Pendahuluan
Pertamanya, artikel
ini ditulis kerana saya melihat dewasa ini, budaya saling menghargai (appreciate)
semakin lenyap. Dalam erti kata lain sudah tidak begitu di budayakan lagi.
Selain itu, artikel ini hanya memberi fokus kepada pelajar tanpa menafikan juga
patut berlaku dalam kalangan orang lain seperti golongan yang bekerja,keluarga
dan sebagainya. Moga-moga artikel yang ringkas ini dapat memberikan kepada kita
sedikit pencerahan sekaligus mewujudkan semula budaya ini.
Definisi
Menghargai boleh kita
definisikan kepada beberapa makna iaitu[1] :
2. Menaksir harganya; menilaikan
3. Menghormati; mengindahkan: setiap orang harus ~ dan memuliakan orang tuanya;
4. Memandang penting (bermanfaat, berguna, dsb)
Saya katakan menghargai
orang lain merupakan salah satu akhlak yang terpuji. Hargai, dihargai dan
menghargai adalah sesuatu perbuatan yang membuatkan semua orang rasa bahagia. Paling
gembira, apabila diri kita dihargai. Bila dihargai, terasa hidup nih
sangat-sangat bermakna. Menghargai bermaksud ; kita pula yang patut beri penghargaan
kepada orang lain terutama orang-orang penting dalam hidup kita. Menghargai
boleh berlaku dalam kalangan sahabat-sahabat, kaum kerabat dan tidak terhad kepada itu sahaja.
Saya juga katakan ianya penting kerana ianya melibatkan perasaan dan hati
seseorang.
Dua perkara yang
sering kita terlupa.
Seorang sahabat saya
pernah menyebut bahawa dalam dunia ini ada dua perkara yang senang tetapi
sebenarnya susah untuk dibuat. Namun apabila telah dibuat jiwa akan berasa
tenteram dan nikmat. Dua perkara tersebut ialah “meminta maaf”
dan “mengucapkan terima kasih”. Kita sering kali dihantui oleh
perasaan ego, kita enggan meminta maaf walaupun kita sebenarnya yang salah dan
kita sering juga terlupa untuk mengucapkan terima kasih atas pertolongan yang
kita telah perolehi.
Sebagai contoh,
apabila kita telah membebankan orang bawahan kita dengan tugasan atau sahabat
kita dengan meminta dia membantu kita untuk menyiapkan assignment ; agak-agak
apa balasan yang dia mahu daripada kita..? Saya merasakan perkara ini
seringkali berlaku, dan sebenarnya sahabat kita itu hanya mahukan kita
menghargai beliau..,itu sahaja. Menghargai tidak bermaksud kita kena belanja
beliau makan, bagi duit..,tetapi sebenarnya hanya cukup dengan ucapan ;
“Aku minta maaf kalau-kalau
aku terpaksa menyusahkan kau” atau
“Terima kasih sebab bantu aku”
atau
“Eh, takpe..,takpe..,nanti
biar aku yang pergi print sebab kau dah taip” dan sebagainya.
Hanya dengan kata-kata
ini pun sebenarnya telah menggembirakan hati sahabat kita itu. Cuba
bayangkan kita sudahlah tidak bantu sikit pun, lepas tu kita sama-sama dapat
markah yang sama. Agak-agak ada tidak keberkatannya disitu. Tambahan lagi,
kalau-kalau sahabat tersebut terasa hati dengan kita..Cuba fikirkan!!!
Pernah terasa bila
diri tidak dihargai?[2]
Rasanya sangat
menyakitkan. Rasa seperti diri ni tidak bermakna. Sedih kan bila segala usaha,
langsung tidak dipandang...tidak diingat sama sekali..Kita cuba sehabis daya
untuk membantunya dalam kehidupannya, tetapi penyudahnya, kita dikecewakan
pulak....Bila jadi camtu, barulah kita sedar, betapa kita sudah bazirkan masa,
tenaga dan segala rasa prihatin dalam diri kita.... Bila segala kepercayaan kita, rasa penghargaan kita
dah dikhianati, kita rasa seperti mahu maki hamun sahaja.
Saya[3]
katakan perasaan yang lebih tepat adalah jiwa dan perasaan kita mungkin akan
dikuasai oleh perasaan marah yang membuak-buakkan, yang mana berkemungkinan
akan membawa kita kepada tindakkan yang tidak patut seperti memaki hamun dan
sebagainya. Namun, sebagai seorang Muslim moga-moga kita semua dijauhi daripada
sifat-sifat mazmumah itu. Nauzubillah…..
