• PIMPINAN 10-11

    Bersama Menerajui Perubahan

  • Bergambar Bersama Penceramah

    Semasa menjadi fasilitator Mukhayyam Syakhsiah Muslim Anjuran Badan Dakwah dan Ibadah SMA al-ittifaQiah Guai,Pahang

  • Wilderness Adventure Camp LANGKAWI

    Saat terakhir bergambar bersama-sama

  • Wilderness Adventure Camp LANGKAWI

    Saat terakhir bergambar bersama-sama

  • Wilderness Adventure Camp LANGKAWI 2007

    Bergambar bersama ahli-ahli kumpulan semasa berkayak di laut...Hidup Gacrux!!!

Showing posts with label Soalan. Show all posts
Showing posts with label Soalan. Show all posts

Monday, October 19, 2015

Di Manakah Rojih ?

Posted by Tengku Ibrahim on 1:39:00 PM

Di manakah rojih?

Baru-baru ini, ketika dalam pembelajaran fiqh, seorang pelajar bertanya kepada Syeikh Abdullah Abal Khayl mengenai, dalam banyak-banyak pandangan dan pendapat ini, yang mana satu rojih (paling kuat). Syeikh diam seketika.

Kemudian, syeikh menyebut, "di sisi aku tiada yang rojih, aku hanya menyampaikan aqwal" . Pelajar itu bertanya, "Kenapa?". Syeikh menjawab, "Apakah sebenarnya ta'rif rojih tersebut?". Maka, ada dalam kalangan kami yang menjawab, yang rojih ialah bila mana bertepatan dengan al-quran dan as-sunnah; tidak kurang juga yang memberikan jawapan yang berbeza.. begitu dan begini....

Syeikh tersenyum dan berkata, "Lihat di antara kamu pun, ada yang berbeza tentang makna rojih tersebut, maka bagaimankah aku mahu memberitahu kamu yang mana rojih." Kemudian, beliau meneruskan lagi dengan berkata bahawa, "Perhatikan. Kalaulah aku misalnya merojihkan qaul (pendapat) ini; pendapat pertama. Kemudian, datang syeikh al-quran menyebut yang rojih pendapat kedua. Kemudian, datang pula syeikh hadis menyebut, bahawa yang rojih adalah pendapat ketiga. Jadi, apakah itu rojih?". Kami semua terdiam.

Syeikh menyambung lagi. "Kita pada hari ini sangat disibukkan dengan rojih ini; sama ada kita mubtadiin (beginner), pelajar maahad, orang yang baru belajar agama. Semuanya sibuk duduk mencari dan merojihkan qaul. Apabila kita sibuk, mencari dan merojihkan qaul; kesannya pada orang yang baru masuk Islam dan dakwah (syeikh membuat perumpamaan). Contohnya, orang tersebut baru masuk islam semalam, hari ini dia mahu solat. Jadi dia solat. Kemudian, datang seseorang berkata kepadanya, "Yang kamu buat ini salah, yang betulnya begini." Kemudian, datang sorang lagi berkata, "Tidak. Sepatutnya yang betulnya begini". Kemudian, datang sorang lagi pula, "Bukan, bukan. Sepatutnya sunnahnya begini. Yang kamu buat ini salah." Begitulah keadaannya. Dan inilah yang sebenarnya berlaku".

Kemudian, syeikh berkata, "Aku tidak marah kepada yang bertanya, kerana aku tahu sebenarnya inilah yang berlaku kepada kamu semua. Sebenarnya, bertanya yang rojih itu tidak salah. Tetapi rojih siapakah yang kamu mahu tahu. Soalan yang berbeza, sekiranya kamu bertanya, apakah yang rojih disisi imam mazhab, atau ibn rusy dan lain-lain. Berbeza pula kalau sekiranya kamu bertanya, syeikh qaul manakah yang rojih? Kerana makna soalan ini, seolah-olah kamu mengkehendaki qaul yang rojih disisi aku sendri. Siapalah aku kalau hendak dibandingkan dengan Imam-imam yang besar. Aku, Abdullah Khayl hanyalah orang yang kecil (terlalu jauh hendak dibandingkan dengan mereka). Kalaulah, sekiranya aku merojihkan mana-mana pendapat. Kemudian, kamu berpegang dengan pandangan aku itu (secara bersungguh-sungguh), kamu balik dan mengajar di negara kamu sebagaimana yang kamu pegang tersebut tanpa mengambil kira mazhab jumhur di negara kamu; siapalah aku hendak dibandingkan dengan Imam tersebut. "

Syeikh meneruskan lagi, "Kitab ini (Bidayatul Mujtahid wa nihayatul muqtasid), kalau kamu mahu tahu qaul rojih untuk mazhab, lihatlah aqwal setiap imam tersebut. Itulah yang rojih disisi mereka. Walaupun, sebenarnya  masih boleh dibahaskan lagi".

