Thursday, April 07, 2011

Pilihan Di Tangan Anda

Posted by Tengku Ibrahim on 7:41:00 AM



Bismillah...

Pada suatu hari,ada seorang pemuda sedang berehat-rehat. Beliau telah dikurniakan oleh Allah keupayaan akal yang bijaksana, berbeza dengan pemuda-pemuda lain sezaman dengannya. Apa yang menariknya kebijaksanaan yang telah dikurniakan kepadanya telah digunakan dengan sebaiknya untuk membantu orang lain tanpa mengira bangsa,umur dan pangkat.


Telah ditakdirkan oleh Allah,suatu hari beliau telah menghidapi satu penyakit misteri. Telah ramai doctor, dan pakar perubatan beliau temui. Akhirnya beliau, diberitahu bahawa penyakitnya hanya boleh diubati oleh seorang pendeta yang tinggal di atas sebuah gunung.

Beliau pun,berasa gembira dan terus mendaki gunung tersebut untuk berjumpa dengan pendeta berkenaan. Beliau terus mendaki,mendaki dan mendaki sehinggalah beliau menemui sebuah pondok usang yang mana tempat tinggal pendeta tersebut.Beliau pun menyatakan hasratnya kepada pendeta berkenaan.Pendeta tersebut diam tidak berkata apa-apa. Beberapa minit kemudian,ada seekor burung hinggap di atas bahu pendeta tersebut.Dengan pantas, pendeta tersebut menangkap burung itu dan seterusnya menggenggamnya. Dan berkata, “Aku boleh mengubati penyakitmu tetapi setelah engkau memjawab soalanku.Burung yang berada di dalam genggamanku ini,masih hidup ataupun telah mati?”Pemuda berkenaan senyap sambil berfikir sendirian.Pendeta berkata lagi : “Jika jawapan kamu betul,maka aku akan ubati kamu,tapi jika jawapan kamu salah kamu tidak boleh turun lagi daripada gunung ini dan harus menjadi khadamku”.Pemuda berkenaan dengan tenang menjawab : “Jika jawapan aku hidup maka engkau akan menggenggam burung tersebut sehingga ianya mati dan jika jawapan aku mati maka engkau akan membuka genggamanmu dan burung tersebut akan terbang pergi.Sesungguhnya demi Allah,segala pilihan adalah di tanganmu.Jika Allah menggerakkan hatimu untuk membantuku maka engkau akan membantuku,dan jika tidak maka adalah sebaliknya.Tidak aku kemari kesini melainkan dengan penuh pengharapan kepada Allah. Dan sesungguhnya aku redha dengan segala ketentuan dariNya. Aku tidak boleh berbuat apa-apa tanpa kehendakNya dan dia telah memberikan pilihan tersebut kepada kamu sama ada mahu membantuku ataupun tidak.Jika engkau membantuku, kebaikkan itu akan terus kekal bersamamu untuk dibawa dihadapan Allah kelak,jika sebaliknya maka engkau tidak akan rugi apa-apa.Segala pilihan adalah di tanganmu”.

____________________________________________________

*Cerita ini telah diceritakan kepada penulis semasa mengikuti sebuah kem yang dikendalikan oleh KESUMAT Consultant,semasa tingkatan 3.Tetapi cerita ini telah diubah suai oleh penulis. Kita harus ingat segala pilihan ada di tangan kita sama ada kita hendak jadi baik atau jahat,pandai atau bodoh,rajin atau malas.

Firman Allah yang bermaksud : Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum melainkan mereka yang mengubahnya.

Wallahu’alam~

Dicatat oleh :

Prince-tengku,
07/04/11, 10:26 PM

0 comments:

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site