• PIMPINAN 10-11

    Bersama Menerajui Perubahan

  • Bergambar Bersama Penceramah

    Semasa menjadi fasilitator Mukhayyam Syakhsiah Muslim Anjuran Badan Dakwah dan Ibadah SMA al-ittifaQiah Guai,Pahang

  • Wilderness Adventure Camp LANGKAWI

    Saat terakhir bergambar bersama-sama

  • Wilderness Adventure Camp LANGKAWI

    Saat terakhir bergambar bersama-sama

  • Wilderness Adventure Camp LANGKAWI 2007

    Bergambar bersama ahli-ahli kumpulan semasa berkayak di laut...Hidup Gacrux!!!

Saturday, March 20, 2010

Salahuddin al-Ayyubi

Posted by Tengku Ibrahim on 3:03:00 AM

Salahuddin al-Ayyubi (bahasa Arab: صلاح الدين الأيوبي / Ṣalāḥ al-Dīn al-Ayyubīy‎, bahasa Kurd: سه‌لاحه ‌دينێ ئه ‌يووبى / Silhedînê Eyûbî, bahasa Parsi: صلاح الدین ایوبی, bahasa Turki: Selahaddin Eyyubi) atau nama sebenarnya Yusuf bin Ayyub (1137 -1193) mengasaskan dinasti Ayyubi bangsa Kurd di Mesir dan Syria. Di Barat beliau dikenali sebagai Saladin. Dia juga terkenal dalam kalangan Nasrani dan Muslim dengan kebolehannya sebagai ketua dan ketangkasannya dalam peperangan yang disertai juga dengan sifat kesateriaan dan belas kasihannya semasa Perang Salib.

Kebangkitan


Tugu peringatan Salahuddin di Damsyik.

Salahuddin dilahirkan di dalam sebuah keluarga Kurdish di Tikrit dan dihantar ke Damsyik untuk menghabiskan pelajarannya. Ayahnya, Najm ad-Din Ayyub, ialah gabenor wilayah Baalbek. Selama 10 tahun Salahuddin tinggal di Damsyik di kawasan istana milik Nur ad-Din.

Salahuddin menerima latihan ketenteraan daripada bapa saudaranya, Shirkuh yang juga ketika itu merupakan panglima kepada Nur al-Din dan sering mewakili Nur al-Din dalam kempennya menentang Kerajaan Fatimiyyah di Mesir sekitar tahun 1160. Salahuddin kemudiannya mewarisi tugas menentang Kerajaan Fatimiyyah (akhirnya tumpas) daripada bapa saudaranya dan dilantik menjadi panglima pada tahun 1169. Di sana, dia mengambil alih tugas sukar mempertahankan Mesir daripada diserang tentera Salib dibawah Kerajaan Latin Baitulmuqaddis pimpinan Almaric I. Kemampuan Salahuddin diragui pada peringkat awal perlantikkannya sebagai panglima. Tiada sesiapa yang menyangka beliau dapat bertahan lama ekoran terdapat banyak perubahan dalam kerajaan dalam tahun sebelumnya seperti perebutan kuasa oleh gabenor-gabenor yang sedia ada dalam mendapat perhatian khalifah. Sebagai seorang ketua tentera asing dari Syria, Salahuddin tiada kuasa ke atas askar-askar Mesir yang terdiri daripada golongan Syiah yang ketika itu dipimpin oleh Khalifah Al-Adid.

Apabila khalifah itu meninggal dunia pada bulan September 1171, Salahuddin mengarahkan para imam mengumumkan nama Khalifah Al-Mustadi (Khalifah Abbasiyyah di Baghdad) semasa solat Jumaat. Sekarang, walaupun Salahuddin yang memerintah Mesir tetapi hanya sebagai wakil Nur ad-Din. Selepas dilantik menjadi pemimpin Mesir, Salahuddin melakukan perubahan terhadap ekonomi Mesir, menyusun semula angkatan tentera, dan menuruti nasihat ayahnya supaya mengelak daripada sebarang konflik dengan Nur ad-Din. Beliau menunggu sehingga Nur ad-Din meninggal dunia sebelum memulakan beberapa siri kempen ketenteraan. Pada awalnya terhadap beberapa kerajaan-kerajaan Muslim yang kecil kemudian ke atas tentera Salib. Dengan kewafatan Nur ad-Din pada tahun 1174, beliau menjadi Sultan Mesir. Beliau kemudian mengisytiharkan kemerdekaan daripada kerajaan Seljuk dan mengasaskan Kerajaan Ayubbiyyah. Beliau turut mengembalikan ajaran Sunah Waljamaah di Mesir.