Dalil-dalil dan
pedoman
Di dalam al Quran
Allah berfirman yang bermaksud :
“Dan carilah pada apa yang Telah
dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu
melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada
orang lain) sebagaimana Allah Telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu
berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang
yang berbuat kerosakan”[4]
Rasulullah saw
bersabda, yang ertinya:
“Bukanlah termasuk golongan kami siapa saja
yang tidak menghormati orang yang lebih tua, menyayangi yang lebih muda dan
mengenal hak orang ‘alim kita.” (HR Ahmad dan Hakim, dihasankan oleh Al-Albani
di dalam Shahihul Jami’ no. 4319)[5]
Saya juga ingin
membawakan beberapa pedoman daripada Imam Syafie. Bagaimana beliau menghargai
guru-guru beliau. Berkata Imam Syafie :
الناس عيال لأبى حنيفة في الفقه
Imam
Syafie juga memuji Imam al Laith bin Sa’ad menerusi kata-katanya :
الليث أفقه من مالك إلا أن
أصحابه لم يقوموا به
Maksudnya : “Al
Laith itu sebenarnya lebih faqih daripada Malik. Oleh kerana sahabat-sahabatnya
tidak membukukan pemikirannya, ia lenyap begitu sahaja”.[7]
Imam
Syafie juga memuji Muqatil bin Sulaiman. Sedangkan Muqatilitu merupakan seorang
Syiah. Beliau tetap memuji ilmu yang dimiliki oleh Muqatil dengan kata-katanya
yang berbunyi :
الناس عيال في التفسير على
مقاتل بن سليمان
Maksudnya : “Manusia
itu merupakan anak kepada Muqatil dalam ilmu tafsir al-Quran”.[8]
Puji-pujian
daripada Imam Syafie terhadap imam-imam yang lain menunjukkan kemuliaan hati
dan kejernihan jiwa seorang mujtahid. Ini juga adalah merupakan sebagai
penghargaan beliau terhadap guru-gurunya.
10 Ciri-ciri Orang
Yang Tidak Tahu Menghargai Orang Lain[9]
:
2. Tidak pernah berpuas hati dengan kerja orang lain.
3. Tidak mempunyai rasa percaya terhadap orang lain.
4. Lebih suka membangga-banggakan dirinya sendiri.
5. Merasakan dirinya paling hebat berbanding orang lain.
6. Suka menghamburkan kemarahan kepada individu lain, sedangkan mereka tidak bersalah.
7. Meletakkan kesalahan di bahu orang lain dan tidak mahu bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukan.
8. Suka mendapat pujian hasil kerja orang lain.
9. Suka mencari kesalahan orang lain.
10. Tidak boleh menerima pendapat orang lain dan beranggapan pendapatnya sahaja yang betul dan harus diterima pakai.
Kesimpulan
Belajarlah untuk
menghargai (appreciate) orang lain kerana menghargai adalah salah satu sifat
mahmudah yang sering dilupakan. Dengan menghargai nilai tautan ukhuwwah akan
semakin erat. Sekiranya kamu mahu dihargai belajarlah terlebih dahulu untuk
menghargai.
Remember,remember,remember…“What you give, you will get back”.
[1]
Artikata.com (http://www.artikata.com/arti-365046-menghargai.html).
11 Mac 2013.
[2]
Mira Adzlia. (http://gadisbiasebiase.blogspot.com/2012/08/menghargai-setelah-tidak-dihargai.html).
11 Mac 2013.
[3]
Penulis sendiri pernah merasai
perasaan ini.
[4]
Surah al Qasas ayat 77
[5]Abul Fudhail al Ghorontaliy. Tholabul
‘ilm ’ala minhajus salaf. (http://abulfudhail.wordpress.com/2009/05/30/menghormati-dan-menghargai-orang-lain/).
11 mac 2013.
[6]
Dr. Nik Yusri Musa. 2006. Al
Imam As Syafi’I Kegemilangan Ilmu dan Pemikiran. Karya Bestari. Hlm. 30.
[7]
Ibid
[8]
Ibid. Hlm. 30-31
3 comments:
Wa...snyp2 je ade blog x bgtaw...
Mantap lah , senang saya nak buat essay tentang MENGHARGAI
TERIMA KASIH YA :)
Post a Comment