Friday, April 01, 2011

PEMIKIRAN SONGSANG

Posted by Tengku Ibrahim on 7:48:00 PM



Assalamualaikum...pada kali ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian mengenai satu istilah iaitu ‘pemikiran songsang’ dalam kalangan golongan atau pelajar-pelajar agama.Hadirin pembaca budiman sekalian pemikiran songsang ini telah diutarakan oleh seorang cikgu di sebuah sekolah tahfiz di Melaka dalam ucapan perasmian penutup beliau untuk Program Pembangunan Hamalatul Quran 2011. Dalam ucapan beliau,beliau menggunakan istilah ‘pemikiran songsang’kepada pelajar-pelajar agama yang mana semakin hari semakin hebat dengan budaya jauh daripada Islam sama ada dari aspek kebersihan sehinggalah kepada aspek peribadi Muslim itu sendiri. Saya sedikit tertarik dengan contoh yang diberikan oleh cikgu berkenaan iaitu golongan huffaz yang tidak menjaga kebersihan sedangkan dalam mana-mana kita fiqh dalam islam bab pertamanya adalah thaharoh.Ini menunjukkan bahawa Islam sangat mementingkan kebersihan tetapi apa yang dilakukan oleh kebenyakkan golongan pelajar agama adalah bertentangan dengan apa yang sepatutnya.Satu contoh yang lain yang membuatkan saya tertarik adalah mengenai budaya membuli yang melampau di sekolah-sekolah agama.Solusinya beliau memberikan satu kaedah yang mudah..,iaitu apabila kita membuli sebenarnya kita telah membuli saudara seislam kita yang lain.


Hadirin yang saya hormati sekalian,
Tertarik saya untuk mengaitkan situasi tersebut dengan permasalahan yang sering kali berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar agama seperti merokok,couple dan sebagainya.Mari kita sama-sama singkap apa sebenarnya yang terjadi sehingga mana pelajar-pelajar ini tiada nilai Islam langsung dalam diri mereka.Pasti kita akan dapat bahawasanya permasalahan ini terjadi dek disebabkan kebanyakkan daripada mereka masih tidak mengetahui tujuan sbenar mereka memasuki sekolah agama.Suntikkan dotrin bahawa amalan agama adalah semata-mata sembahyang,puasa,pergi ke kedai bukan agama,makan bukan agama semakin menular dalam kalangan mereka.Dotrin ini telah disebarluaskan oleh mereka-mereka yang bencikan Islam bertapak di atas muka bumi ini. Kebanyakan daripada mereka adalah merupakan golongan-golongn atasan seperti pemimpin,professor,intellectual dan golongan atasan.Mereka sangat berpengaruh.Inilah yang kita sangat bimbangkan.Pelajar-pelajar agama tidak mampu memahami dengan baik tujuan agama ini diturunkan,sirah perjuangan baginda,tetapi mereka lebih terdesak ingin mencontohi tokoh-tokoh artis yang semakin rosak akhlak mereka.

Yang keduanya system pendidikan yang digunakan oleh Negara kita juga sedikit sebanyak sebenarnya menyekat pemikiran mereka untuk memahami tujuan tersebut.Sistem pendidikan kita yang lebih menumpukan kepada silibus peperiksaan semata-mata menegkang pelajar-pelajar ini daripada memiliki satu pemikiran yang baik dan kritis.Oleh itu,guru-guru dan pihak yang bertanggungjawab sepatutnya memainkan peranan yang penting dalam hal ini.Kitalah yang sepatutnya berusaa untuk membuka kembali minda mereka supaya kembali kepada satu tingkatan pencapaian umat Islam satu masa dahulu yang sangat dihormati oleh semua golongan,zaman kegemilangan Ilmu Islam.

Mungkin ini hanya sedikit luahan hati daripada diri saya sendiri yang semakin risau dengan perkembangan pelajar-pelajar sekolah agama.Mungkin disebabkan oleh pengalaman saya yang lepas sebagai seorang pelajar agama,membuatkan diri ini berasa perlunya seseorang untuk kehadapan dalam menangani permasalahan ini.Pelajar sekolah agama dianggap sudah tiada apa-apa dan disama taraf sahaja dengan pelajar aliran yang lain.Inilah yang sangat mengecewakan saya.Tapi saya yakin dan percaya zaman tersebut pasti akan kembali.Siapakah yang hendak menggantikan Sultan Muhammad al Fateh,pemimpin yang hebat Salahuddin al Ayubi...,jawapannya tidak lain tidak bukan KITALAH yang akan kembali meneraju kegemilangan tersebut..I’Allah...


0 comments:

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site