Menentang tentera Salib


Dalam dua peristiwa berbeza iaitu pada tahun 1171 dan 1173, Salahuddin berundur setelah satu siri serangan oleh tentera Salib. Salahuddin berharap bahawa Kerajaan Salib ini tidak diganggu selagi beliau tidak menguasai Syria. Nur ad-Din dan Salahuddin hampir-hampir berperang akibat daripada peristiwa tetapi dengan wafatnya Nur ad-Din pada 1174, perang ini dapat dielakkan. Waris Nur ad-Din iaitu as-Salih Ismail al-Malik hanya seorang kanak-kanak ketika dilantik bagi menggantikan ayahnya. Walau bagaimanapun dia meninggal dunia pada tahun 1181.

Sejurus selepas Nur ad-Din meninggal dunia, Salahuddin berarak ke Damsyik, dan setibanya beliau di sana, dia diberi sambutan sambutan yang meriah. Dia mengukuhkan kedudukannya dengan mengahwini balu Nur ad-Din. Walaupun Salahuddin tidak memerintah Aleppo dan Mosul (dua bandar yang pernah dikuasai Nur ad-Din), beliau dapat menggunakan pengaruhnya dan menguasai kedua bandar itu pada tahun 1176 (Aleppo) dan 1186 (Mosul).

Sementara Salahuddin Al-Ayubbi menumpukan perhatiannya ke atas wilayah-wilayah di Syria, negeri-negeri Salib dibiarkan bebas, walaupun begitu beliau sering mencatatkan kemenangan ke atas tentera Salib di mana saja kedua-dua belah pihak bertempur. Beliau bagaimanapun tumpas dalam Perang Montgisard yang berlaku pada 25 November, 1177. Dia ditewaskan oleh gabungan tentera Baldwin IV dari Baitulmuqaddis, Raynald dari Chatillon dan Knights Templar.

Keamanan di antara Salhuddin dan negeri-negeri Salib tercapai pada 1178. Salahuddin meneruskan serangannya pada 1179 selepas daripada kekalahannya dalam Perang Montsigard, dan dalam serangannya ke atas sebuah kubu kuat tentera Salib beliau berjaya menumpaskan tentera Salib. Walau bagaimanapun, tentera Salib terus menyerang orang-orang Muslim. Raynald dari Chatillon mengganggu laluan perdagangan dan haji orang Islam dengan kapal-kapal laut di Laut Merah. Raynald juga mengancam menyerang kota suci Islam yakni Kota Mekah dan Madinah menjadikannya orang paling dibenci dalam dunia Islam. Sebagai tindak balas, Salahuddin Al-Ayubbi menyerang Kerak, sebuah kubu Raynald pada tahun 1183 dan 1184. Raynald kemudian menyerang dan membunuh kabilah yang dalam perjalanan untuk menunaikan haji pada tahun 1185.

Dalam bulan Julai tahun 1187, Salahuddin menyerang neger-negeri Salib. Pada 4 Julai 1187, beliau bertempur dalam Perang Hattin menentang gabungan kuasa Guy dari Lusignan (sebutan gi bukan guy), Raja Negeri-negeri Salib, dan Raymond III dari Tripoli. Tentera Salib yang letih dan dahagakan air mudah ditumpaskan oleh tentera Salahuddin. Kekalahan tentera Salib ini membei tamparan yang besar buat mereka dan menjadi satu titik perubahan dalam sejarah Perang Salib. Salahuddin berjaya menangkap Raynald dan beliau sendiri memancung kepala Raynald akibat kesalahannya. Raja Guy juga berjaya ditangkap tetapi beliau tidak dipancung.

Timur Tengah, c. 1190. Empayar Salahuddin Al-Ayubbi dan wilayah kuasaannya ditunjukkan dalam waarna merah; wilayah yang berjaya ditawan daripada tentera Salib dalam warna merah jambu. Warna hijau muda menandakan wilayah yang masih dikuasai tentera Salib.

Selepas tamatnya Perang Hattin, Salahuddin berjaya merampas kembali hampir keseluruhan kota-kota yang dikuasai tentera Salib. Beliau berjaya menawan semula Baitulmuqaddis (Jerusalem) pada 2 Oktober tahun 1187 selepas hampir 88 tahun kota itu dikuasai tentera Salib (lihat Kepungan Baitulmuqaddis). Kecuali bandar Tyre tidak ditawan Salahuddin. Salahuddin membenarkan tentera dan masyarakat Kristian pergi ke sana. Kota itu sekarang diperintah oleh Conrad dari Montferrat. Dia mengukuhkan pertahanan Tyre dan berjaya menahan dua kepungan yang dilakukan oleh Salahuddin. Pada tahun 1188, Salahuddin membebaskan Guy dari Lusignan dan menghantar beliau kembali kepada isterinya iaitu Sibylla dari Baitulmuqaddis.

