Wednesday, February 09, 2011

Akhlak Islamiah Satu Tuntutan

Posted by Tengku Ibrahim on 8:05:00 PM


Rasulullah S.A.W telah diutuskan kepada sekalian manusia untuk tiga perkara utama.Pertama adalah untuk perkara-perkara berkaitan akidah,kedua adalah untuk perkara-perkara berkaitan ibadah dan yang ketiga adalah untuk perkara-perkara yang berkaitan akhlak. Kemulian akhlak adalah matlamat utama bagi ajaran Islam sebagaimana yang telah ditegaskan oleh baginda Rasulullah S.A W tentang tujuan pengutusan baginda :
“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemulian akhlak”


Kemulian akhlak adalah merupakan tanda keimanan seseorang kerana ia adalah buah dari keimanannya. Adalah tidak dikira beriman seseorang yang tidak berakhlak. Berhubung dengan hal inilah Rasulullah menyatakan :
“Bukanlah iman itu hanya dengan cita-cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan”(Hadith Riwayat al-Dailami)
Rujukan:
(Bab 3-Saya mestilah muslim dari sudut akhlak,Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam,Fathi Yakan)


Keimanan juga boleh kita takrifkan juga sebagai berikrar dengan lisan,membenarkan dalam hati dan dibuktikan dengan amalan-amalan.
Para pembaca sekalian,perkataan akhlak berasal daripada bahasa arab Khulq yang bererti gambaran hati dan batin serta roh dan jiwa.Daripada perasaan hati dan jiwa itu lahirlah perbuatan-perbuatan yang kita nampak pada kelakuan manusia.Oleh itu,kelakuan,gelagat atau budi pekerti manusia dinamakan akhlak dan akhlak ini ada baik dan ada buruk.
Rujukan:(Pedagogi Islam,Kifah Salum)

Akhlak berbeza dengan apa yang dikatakan oleh manusia sebagai moral.Hal ini kerana akhlak merupakan fitrah manusia yang lahir secara semulajadi dari dalam diri manusia.Akhlak adalah merupakan suatu perkara yang baik meliputi pandangan agama dan juga pandangan kaca mata manusia.Moral pula adalah suatu kebaikan atau etika yang ditetapkan sendiri oleh manusia bermaksud sesuatu yang dianggap baik oleh manusia tapi tidak semestinya baik pada pandangan agama.Contohnya manusia menetapkan memakai skirt adalah sopan tetapi dalam pandangan manusia perkara itu tidak sopan malah melanggar syariat kerana tidak menutup aurat.


Oleh yang demikian,marilah kita sama-sama bermuhasabah kembali.Kita lihat adakah diri kita ini benar-benar mengikuti akhlak islamiah itu sendiri.Ketika mana para sahabat bertanya kepada Saidatina Aisyah bagaimanakah akhlak Rasulullah?Beliau menjawab : Akhlak Rasulullah adalah Al-Quran.




0 comments:

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site