Beliau menyebut :

"Sekiranya, kamu semua mahu menjadi faqeh, maka belajarlah melalui toriqoh yang betul. Belajarlah, dan tekunilah melalui mazhab".

8:38PM
Tengku Ibrahim Helmi bin Tengku Mohammad,
Madinah al-Munawwarah

Sunday, August 24, 2014

BELAJAR DARIPADA FILEM

Posted by Tengku Ibrahim on 10:33:00 AM

“Terima kasih”
“Jangan ucapkan terima kasih, tetapi sebaliknya cari tiga orang kemudian bantu mereka, dan minta tiga orang tersebut bantu pula tiga orang yang lain”

Inilah di antara diolog di dalam sebuah filem Hindustan lakonan salman Khan, Jai Ho yang sangat menarik minat saya, selain filem ‘3 Idiots’ dan ‘Taare Zameen Par’ lakonan Amir khan. Membawa saya untuk berfikir, wujudkah filem sebegini di Malaysia, yang dikatakan negara Islam, pemimpinanya Islam. Dahulu mungkin kita pernah mendengar usaha-usaha untuk mengetengahkan sebuah filem berunsur Islamik sehingga lahirnya karya seperti ‘Syurga Cinta (2009)’‘Ustaz Mu Tunggu Aku Datang (2013)’ dan lain-lain. Banyak kritikannya namun ada manfaatnya, khususnya ke arah pembikinan filem yang lebih berfalsafah bukannya sampah. Tetapi kemudiannya sudah tidak kedengaran lagi. Sebaliknya lebih kepada lambakan filem-filem berunsur CINTA Islamik, seram, atau hantu, seolah-olah Islam ini hanyalah untuk cinta cintun dan menghalau hantu jembalang.

Kita juga jauh ketinggalan daripada jiran kita, Indonesia. Melalui pemerhatian saya yang terbatas ini, filem-filem Indonesia jauh lebih bermutu daripada Malaysia, bukan daripada segi lakonan, tetapi daripada segi isi atau mesej yang ingin di sampaikan. Contohnya, filem seperti, ‘Sang Murabbi KH Rahmat Abdullah (2008)’, ‘Perempuan Berkalung Sorban (2009)’ dan ‘Sang Pencerah Kiyai Ahmad Dahlan (2010)’. Tidak dinafikan terlalu banyak juga filem-filem yang berunsur khurafat, mengarut tetapi mereka ada juga filem yang membawa mesej yang baik, jika hendak dibandingkan dengan kita. Kalaulah ada pun, filem-filem arahan Allahyarham P.Ramlee, hitam putih tetapi beerti.

          Mungkin ada yang pelik dan bertanya, kenapa saya mahu berceloteh tentang filem. Jawapannya mudah sahaja, kerana filem menggambarkan identiti pemikiran sesebuah masyarakat. Filem-filem berunsur islamik, biografi tokoh kurang mendapat sambutan menyebabkan mereka takut mengambil risiko. Ini juga menandakan bahawa tahap intelek dan pendidikan Islam masyarakat  di negara kita berada dalam tahap yang sangat membimbangkan.  Saya rasa tidak perlulah saya huraikan lebih lanjut, mungkin pada penulisan akan datang.  

        Sudah lama tidak menulis, terlalu kekok rasanya. Ketika pendidikan bidang professional diberi penekanan, jangan kita lupa kepada pendidikan Islam. Sepatutnya, pendidikan Islam adalah pilihan bagi mereka yang benar-benar ikhlas mahu membantu ummat mengenali Islam bukannya sebagai pilihan kedua bagi mereka yang kecundang dalam persaingan pendidikan.  Buruk padahnya!