Perang Hattin dan kejayaan tentera Muslim menawan semula Baitulmuqaddis mengakibatkan terjadinya Perang Salib Ketiga yang dibiayai di England melalui cukai khas yang dikenali sebagai "Cukai Salahuddin". Tentera Salib ini berjaya menawan semula Acre, dan tentera Salahuddin bertempur dengan tentera Raja Richard I dari England (Richard Si Hati Singa) dalam Perang Arsuf pada 7 September 1191. Kedua-dua belah pemimpin baik Salahuddin mahupun Richard amat menghormati antara satu sama lain. Mereka juga pernah bercadang untuk berdamai dengan mengahwinkan adik perempuan Richard, Joan dari England kepada adik lelaki Salahuddin, Al-Adil, dengan kota Baitulmuqaddis menjadi hantarannya. Rundingan ini gagal ekoran kebimbangan berhubung hal-hal agama di kedua-dua belah pihak.

Kedua-dua pemimpin mencapai persetujuan dalam Perjanjian Ramla pada tahun 1192 yang mana kota Baitulmuqaddis akan terus berada dalam tangan orang Islam tetapi dibuka kepada penganut-penganut Kristian. Perjanjian itu menjadikan negeri-negeri salib hanyalah gugusan kecil di sepanjang pesisir pantai Tyre hingga ke Jaffa.

Salahuddin Al-Ayubbi wafat pada 4 Mac 1193 di Kota Damsyik tidak lama selepas pemergian Raja Richard. Apabila mereka membuka peti simpanan Salahuddin untuk membiayai upacara pengebumiannya, mereka mendapati ia tidak cukup (diriwayatkan Salahuddin hanya meninggalkan sekeping wang emas dan empat wang perak semasa kematiannya. Ada juga riwayat yang menyebut wang itu henyalah wang 5 Dinar) . Salahuddin telah memberikan hampir kesemua hartanya kepada rakyat-rakyatnya yang miskin. Makamnya yang terletak di Masjid Ummaiyyah merupakan tumpuan tarikan pelancong yang terkenal. Makamnya adalah antara makam yang sering dikunjungi umat Islam di seluruh dunia.


Pengiktrafan


Sungguhpun menerima tentangan hebat dari masyarakat Kristian Eropah, Salahuddin mendapat reputasi besar di Europah sebagai seorang kesatria yang berjaya, sehinggakan wujudnya pada abad ke-14 sastera epik mengenai kejayaannya, dan Dante meletakkannya di kalangan roh baik dalam Limbo. Salahuddin muncul sebagai sebuah watak dalam karya tulisan Sir Walter Scott iaitu The Talisman (1825). Walaupun disebalik peristiwa penyembelihan orang-orang Muslim termasuklah wanita dan kanak-kanak semasa tentera Salib menawan Baitulmuqaddis pada tahun 1099, Salahuddin memberi jaminan keselamatan perjalanan dan nyawa kepada semua masyarakat Katolik dan juga kepada tentera Kristian yang kalah (masyarakat Greek Ortodoks dilayan dengan lebih baik kerana mereka menentang tentera Salib). Satu pandangan menarik tentang Salah al-Din dan dunia yang didiaminya dapat dibaca dalam novel Buku Salahuddin Al-Ayubbi (London: Verso, 1998) karya Tariq Ali.

Walaupun berbeza kepercayaan, Salahuddin Al-Ayubbi amat dihormati di kalangan bangsawan-bangsawan Kristian terutamanya Raja Richard. Raja Richard pernah memuji Salahuddin sebagai seorang putera agung dan merupakan pemimpin paling hebat dalam dunia Islam. Salahuddin juga memuji Richard dengan berkata bahawa beliau lebih rela Baitulmuqaddis jatuh ke tangan Richard daripada jatuh ke tangan orang lain. Selepas perjanjian damai ditandatangani, Richard dan Salahuddin bertukar-tukar hadiah di antara satu sama lain sebagai lambang kehormatan. Walau bagaimanapun kedua-dua pemimpin ini tidak pernah bersua muka.


