-
PIMPINAN 10-11
Bersama Menerajui Perubahan
-
Bergambar Bersama Penceramah
Semasa menjadi fasilitator Mukhayyam Syakhsiah Muslim Anjuran Badan Dakwah dan Ibadah SMA al-ittifaQiah Guai,Pahang
-
Wilderness Adventure Camp LANGKAWI
Saat terakhir bergambar bersama-sama
-
Wilderness Adventure Camp LANGKAWI
Saat terakhir bergambar bersama-sama
-
Wilderness Adventure Camp LANGKAWI 2007
Bergambar bersama ahli-ahli kumpulan semasa berkayak di laut...Hidup Gacrux!!!
Tuesday, February 12, 2013
Ajaibnya Tawakal
Thursday, August 30, 2012
Jom kita hafaz alQuran (3)
3. Panduan Menghafaz Al-Quran
- Membersihkan diri daripada segala hadas
- Memakai wangi-wangian
- Bersugi/memberus gigi
- Memilih mushaf yang biasa digunakan seharian ; pastikan tulisan mudah dibaca dan sebaik-baiknya rasm uthmani
- Memilih tempat yang sesuai untuk menghadaz alQuran
- Memilih waktu yang sesuai untuk menghafaz alQuran ; cadangan selepas/sebelum subuh dan selepas maghrib
- Berwudhuk
- Memilih guru/kawan yang anda ingin memperdengarkan bacaan dan hafazan padanya.
- Menentukan ayat-ayat yang hendak dihafal
- Malancarkan bacaan dengan tajwid yang betul pada ayat-ayat atau surah-surah yang hendak dihafaz.
- Memahami makna-makna ayat dan sebab-sebab turun ayat sekiranya ada Asbab al-Nuzul pada ayat yang hendak dihafaz
- Mula menghafaz ayat pertama dengan berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya. Apabila sudah ingat dengan baik dan jelas ayat yang pertama, maka mulalah menghafal ayat yang kedua dengan kaedah yang sama pada ayat pertama tadi.
- Apabila ayat kedua sudah diingati,maka ulang semula membaca secara hafazan pada ayat yang pertama hingga ayat yang kedua hingga lancar.
- Mula menghafaz ayat ketiga dan apabila sudah ingat dengan lancar , ulang semula dari ayat pertama hingga ketiga sehingga lancar kesemuanya sekali.
- Begitulah seterusnya sehingga selesai dihafaz semua ayat yang telah ditetapkan untuik hari tersebut
- Pilih seorang teman yang sama minat dalam menghafaz al-quran.
- Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
- Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
- Saling menguji ayat yang dihafaz antara satu sama lain.
- Tulis kembali ayat-ayat yang telah dihafaz.
- Kemudian semak semula ayat yang telah ditulis berpandukan mashaf.
- Menulis setiap ayat petama awal muka surat, atau setiap rubu’, atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.
- Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai.
- Memisah-misahkan selembar muka surat kepada beberapa bahagian(2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
- Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian. Contohnya mengikut pertukaran cerita dalam surah tersebut.
- Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu’, cerita dan sebagainya.
- Memisah-misahkan al-Quran kepada beberapa kelompok surah, hizib, setiap 10 juz dan sebagainya
Monday, August 13, 2012
Jom kita hafaz alQuran (2)
Sunday, August 12, 2012
Jom kita hafaz alQuran (1)
Bismillahirrahmanirrahim...