Kalaulah bukan kita yang berfikir mahu mengubah kepincangan yang ada, maka mahu dimulakan dengan siapa?

“Wahai saudara-saudaraku para guru sekalian, sesungguhnya kamu hari ini adalah jaminan keselamatan agama di bumi ini dengan jumlah kita yang melebihi 500 orang. Seandainya setiap seorang dari kalangan kamu mengajar tiga orang di rumah masing-masing, kita sudah boleh melahirkan 1500 orang yang memperoleh tarbiah Islam. Dengan jumlah itu, Allah swt akan memanjangkan umur Islam sekurang-kurangnya 50 tahun akan datang dan ia adalah usaha untuk satu atau dua generasi” 
(Suleyman Hilmi Tunahan)

Wednesday, August 28, 2013

Perkembangan perdagangan di Melaka pada abad ke-15 | Bhg. 1

Posted by Tengku Ibrahim on 6:11:00 AM

Tajuk : 
Bincangkan perkembangan perdagangan di Melaka pada abad ke-15 dengan merujuk kepada sistem, jalinan jalan perdagangan dan barang dagangannya. [Bahagian 1]

Disediakan oleh :
(1) Tengku Ibrahim Helmi b Tengku Mohammad (Sistem & Pentadbiran)
(2) Mohd Dzulazizi b Amilin (Jalinan Jalan Perdagangan & Barang dagangan)

___________________________________________________

Pendahuluan

Kegiatan perdagangan bukanlah perkara baru bagi penduduk Melayu di Melaka. Disebut bahawa Melaka telah dicipta untuk perdagangan.[1] Setelah tiga tahun Melaka diduduki oleh Parameswara, penduduk kampung nelayan yang dulunya berjumlah 2000 penduduk. Sudah berganda tiga kali menjadi  6000 orang. Selain orang Melayu, pedagang-pedagang asing turut bermastautin di Melaka, terutama pedagang daripada Pasai sehingga disebut oleh Tome Pires[2] :

“bahawa tempat itu pada suatu masa dahulu merupakan kampung kepada Pasai, kini Pasai pula menjadi kampung kepada Melaka.”[3]

Selain itu, Tome Pires juga mendakwa bahawa dengan perkahwinan Sultan Iskandar Syah dengan puteri Pasai yang beragama Islam telah menyebabkan semakin ramai saudagar Islam dari pelabuhan Pasai datang ke Melaka.[4] Justeru, penduduknya semakin hari semakin bertambah.

Melaka juga telah dikunjungi oleh orang dari Timur, Benua India, dan dari barat, termasuk saudagar-saudagar dari Jazirah Arab. Kerajaan-kerajaan kelautan yang terdapat di pesisir pantai Selat Melaka  mempunyai kelebihan dan keistimewaan geografi dan perairan bagi memudahkan kedatangan para pedagang asing dari Timur dan Barat ke Nusantara.[5]  Selat Melaka merupakan bahagian terpenting kepada jalan dagangan dunia yang berakhir di Venice atau lebih jauh lagi dan permulaannya ialah Pulau-pulau Maluku. Kapal daripada pelbagai bangsa melalui beberapa banyak saluran perdagangan  dan perlu menuju Selat Melaka untuk penyebaran ke tempat lain. Di selat yang sempit inilah jalan dagang yang sejauh 8000 batu itu dapat dikuasai sepenuhnya. Melaka dalam hanya masa dua dekad pertama abad ke-15 telah menjadi entrepot[6] bagi pemindahan barangan.[7] Melaka juga telah menjadi  pusat persinggahan, pungutan dan penyebaran barangan dalam hanya masa yang singkat menerusi sistem entrepot.[8] Selain daripada itu, Melaka juga memainkan peranan sebagai pelabuhan transit bagi kapal-kapal yang berulang- alik melalui Selat Melaka.

