Tuesday, April 05, 2011

Akhlak Seorang Murabbi : Semalam,hari ini dan esok

Posted by Tengku Ibrahim on 10:05:00 PM

“Pada waktu itu kami sedang melakukan pertemuan di luar kota. Kerja-kerja tersebut selesai kira-kira pukul 12 tengah malam. Kami semua sangat letih kerana semangat dan kesungguhan kami dalam bekerja. Kebetulan kami mendapat bilik yang sama. Saya sudah sangat penat sekali dan ingin terus tidur supaya esok tidak terlambat untuk bangun solat Subuh. Kami berbaring di tempat tidur masing-masing. Tidak beberapa lama beliau memanggilku : “Umar, kamu sudah tidur?” Aku jawab : “Labbaika, belum lagi mursyid.” Beliau tidak berkata apa-apa lagi. Tidak beberapa lama kemudian beliau bertanya lagi hal yang sama : “Umar, kamu sudah tidur?” Aku jawab : “labbaika, belum lagi mursyid.”


“Aku di dalam hati tertanya-tanya mengapa beliau melakukan hal sedemikian. Lama beliau terdiam, tiba-tiba beliau memanggil lagi. Kerana aku sudah penat, akhirnya aku tidak menjawab. Aku harap beliau menyangka aku sudah tidur. Tiba-tiba beliau bangun perlahan-lahan, berjalan sambil memegang kasutnya dan terus menuju ke bilik mandi. Di dalam bilik mandi, aku dengar beliau dengan sangat berhati-hati berwudhu’ , agar percikan airnya jangan sampai membangunkanku. Kemudian aku lihat beliau mengambil tempat di sudut bilik menghadap kiblat, dan beliau pun menunaikan solat malam (Qiamullail) beberapa rakaat. Subhanallah!!! Begitulah ajaran beliau yang sangat melekat di hatiku.”

*Diceritakan oleh Umar at-Tilmisani berdasarkan pengalaman peribadi beliau tentang akhlak seorang pemimpin agung Ikhwan Muslimin ( Hasan al Banna ).

Rujukan : (Majalah Memperingati Imam asy Syahid Hasan Al Banna,Edisi Khas Revolusi Mesir 2011,Editor : Riduan Mohamad Nor)
___________________________________________________

Kisah ini khusus saya tulis buat para pimpinan sekalian termasuk diri saya serta ummat Islam. Betapa hebatnya peribadi beliau sebagai seorang mursyid,pemimpin,murabbi dan ayah sepanjang usia beliau. Umur yang singkat tidak mengurangkan jasa beliau kepada Ummat Islam pada hari ini,bahkan beliau sentiasa diingati sepanjang zaman.Beliaulah pemimpin agung yang memperjuangkan akidah perjuangan Islam di tengah-tengah keruntuhan masyarakat Mesir pada masa itu.Beliau telah dilahirkan pada tahun 1906 M dan telah syahid pada tahun 1949 M (43 tahun). Semoga Allah merahmati roh beliau dengan Rahmat-Nya.

Dicatat oleh :
Tengku Ibrahim Helmi b Tengku Mohammad,
Exco Lajnah Penerbitan dan Informasi 10-11,
Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran.
(1:04 PM,6 APRIL 2011)

2 comments:

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site