Thursday, November 18, 2010

Bersedekahlah *Kamu Tidak Akan Rugi*

Posted by Tengku Ibrahim on 7:33:00 AM


Firman Allah SWT yang bermaksud:
Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaktian(yang sempurna)sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai.Dan apa saja yang kamu nafkahkan,maka sesungguhnya Allah mengetahui.(Ali Imran :92)

Firman Allah SWT dalam surah Al-Hadiid berkenaan sedekah yang bermaksud:
Dan nafkahkanlah sebahagian daripada hartamu yang Allah telah menjadikan kamu menguasainya.Maka orang-orang yang beriman di antara kamu dan menafkahkan(sebahagian) dari hartanya memperolehi pahala yang besar.(Al-Hadiid:7)

Hadirin yang dihormati sekalian,
bersedekah adalah merupakan amlan mulia yang sangat dituntut dalam agama kita.Islam mengajar umatnya supaya saling bantu membantu sesama kita supaya kita dapat turut membantu saudara kita yang dalam kesusahan.Apabila kita bersedekah kita secara tidak langsung akan dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan yang sememangnya sanagt dituntut dalam Islam.Orang kaya akan menjadi semakin rendah hatinya tunduk dan tidak bongkak denagn kekayaan yang dikurniakan kepadanya,manakala orang miskin pula hilang dalam diri mereka sifat dengki disebabkan tidak begitu berada(kaya) yang mana sifat dengki adalah merupakan salah satu sifat yang buruk dan dicela dalam Islam.

Saya ingin berkongsi dengan antum sekalian sebuah kisah benar yang berlaku kepada sahabat saya,

sahabat saya merupakan seoarang yang sanagt aktif dalam persatuan,dia tidaklah begitu kaya tetapi sifatnya yang suka membantu benar-benar menyebabkan saya sangat suka berkerja dibawahnya.Pada suatu ketika,dia telah diberi amanah untuk mengendalikan sebuah program yang mana bajetnya agak besar.Dipendekkan cerita kami mengalami satu masalah dimana kewangan kami tidak mencukupi.Dia kelihatan tenang dalam menghadapi situasi ini.
Keesokkan hari,dia datang berjumpa saya dan menghulurkan satu jumlah yang agak besar (sebagai seorang pelajar)untuk program itu.Dia cakap itu adalah merupakan duit sponsor tapi saya tahu itu adalah daripada duitnya sendiri walaupun tidak diberitahu kerana mana mungkin nak dapatkan jumlah tersebut hanya dalam masa sehari.Tetapi saya hanya diamkan diri.
Alhamdulillah,program tersebut selamat dilaksanakan.Selang beberapa hari seseorang datang berjumpa saya dan bertanya sesuatu."Kenal tak Amri bin Salleh",tanya orang itu."Kenal,kenapa?",tanya saya ringkas."Tak,hari tu,dia telah menolong saya mendapatkan kembali beg tangan saya yang telah diragut.Jadi saya ingin memberikannya sedikit cenderahati tanda terima kasih",katanya.Saya melihat ianya adalah merupakan sebuah cek yang bernilai RM500.Masya Allah sungguh tak disangka sifat dermawaan serta tadhiyah sahabat saya telah membuatkannya senantiasa mendapat pembalasan yang tidak disangka-sangka.

Hadirin sekalian,
usah difikirkan sama ada ini adalah cerita dongeng ataupun hanya rekaan daripada author,tetapi mesej yang ingin disampaikan adalah jelas.Orang ynag selalu bersedekah tidak akan rugi,sedikitpun daripada hartanya tidak akan berkurang.Malahan kelak Allah akan melipat gandakan lagi nikmatNya.

Firman Allah taala yang bermaksud :
Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya kejalan Allah,adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir,pada tiap-tiap butir seratus biji.Allah melipat gandakan lagi bagi sesiapa yang dikehendaki.Dan Allah Maha Luas(kurniaNya)lagi Maha Mengetahui. (Al Baqarah:261)

Sabda Rasulullah SAW:"Sesungguhnya sedekah itu memadamkan murka Tuhan dan mencegah dari mati yang celaka"(At Tirmidzi,dan menurut hadith ini hasan)

Sedekah juga dapat meningkat ketakwaan kita kepada Allah,sebagaimana kisah para sahabat iaitu Abu Bakar As Siddiq semasa terjadi suatu peperangan beliau telah mendermakan semua hartanya dan apabila ditanya apakah yang tinggal untuknya dia menjawab:Cukuplah Allah dan Rasul buatku.Masya Allah hebat sifat keimanan para sahabat Rasulullah.Bagaimana mereka dapat merasai halawatul iman dalam bersedekah.

Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.Jadi tunggu ape lagi...JOM KITA PAKAT RAMAI-RAMAI BERSEDEKAH DAN MENGHULURKAN BANTUAN...ALLAHUAKBAR

0 comments:

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site