Pertamanya, bilamana kita melihat kepada bagaimana kemunculan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot pada abad ke-15 sangat berkait rapat dengan faktor geografi itu sendiri. Kedudukan geografi yang begitu strategik serta amat bergantung kepada perdagangan menyebabkan kerajaan Melaka sangat memberikan tumpuan kepadanya dengan menyediakan segala kemudahan dan infrastruktur yang terbaik. Ini diikuti lagi dengan keadaan geografi Melaka yang tidak sesuai untuk pertanian secara besar-besaran ataupun untuk dikomersialkan. Seorang pencatat Cina, Ma Huan melaporkan bahawa iklim dan keadaan tanah Melaka tidak sesuai untuk kegiatan pertanian. Oleh itu, pilihan terbaik ialah menjalankan kegiatan perdagangan.[9] Maka disini, tidak mustahil bahawa dalam hanya masa yang singkat pelabuhan Melaka mampu menjadi sebuah pelabuhan entrepot yang dikenali di peringkat antarabangsa.




[1] Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Malaysia Kita. Cet.2. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Hal.113.

[2] Tome Pires (atau Tomé Pires) merupakan penulis, bendahari dan ahli pelayaran Portugis. Beliau lahir di Portugis pada tahun 1468. Tome Pires ialah pembantu Putera Afonso (1475-1491 M) dan penulis Suma Oriental (Dunia Timur), yang merupakan tulisan terawal tentang dunia Timur oleh seorang rakyat Portugis.Kemudian Tome Pires dilantik sebagai penulis dan Bendahari menjaga harta perdagangan yang melibatkan Melaka dan Jawa. Akhirnya dia dilantik sebagai duta Portugis ke negara China. Namun, dia telah dipenjarakan di Kiangsu atas tindakan dan idea-idea serta pemikirannya. Dia mati di China pada 1540 dalam tahanan China semasa berumur 70 tahun. Buku yang ditulisnya tentang China dipersembahkan kepada Laksamana Portugis di India dan sekarang disimpan Perpustakaan Nasional, Paris. Bukunya Suma Oriental menceritakan penjelajahan Portugis sehingga menguasai semenanjung India dan Kesultanan Melaka pada tahun 1511. (https://ms.wikipedia.org/wiki/Tome_Pires). 21 Julai 2013.

[3] Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Op.cit.

[4] Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Hal.243

[5] Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid. Hal.236

[6] Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua entrepot bermakna tempat yang menjadi pusat penerimaan barang-barang dagangan dari negara-negara luar dan kemudian barang-barang itu dihantar ke negara-negara lain pula. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, entrepot ialah gudang untuk barang-barang perdagangan; atau pusat perdagangan, biasanya bandar pelabuhan, yang menjadi tempat mengimport dan mengeksport semula barang-barang dagangan. Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=entrepot). 21 Ogos 2013.

[7] Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Malaysia Kita. Cet.2. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Hal.113.

[8] Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Hal.236. Lihat juga Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Ibid.

[9] Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid. Hal.239.

Wednesday, January 25, 2012

Soalan 1 : Berkenaan "Couple"

Posted by Tengku Ibrahim on 9:05:00 PM


Hamba Allah : Assalamualaikum..maaf klu ana mengganggu.nk mintak pndpat dr owg yg berilmu insyaallah..kwn ana de tnye ana wajar x klu kite teroskan prhubungan klu antre laki n pompuan dh suke antre 1 same lain..tp umo bwu 19..ana x tau nk jelaskan..syukran~

Admin : 'perhubungan' terlalu umum.... perhubungn yg mcm mana?adakah sprt seorg sahabat or kekasih or cmne...

Hamba Allah : hmmm...yup kekasih..


Admin : ana xtau nak mula dari mana.. tp xpe ana cuba..

Hamba Allah : hmmm...xpe..ape2 jek..


Admin : masalah ini adalah bergantung kpd beberapa situasi..,yg pertamanya kita kena igt..,Islam hanya mengiktiraf org yg bercinta melalui ikatan yg sah (kahwin)..sebagaimana dpd ibnu Abbas r.a,beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda"Kita tidak lihat bagi dua org yg bercinta seperti nikah"(riwayat ibnu Majah),so utk pandgn pertama ana,ana mengesyorkan sama ada kahwin atau tinggalkan.....ini yg pertama.. tp situasi bleh berubah...,contohnya mereka telah lama bercouple atau si pasangan x boleh terima kalu putus,ugut nak bunuh diri dan sebagainya...sebagaimana di alami sendiri oleh sahabat ana...,nasihat ana begini...

Hamba Allah : owh...


