ringkasnya, berasal daripada Sepanyol dan berhijrah ke Salunik, dengan tujuan membalas dendam atas kekala mereka dan keengganan Khalifah memberikan mereka hak kewarganegaraan di Palestin. Mereka menyembunyikan aqidah mereka dengan memakai nama-nama Islam. Ringkasnya, Attartuk, pada awalnya mendapat pendidikan rendah di sebuah sekolah Islam yang terkenal, iaitu Sekolah Fatimah, tetapi telah dikeluarkan oleh bapanya yang sangat membenci syeikh-syeikh agama, dan telah berpindah ke sekolah yang menekankan pendidikan bercorak barat. Bertitik tolak dari sinilah, pemikiran Barat beliau dibentuk sehingga boleh menjatuhkan Khilafah Uthmaniyah, dengan asasnya, menyemai perpecahan umat dengan slogan nasionalisme, kapitalisme dan banyak lagi isme-isme yang lain. Tuntasnya, saya kira, sekiranya ingin dibincangkan faktor kejatuhan khilafah ini,boleh dijadikan satu tajuk tesis yang lain. Namun, poin utama yang ingin saya ketengahkan di sini adalah, kita seolah-olah telah termasuk ke perangkap musuh Islam yang keras perut kerana ketawakan umat Islam yang saban hari bergaduh, dek kerana ummah semakin meninggalkan Al-quran dan As-sunnah..kita boleh berbeza pendapat dalam banyak perkara, tapi janganlah sekiranya telah kehabisan senjata hujjah, kita menggunakan senjata fitnah. Peliharalah kesatuan ummah.wallahua’lam..

Written and inspired by: The Synergy Of King Hanif & Abu Abdurrahman
Rakan Pena :Prince-tengku @ Tengku_Ibrahim

Isu Mesir ;Jadikan Pengajaran

Posted by Tengku Ibrahim on 2:09:00 AM


Hati saya terdetik untuk menulis mengenai isu globalisasi yang berlaku pada hari ini.Pengisytiharan Darurat di Mesir telah meledakkan kerisauan yang amat terhadap pelajar-pelajar dari luar Negara yang belajar di Mesir khususnya pelajar Malaysia.Kerisauan ini juga turut dialami oleh ibubapa yang bimbang akan anak mereka di sana.Mesir diisytiharkan darurat dek kerana rakyat Mesir khususnya warga muda melakukan rusuhan untuk meminta presiden Mesir meletakkan jawatan disebabkan rakyat sudah tidak percaya lagi dengan kepimpinan Hosni Mubarak.Kesannya,disebabkan keangkuhan presiden untuk tidak meletakkan jawatan menyebabkan rakyat memberontak.

Hadirin pembaca sekalian,

Sebelum kita pergi lebih jauh,mari kita imbas kenapa pemimpin Mesir ini sudah tidak dipercayai lagi oleh rakyatnya sedangkan beliau telah memerintah Mesir selama 30 tahun, bermula daripada berumur 52 taun sehingga sekarang berumur 82 tahun.Dahulu Mubarak adalah merupakan wira bagi rakyat Mesir,sebelum menjadi presiden.Beliau telah mengetuai tentera udara menggempur keduukkan tentera zionis hingga akhirnya Berjaya membebaskan Semenajung Sinai.Tetapi apabila menjadi presiden,tokoh ini Nampak begitu kerdil sekali apabila menjadi pak turut kepada Israel dan Amerika dengan membiarkan saudara seagamanya ditindas.Rakyat mesir juga menyatakan bahawa Mubarak sudah tidak layak lagi menjadi pesiden mesir kerana sepanjang pemerintahannya selama 30 tahun tiada kemajuan yang drastik dicapai.Kita lihat keadaan di mesir sekarang ini bagaimana kadar kemiskinan rakyat hampir mencecah separuh peratus.Situasi ini pelik kerana mesir adalah antara Negara yang kaya dengan minyak.Selain daripada itu,Mubarak juga dikatakan memerintah secara tidak adil dan dikatakan sudah hilang kredibiliti sebagai pemimpin.Sepanjang pemerintahannya,Hosni Mubarak telah mengumpul harta sebanyak 70 billion.Harta yang dimiliki oleh Mubarak melebihi Bill Gate.Inilah mungkin sebab kenapa rakyat memberontak,pemimpin hidup senang lenang sedangkan rakyat hidup merana.