Segala puji bagi Allah yang memberi saya peluang dan idea utk terus menabur bakti melalui penulisan yang tidak seberapa ini. Pada 11 Ogos 2012 yang lepas telah diadakan satu program yang diberi nama “ Haffaz is Easy”, atas cadangan daripada ex-maahad-DQ. Melalui program ini telah memberi saya idea bahawa saya perlu menulis satu perkongsian tentang mungkin pengalaman dan bagaimana menghafaz yang baik. Dan sebenarnya juga,suatu masa dahulu saya pernah ditanya oleh seseorang yang mahukan nasihat daripada saya bagaimana hendak menjadikan dan mengatur anaknya yang ketika itu masih kecil bagi menjadi seorang hamalatul quran. Mungkin sahaja faktor kekangan masa telah menyebabkan saya terlupa akan pertanyaan tersebut.
1. NIAT
Pertamanya sebelum kita memulakan bagi menhafaz alQuran suka saya untuk bertanya akan satu soalan. Kenapa kita hendak menghafaz alQuran? Bilamana saya bertanya soalan ini kepada mereka yang baru hendak menghafaz atau telah menghafaz alQuran, ramai daripada mereka tidak dapat memberikan jawapan. Bahkan kebanyakkan daripada mereka sendiri pun tidak mengetahui kenapa mereka hendak menghafaz alQuran, adakah daripada kemahuan diri sendiri ataupun tujuan yang lain. Berdasarkan satu hadith yang bermaksud :
“Daripada Amirul Mukminin Abu Hafa, Umar ibnu Al-Khattab r.a berkata: aku mendengar Rasulullah saw bersabda: bahawasanya setiap amalan itu adalah dengan dan semua orang mendapat pahala berdasarkan apa yang diniatkan. Barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasulnya. Barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang diperolehinya atau perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan.”
Maka kita perlu tahu sebab apa kita hendak menghafaz alQuran. Ada orang menghafaz alQuran kerana hendak mendapat syafaat berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Bacalah alQuran kerana sesungguhnya ianya akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada sahabatnya”
Malah tidak kurang juga yang menghafaz kerana mengetahui bahawa menghafaz alQuran adalah adalah salah satu tanda orang yang berilmu. Sebagaimana firman Allah taala dalam surah al Ankabut ayat 49 yang bermaksud :
“Sebenarnya, Al Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat kami kecuali orang-orang yang zalim.”
Dalam erti kata lain, ayat-ayat Al Quran itu terpelihara dalam dada dengan dihafaz oleh banyak kaum muslimin turun temurun dan difahami oleh mereka, sehingga tidak ada seorangpun yang dapat mengubahnya.
Dan tidak kurang juga yang menghafaz kerana mendengar Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :
“Sebaik-baik manusia dalam kalangan kamu adalah orang yang belajar al-quran dan orang yang mengajarkannya.”
Oleh yang demikian, Allah menyediakan pelbagai ganjaran kepada mereka yang mahu menjadikan kalamNya sebagai teman, yang mahu membaca dan mengamalkan firman-firmanNya. Tetapi walau apa pun niat dan ganjaran yang kita mahukan jangan sekali-kali kita lupakan bahawa yang kita hafaz ini adalah kerana Allah taala. Itulah yang terbaik. Adapun yang lain hanyalah sebagai motivasi kepada kita dalam kita mencapai target atau sasaran kita iaitu menjadi seorang hamalatul Quran.
Bersambung.....................(Jom kita hafaz alQuran (2))
Wednesday, July 25, 2012
Penilaian terhadap hadis | Awal bulan Ramadhan rahmat,pertengahannya keampunan dan akhirnya adalah pembebasan daripada api neraka