Admin : bgtau pd mereka..,boleh terus bercinta tp mesti salah seorg yg faham @ nak berhenti, menjaga batas2 dlm ISlam..,tidak buat perkara2 mungkar yg memang jelas hukumnya dan pada masa sama mesti terus memberi kefahaman islam padanya dgn harapan dia akan faham dan kalaupun xboleh putus terus..,mungkin tangguh dulu prhubungan sehingga masa yg sesuai utk benar2 melngsungkan perkahwinan....

dan pandgn peribadi ana... bagi sesiapa yg telah terlanjur bercouple @ bercinta, dan benar2 suka sgt pada psgn masing2 dgn hasrat sehingga ke gerbang perkahwinan maka teruskanlah..,dan pada masa sama hendaklah menjaga tatasusila dan batas2 sbagai seorg Muslim...dan bagi yg juga telah terlanjur bercouple@bercinta tp tidak serius,hanya sekadar hendak main2..,maka lebih baik tinggalkan..jgn aniaya diri sendiri dgn prkara yg tiada manfaatnya..,malah boleh menimbulkan berbagai lagi prasangka.....dan bagi yg belum ada maka jgn nak cuba2 test bercinta @ bercouple..,fokuskan pd yg lebih utama dahulu..,adapun perkahwinan @ pasangan hidup adalah perkara mendatang..,ianya akan tetap hadir bila tiba masanya @ jodoh..,cuma persoalannya sama ada masa belajar,bekerja atau bila pun..,ianya tetap akan ada....wallahualm...sekdar pndgn dari dir yg dhoif...~

Hamba Allah : owh...ana fhm skang... betapa bertimbang rasenye islam... tp... yg ngh couple skang.. yg betol2 nk ke grbang prkhwinan..wlupon lame lg dibolehkan??cm 2 ke??

Admin : yg bawah hanya pndgn ana... tp kita juga kena igt...yg ana sebutkan td ibarat.. atau seolah-olah kita telah cop@taqdim@bertunang.. makna bertunang yg asal adalah kita cop dulu,berlaku persetujuan anatra kedua2 belah pihak..adapun amalan sarung cincin dan majlis bertunang hanyalah adat istiadat dlm masyarakat melayu... dan kita kena igt Islam tidak menggalakkan bertunang yg terlalu lama...,tp bukannya xboleh terus sehingga haram... batas2 antara dua org yg telah bertunang pun masih sama sebagaimana batas2 antara perempuan dan laki2 yg bukan muhrim..so bertunang tidak memberi pelepasan kpd mereka melainkan hanya dgn nikah shj...

Hamba Allah : alhmdulillah ana phm skang...syukran yew..nty klu ana de masalah ana tnye lg yew..may allah bless u~


Admin : afwan~


Hamba Allah : errr,,,nk tnye lagi...sorry....hehe
cmne klu nk halalkan hubungan ngn care bikah tp hidup mcm owg cpl..mksodnye xpayah nfkah coz masing2 ngh belajar...boley ke??


Admin : ana xbrpa faham maksud soalan ni...,.
tp ana try lar buat2 faham...,sebenarnya couple itu hanya dari sudut istilah yg diberi..,couple or pasangan memberi makna yg sama..,cumanya yg menjadi persoalan..,ikatannya halal ke blum...,dan hanya nikahlah satu2nya cara yg menghalalkan ikatan tersbut...

nafkah pn terlalu luas maknanya...
mungkin saudari pernh dngr nikah gantung(ana xpasti istilahnya),yg mana pasngn berkahwin tp tidak tinggal bersama,krn masing2 masih belajar...
Ini adalah salah satu alternatif utk kita menjauhi maksiat,sumbang mahram,zina dan sebagainya..,

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Ana membuat andaian pasangan tersebut ada meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Nafkah cukup sekadar makan minum asas isteri sehari semalam. Mungkin RM50 atau RM100 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

Hamba Allah : owh...ksimpulannye boley la yew...syukran~:)


Admin : ini hanyalah pndgn ana...,mgkn saudari boley try jgk tnye2 org lain....ok..,tQ

*Dialog soal jawab ini telah berlaku antara hamba Allah(nama dirahsiakan oleh penulis) dengan penulis di dalam fB, dan segala yang tertera tidak diubah sedikit pun oleh penulis..,mudah-mudahan sedikit soal jawab ini memberikan sedikit pencerahan dan manfaat kepada diri kita yang serba dhoif ini...Wallahualam...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site