Para pembaca sekalian,

Saya tidak berhajat hendak membincangkan tentang isu darurat di Mesir dengan panjang lebar kerana saya yakin dan percaya bahawa para pembaca sekalian sebenarnya lebih mengetahui secara terperinci mengenai isu ini.Sukacitanya saya sebenarnya ingin sama-sama kita renungkan dan ambil ibrah(pengajaran) daripada isu ini.Sebenarnya isu ini melibatkan rakyat yang sudah tidak percaya lagi kepada pemimpin mereka.Mungkin juga boleh kita katakan bahawa ketidakadilan pemerintah telah menyebabkan rakyat hilang sabar.Jika renungkan secara terperinci kita dapat melihat bahawa pemberontakkan adalah suatu perkara yang sangat besar.Rakyat pun sebenarnya takut hendak memberontak,tetapi perasaan takut boleh bertukar menjadi berani disebabkan dihimpit dengan peraan yang sentiasa marah dan tekanan daripada perbuatan pemerintah.Oleh itu,para pemimpin sekalian jangan berasa gembira dengan jawatan yang dipegang sekarang tanpa memikirkan tentang kebajikkan rakyat.Saya boleh jamin jika kerajaan di Malaysia menjalankan pemerintahan secara tidak adil dan hanya tahu mengaut keuntungan daripada rakyat sahaja,maka jangan pelik jika suatu hari nanti rakyat bersatu dalam menentang kezaliman dengan menggulingkan kerajaan,dan jika kerajaan pun bersikap macam Hosni Mubarak,maka tunggulah pengisytiharan darurat kali kedua kat Malaysia.Sayugianya saya katakana ini mungkin Nampak agak syadid(keras)tetapi ini adalah peringatan kita bersama dalam mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku.

Contohilah pemerintahan junjungan besar kita,Nabi Muhammad S.A.W. Bagaimana baginda mentadbir sebuah Negara yang di dalamnya terdiri daripada pelbagai agama dan kaum.Walaupun begitu,hak islam tetap dapat ditegakkan.Rakyat dapat hidup aman dan damai.
Persoalannya,ciri-ciri pemimpin tersebut hendaklah kita meletakkan taqwa yang paling utama.Kerana dengan takwalah akan hadir perasaan kasih dan cinta kepada Allah dan Rasul.Formulanya mudah,kerana Allah berfirman : orang yang paling mulia daripada kalangan kamu adalah orang yang paling bertakwa.

Oleh yang demikian,orang yang bertakwa adalah orang yang peling hampir dengan Allah.Kedua,carilah orang yang paling adil.Maksud adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.Tetapi walau bagaimanapun, dalam konteks Negara kita ini khususnya Malaysia pemilihan pemimpin Negara dilakukan dengan cara mengundi melalui pilihanraya.Jadi pilihlah pemimpin yang terbaik yang mampu mentadbir seluruh Negara dan mampu memberikan keadilan kapada semua rakyat tidak kira sama ada golongan bangsawan ataupun golongan miskin.Jangan kita memilih seorang pemimpin itu disebabkan kita ada kepentingan dengannya.Ingat,tersalah memilih pemimpin akan menyebabkan Negara menjadi huru hara,dan kesannya kita akan turut menanggungnya sama ada balasan buruk didunia ataupun balasan buruk di akhirat.Mahukah Negara kita diisytiharkan DARURAT???