Makam

Salahuddin Al-Ayubbi dikebumikan di sebuah makam yang terletak di taman sebelah luar Masjid Ummaiyyah di Damsyik, Syria. Maharaja Wilhelm II dari Jerman mendermakan batu marmar baru kepada makam tersebut. Jenazah Salahuddin bagaimanapun tidak ditempatkan di situ. Sebaliknya makam itu mempunyai dua kubur iaitu satu kubur kosong diperbuat daripada marmar dan satu kubur mengandungi jenazah Salahuddin yang diperbuat daripada kayu.

Rujukan


  • Baha ad-Din, Sejarah Salahuddin Al-Ayubbi yang Hebat dan Gemilang, ed. D. S. Richards, Ashgate, 2002.
  • Imad ad-Din al-Isfahani, Conquête de la Syrie et de la Palestine par Salâh ed-dîn, ed. Carlo Landberg, Brill, 1888.
  • Stanley Lane-Poole, Salahuddin Al-Ayubbi dan Kejatuhan Kerajaan Salib, Putnam, 1898.
  • H. A. R. Gibb, Riwayat Hidup Salahuddin Al-Ayubbi: Hasil kerja Imad ad-Din dan Baha ad-Din. Clarendon Press, 1973.
  • M. C. Lyons and D. E. P. Jackson, Salahuddin: Politik Perang Suci, Cambridge University Press, 1982.
  • Alan K. Bowman, Mesir selepas Firaun, 1986.

Makam Salahuddin Al-Ayubbi berdekatan dengan Masjid Ummaiyyah, Damsyik, Syria.
Watak Salahuddin dimainkan oleh Ghassan Massoud dalam filem Kingdom of Heaven (2005)

Sultan Muhammad al-Fateh dan Pembukaan Costantinople

Posted by Tengku Ibrahim on 2:22:00 AM

HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE


Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)


Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
Guru al-fatih berserban putih di sebelah kuda
Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican

rantai merentang teluk horn

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

rantai yang digunakan rantai merentangi teluk horn

Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

kapal merentasi gunung-laluan coklat di blakang kanan

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin


Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

DIPETIK DRPD :
http://satuperkongsian.wordpress.com/2007/06/26/sultan-muhammad-al-fateh-dan-pembukaan-costantinople/

Friday, November 27, 2009

NASIHAT PENULIS | RENUNGAN BERSAMA

Posted by Tengku Ibrahim on 7:55:00 AM

salam... buat semua...
maap kerana telah lame tidak online...
sekadar utk memenuhi ruang2 kosong...

sedikit renungan buat semua...
lihatlah.....

aku dan dunia ibarat orang dalam perjalanan menunggang kenderaan...
lalu berteduh di bawah pohon utk beristirehat...
dan setelah itu meninggalkannya...

meniti sebuah perjalanan kehidupan,
tanpa sesiapapun yg dapat memberi manfaat atau mudharat dgn izinNya,
maka tiadalah bermaknaapabila seorang insan mengangkat kedua belah tapak tangannya lalu tidak dimakbulkan doa mereka oleh Tuhannya,
sesungguhya dalam tubuh manusia terdapat gumpalan darah,
apabila gumpalan darah itu baik maka baiklah keseluruhan tubuhnya tetapi jika gumpalan itu buruk maka buruklah keseluruhan tubuhnya,
ketahuilah itu adalah hati...

Peliharalah hati dgn sebaik mungkin...
Tinggalkanlah makanan yg haram...
tinggalkanlah makanan yg shubhah kerana itu adalah lebih baik bagimu...
makanlah makanan yg halal lagi baik jgnlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan kerana syaitan adalah musuh yg nyata bagi kamu...

Friday, October 09, 2009

Biodata Penulis

Posted by Tengku Ibrahim on 12:44:00 AM

Taaruf Diri

Tengku Ibrahim Helmi b Tengku Mohammad,

Merupakan anak kelahiran negeri Terengganu. Dilahirkan di Hospital Besar, Kuala Terengganu pada tahun 1991.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Banai, Kedah pada tahun 1997 sehingga 2000 dan Sekolah Kebangsaan Sungai Suloh, Batu Pahat, Johor pada tahun 2000 sehingga 2003 kerana mengikuti keluarga berpindah ke sana.

Seterusnya menyambung pengajiannya ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Muar, Muar, Johor ( 2004 - 2008 )

Seterusnya melanjutkan pengajian di peringkat diploma di Kolej Darul Quran JAKIM, Selangor dan lulus dengan pangkat jayyid jiddan Diploma Tahfiz wal Qiraat pada tahun 2009 sehingga 2012.