Sunday, July 22, 2012
Bahaya perbuatan riya'

Monday, July 16, 2012
Syair yang membuatkan Imam Ahmad menangis

الشعر ابكى الامام أحمد
(إذا ما قال لي ربـــّي )
إذا ما قال لي ربي أما استحييت تعصيني ..؟
Jika Tuhanku bartanya kepadaku
“tidak malukah kau bermaksiat kepadaku?
وتُـخفي الذنبَ عن خلقيَ وبالعصيانِ تأتيني
Kau sembunyikan dosamu dari makhluk-Ku
Dan datang padaku dengan penuh dosa”
فكيف أجيبُ يا ويحي ومن ذا سوف يحميني؟
Bagaimana aku mau jawab duhai diriku yang malang?
Dan siapalah yang dapat mnyelamatkanku...?
أسُلي النفس بالآمالِ من حينٍ الى حيني
Aku terus menyogok jiwaku dengan impian ..
Dan harapan dari waktuke waktu
وأنسى ما وراءُ الموت ماذا سوف تكفيني
Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi setelah mati
Dan apa yang akan berlaku selepas aku dikafankan
كأني قد ضّمنتُ العيش ليس الموت يكفيني
Seolah-olah aku dijamin untuk hidup selamanya
Seakan mati tidak mnmuiku
وجائت سكرة الموتُ الشديدة من سيحميني؟؟
Dan tah datang padaku sakaratul maut yang ngeri
Nah...siapaskarang yanga mampu mlindungiku
نظرتُ الى الوُجوهِ أليـس منُهم سيفدينـــي؟
Aku mlihat pada wajah-wajah
Apakah ada dari pada mereka yang akan menbusku?
سأسأل ما الذي قدمت في دنياي ينجيني
Aku kan disoal
Apa yang telah aku lakukan didunia untuk menylamatkan diri ini?
فكيف إجابتي من بعد ما فرطت في ديني
Maka bagaimana akan ku jawab setelah akumengabaikan urusan agamaku?
ويا ويحي ألــــم أسمع كلام الله يدعوني؟؟
Celakanya aku..!
Apakah aku tidak mndngar ayat-ayat Allah yang menyeruki..?
ألــــم أسمع بما قد جاء في قاف ويسِ
adakah aku tak dengar apa yang telah diberitakn didalam suratQOF dan Yasiin..?
ألم أسمع بيوم الحشر يوم الجمع والدين
adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkannya manusia,hari perhimpunan dan hari ad-din(qiyamat)..?
ألـــم أسمع مُنادي الموت يدعوني يناديي
adakah aku tak dngar panggilan ajal maut,menyru dan mnjemputku?
فيا ربــــاه عبدُ تــائبُ من ذا سيؤويني ؟
maka ya Rabb seorang hamba datang bertaubat, siapa yang dapat melindunginya?
سوى رب غفور واسعُ للحقِ يهدييني
Melainkan Tuhan yang maha luaspengampunan-Nnya,dan yang membimbingku pada kebenaran
أتيتُ إليكَ فارحمني وثقــّـل في موازيني
Aku telah datang pada-Mu maka kasihanilah daku
Dan beratkan timbangan (kebaikan)ku..!
وخفَفَ في جزائي أنتَ أرجـى من يجازيني
Dan ringankan (percepatkan) hisabku
Kerana Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban
_________________________________
Terima kasih kepada sahabat saya Ustaz Saifullah daripada indonesia kerana sudi menyalin syair ini untuk saya..,moga-moga memberi manfaat kepada semua...
Wednesday, May 02, 2012
Hadith Rejab Bulan Allah, Sya’ban Bulan Nabi ?
Nama penuhnya Ibn Jahdam ialah `Ali bin `Abdillah bin Jahdam al-Zahid. Beliau meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadith palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173,Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).
Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H) menyebut: Ada beberapa golongan yang membuat hadith palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadith palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadith mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah. (Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadith, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu’asir)
Golongan penceramah, imam, khatib, dan media massa hendaklah berhati-hati agar tidak menjadi agen penyebaran hadith-hadith palsu mengenai amalan-amalan yang dikatakan disunatkan pada bulan-bulan tersebut. Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H): Hadith-hadith mengenai solat Raghaib pada jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w. Begitu juga semua hadith mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadith-hadith mengenai solat pada malam Nisfu Sya`aban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).
Tuesday, April 24, 2012
Kartun Bahasa Arab tentang kecurangan dalam jual-beli. (Al Mutaffifin)
Saturday, March 31, 2012
April Fool ; Sejarah dan Pandangan Ulama' Mengenainya.
Bismillah....
1) Shaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi:
Beliau menyebutkan bahawa menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah.” [HR al-Bukhari dan Muslim]
Rasulullah sallAllahu Alaihi Wassalam memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda sallallahu `alaihi wasallam bersabda:
“Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam juga bersabda:
“Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran.” [HR Ahmad dan At-Thabrani].
Sebahagian hadis Nabi sallallahu `alaihi wasallam turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]
Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang di dalam apa bentuk pun. Sambutan ini (hari April Fool) adalah dilarang kerana empat sebab:
- Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
- Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
- Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
- Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.
2) Shaikh Atiyyah Saqr:
Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.
Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan dharurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “dharurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Dharurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.
Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].
Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi; ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan. [Islamonline.net]
3) Shaikh Shalih Fauzan:
Di dalam laman islamqa.com fatwa nombor: 10834, beliau menyatakan bahawa:
Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari ini (hari April Fool), mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah sallAllahu `alaihi wassalam bersabda:
“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”
Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita akan mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.
Friday, March 16, 2012
Jiwa Yang Halus

Bismillahirrahmanirrahim......
Tuesday, February 14, 2012
Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day | Portal Rasmi Fatwa Malaysia

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
The 71st Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 22nd-24th November 2005 has discussed the ruling on Muslims celebrating Valentine’s Day. The Conference decided that the teachings of Islam stress on love and there is no specific day in Islam to celebrate it.
Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:
من تشبه بقوم فهو منهم
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
( Riwayat Abu Daud)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:
من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kebanyakan golongan remaja Islam hari ini meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.
SUMBER : www.e-fatwa.gov.my
Sunday, February 12, 2012
14 Februari 1949
Sila klik di sini untuk gambar lebih besar [klik]Sunday, February 05, 2012
Salam Maulidur Rasul