Saturday, February 05, 2011

Muhasabah Cinta

Posted by Tengku Ibrahim on 7:44:00 PM


Cinta adalah sesuatu yang sukar dijangka.Cinta adalah fitrah yang diberikan kepada manusia.Jadi perasaan ingin mencintai dan dicintai adalah lumrah kehidupan.Sebagaimana diriwayatkan bahawa nabi Adam walaupun telah tinggal didalam syurga yang penuh dengan nikmat, masih belum berasa sempurna dan berasa kesunyian,kemudian Allah menjadikan Hawa sebagai teman hidup nabi Adam.Memang fitrah kehidupan dijadikan secara berpasang-pasangan.Berbanggalah sekiranya jatuh cinta kerana ia menunjukkan yang anda seorang yang normal.Tetapi persoalannya cinta ini harus dikawal kerana dengan cinta juga mampu membuatkan hidup seseorang musnah.Cinta tidak perlu dicari dan dikejar kerana cinta akan hadir dengan sendirinya bila tiba masanya.Cinta ibarat seseorang yang bilamana berasa lapar dia tahu kat mana nak cari makan,pe yang boleh makan dan pe yang tidak.So, jadikanlah cinta sebagai penyeri dalam kehidupan bukannya pemusnah.Sebagai sorang pelajar kejarlah dahulu ape yang lebih penting..Ilmu dituntut dalam agama,hanya masa ini sahajalah peluang yang ada untuk kita menuntut ilmu..,gunakanlah masa muda sebelum datang masa tua.Yakinlah jika kita mencintai pada jalan yang betul dan meninggalkan jalan yang salah,pasti Allah akan menggantikan kita sesuatu yang lebih baik lagi daripada itu.

Sedikit renungan bersama....

Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu.

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak jatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.

Ya Rabbul 'zzati jika aku rindu,
Rindukanla aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
Perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu...

aminn...
Ya Rabbal 'alamin...

Kenangan Sekolah al Hatem [Motivasi Qiamullail]

Posted by Tengku Ibrahim on 4:13:00 AM

Program : Majlis Qiamullail
Tarikh : 25-27hb Jun 2010
Tempat : Sekolah Rendah al Hatem
Tema : Anak Soleh Pemangkin Ummah

Barisan koordinator bersama kumpulan masing-masing..






Antara aktiviti-aktiviti menarik..

















Thursday, February 03, 2011

Pacukan Semula ; Budaya Membaca

Posted by Tengku Ibrahim on 5:30:00 AM


'Membaca' satu tajuk yang ringkas,namun jika dilihat secara teliti membaca mampu memberi impak yang besar dalam sesebuah masyarakat dan tamadun.Hal ini kerana budaya membaca sering kali dikaitkan dengan dengan ilmu.Benar,perkara ini memang bertepatan sebagaimana kata pepatah Arab membaca merupakan kunci kepada ilmu.Rasulullah S.A.W bersabda "menuntut ilmu menjadi kewajipan kepada setiap Muslim".Sebelum kita pergi lebih jauh dalam perbincangan ini,saya ingin mengemukakan beberapa definisi 'membaca' mengikut pandangan tokoh-tokoh bahasa.Pandangan pertama daripada Klein, dkk. (dalam Farida Rahim,2005: 3) mengemukakan bahwa definisi membaca mencakup:pertama, membaca merupakan suatu proses. Maksudnya adalah informasi dari teks dan pengetahuan yang dimiliki oleh pembaca mempunyai peranan yang utama dalam membentuk makna.Pandangan kedua daripada Harris dan Sipay(1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis.Pandangan ketiga daripada Manakala Kenedy (1981) pula mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui, dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu,memahami dan mentafsirkan maksudnya.Pandangan keempat daripada Marohaini Yusoff (1989) telah merumuskan proses membaca sebagai perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Cuma dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca.


Sahabat-sahabat budiman sekalian,
Kejatuhan Empayar Islam yang terakhir pada tahun 1924 secara rasminya telah menyebabkan minda umat Islam kini disuntik dengan pelbagai ideologi-ideologi yang mana ideologo-ideologi inilah yang sebenarnya mengekang umat Islam pada masa kini sekaligus menyebabkan mereka meninggalkan budaya membaca.Kebanyakkan daripada kalangan mereka lebih selesa dengan budaya hedonism,sekularism,pergaulan bebas dan sebagainya.Ada sesetengahnya pula,pada luarannya kita nampak bagus dengan suka membaca tetapi hakikatnya mereka hanya membaca untuk kepentingan duniawi mereka sahaja.Mereka merasakan ilmu agama sudah tidak perlu lagi.Sesungguhnya Imam Syafie pernah berkata "Jika kamu hendakkan kejayaan di dunia maka hendaklah dengan ilmu,jika kamu inginkan kejayaan di akhirat maka hendaklah dengan ilmu,dan jika kamu inginkan kejayaan kedua-duanya maka hendaklah juga dengan ilmu".Oleh itu,tidak boleh tidak kita hendak menyisihkan ilmu dengan menganggap ilmu tidak penting.Apabila ilmu menjadi penting maka budaya membaca juga akan turut menjadi penting kerana membaca adalah merupakan salah satu cara dalam kita memperoleh ilmu.Sabda nabi Muhammad S.A.W,"sampaikanlah walaupun dengan satu ayat".

Hadirin dan hadirat sekalian,
Menurut laporan Kualiti Hidup Malaysia ( 2002 ) menunjukkan bahawa tahap membaca dalam kalangan murid khususnya dan masyarakat amnya, agak membimbangkan. Mengikut kadar literasi ( 2002 ) sebanyak 93.8 % rakyat Malaysia membaca secara purata hanya 2 buah buku setahun. Pada tahun 1996 kanak-kanak yang berumur 5 – 6 tahun hanya 52 % boleh membaca.

Di peringkat sekolah rendah murid dalam lingkungan umur 7 – 9 tahun sebanyak 96 % boleh membaca sementara 73 % mengamalkan tabiat membaca. Kumpulan murid dalam lingkungan umur 10 tahun ke atas, sebanyak 93 % boleh membaca dan hanya 87 % mengamalkan tabiat membaca di dalam kehidupan seharian mereka. Di bandar sebanyak 81 % dan di luar bandar pula hanya 77 % yang mana kedua-dua lokasi ini sekadar 56 % yang mengamalkan tabiat membaca.
(http://www.scribd.com/doc/7605509/Kajian-07
)

Budaya malas membaca buku


Mukadimah

ISU kelemahan pelajar Melayu merupakan topik bermusim yang timbul saban tahun terutama menjelang sesi baru kemasukan ke institusi pengajian tinggi tempatan.

Perbahasan mengenainya tidak pernah habis. Sehingga kini, belum ada jawapan sebenar ditemui mengenai punca utama kelemahan pelajar Melayu.

Mereka tidak cemerlang dalam peperiksaan di peringkat sekolah. Mereka turut gagal mencatat keputusan memberangsangkan semasa di universiti.

Benarkah pelajar Melayu lemah? Cukupkah ukuran kelemahan itu dibuat sekadar membandingkan mereka dengan pencapaian akademik pelajar cemerlang bukan Melayu?

Dalam wawancara minggu lalu, Tokoh Guru Kebangsaan 1998, Datuk Dr. Yahya Ibrahim dan Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr. Isahak Harun memberi pandangan masing-masing mengenai punca pelajar Melayu kurang cerdik.

Fellow Penyelidikan Kanan, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) di Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr. Syed Hussein Alatas yang diinterviu minggu ini bagaimanapun mempunyai pandangan tersendiri mengenai isu itu.

Bekas naib Canselor Universiti Malaya itu berkata, soal yang paling penting ialah membina budaya ilmu.

``Apa untungnya membicarakan soal cerdik dan tidak cerdik pelajar Melayu kerana ukuran terakhir kecemerlangan mereka hanya diketahui melalui prestasi kerjaya dan sumbangan kepada masyarakat selepas mereka keluar dari universiti,'' kata Syed Hussein dalam interviu dengan RAMLI ABDUL KARIM dan MARHAINI KAMARUDDIN di rumahnya di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.
(http://skypin.tripod.com/kolum/kolum40.html)

Oleh yang demikian,marilah kita sama-sama membina semula kegemilangan ilmu yang dicapai oleh umat islam suatu masa dahulu.Orang yang berjaya ialah mereka yang mempelajari daripada sejarah.Sejarah telah pun membuktikan bahawa orang bukan Islam tunduk di bawah pemerintahan Islam kerana ilmu pada masa tersebut dimana pada masa tersebut mereka dalam zaman gelap.Akhir kalam sekadar renungan diri ini dan sahabat sekalian,Imam Ghazali berkata,"ilmu tanpa amal gila,amal tanpa ilmu tidak menjadi(sia-sia).

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site