Kemudian, merasakan tidak cukup dengan hanya diploma, melanjutkan lagi pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan Undang-undang di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Namun demikian, jodohnya di kuis tidak lama, tidak sempat menghabiskan pengajiannya di KUIS kerana pada awal tahun 2014 beliau telah diterima masuk sebagai salah seorang pelajar di Universiti Islam Madinah, Arab Saudi.

Beliau merupakan seorang hamba Allah yang masih belajar, mahu berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman yang ada serta masih amatur dalam penulisan. Selain itu, pernah menimba pengalaman sebagai guru di Maahad Tahfiz Kiblah bawah Yayasan Kebajikan Nusantara pada tahun 2012.

Didenda kerana usrah~negara islamkah kita

Posted by Tengku Ibrahim on 12:19:00 AM

Akibat menghadiri usrah, sekumpulan siswi telah didenda oleh pihak pengetua sebuah kolej di UKM . Aktiviti usrah yang dijalankan di surau kolej berkenaan telah dianggap sebagai pencerobohan oleh pihak pentadbiran kolej berkenaan dengan alasan tidak mendapat kebenaran. Alasan lain yang digunakan juga ialah ada beberapa siswi yang datang dari kolej lain yang menceroboh surau kolej berkenaan untuk berusrah.

Adakah menjadi satu kesalahan menggunakan surau kolej untuk berusrah .? Apakah mengundang kerugian dan bencana kepada kolej.?satu solan yang basis yang perlu di campak ke muka dan pengurusan kolej adalah, adakah solat berjemaah juga perlu keizinan Pengetua kolej dulu sebelum dilaksanakan.?? Tindakan hilang akal ini sebenarnya lebih kepada emosi dan sikap buruk sangka yang sangat tinggi yang bermain di benak mereka. Sebelum mendenda tanpa hati perut jawab dulu andaian mudah yang dilontar. Peraturan dan undang undang kolej mana yang dirujuk bila usrah dijalankan seseorang boleh didenda tanpa sedikitpun belas kasihan. Apatah lagi orang yang mendenda itu sendiri seorang muslim yang mungkin pemahaman agamanya jauh lebih rendah dan hina dari siswi siswi yang hadir usrah tersebut.

Kejadian yang berlaku pada hari Jumaat 14 Ogos sewaktu muslimin sedang mengerjakan solat jumaat. Kad matrik mereka telah dirampas oleh felo dan mereka terpaksa mengadap dan merayu bagi kesalahan berusrah mereka dihadapan Pengetua. Seorang siswi dikehendaki membayar denda sebanyak RM 50 bagi sekali usrah. Mereka telah mengahadiri usrah tersebut sebanyak 4 kali. Jadi jumlah denda yang dikenakan adalah sebanyak RM 200 seorang. Difahamkan seramai 7 orang yang menghadiri usrah tersebut. Jumlah keseluruhan denda yang dikenakan adalah sebanyak Rm 1,400. Walaubagaimanapun, oleh kerana siswi siswi tersebut mengaku dan bercakap benar, maka mereka telah diberi diskaun dengan hanya perlu membayar sebanyak RM 400 sahaja iaitu RM 50 seorang.

Peraturan apa ni..?? Sejak bila pula menjadi satu kesalahan jika berusrah disurau..?menceroboh..? Untuk program Family Day yang menghidangkan konsert dan banyak lagi aktiviti yang tidak berkualiti kepada mahasiswa dipelawa hadir untuk sama sama memeriahkan majlis.ada denda ? ada saman..? TIDAK ADA..!!! Apa sebenarnya yang berada dibenak dan hati pengurusan kolej sebenarnya.? Usrah relate dengan pembangkang..? Atau lebih advance lagi terrorist.? Siapa sebenarnya yang bertindak seperti pelampau..? Pengurusan kolej ataupun siswi yang hadir usrah.? Perkara ini akan cuba diselesaikan secepat mungkin agar tiada pihak lagi selepas ini yang teraniaya dek kedangkalan akal sesetangah pihak seperti ini.






Salam Ramadhan Kareem & Stop Racism

Regards,
Mohd Fikah Bin Sanusi
Wakil Umum Majlis Perwakilan Pelajar UKM 08/09
Fakulti Undang undang/ Tahun 4

Dipetik drp: http://mohdfikahsanusi.blogspot.com/2009/09/didenda-rm-1400-kerana-berusrah.html

Thursday, September 24, 2009

KEMBARA SEIRSYAD...

Posted by Tengku Ibrahim on 6:30:00 AM


(penulisan ini hanya utk isi mase lapang)
~saatnya bermula!!!~

~pengembaraan kami adik-beradik irsyad...~


~kami sume dikehendaki menghabiskan bacaan 30 juz~

~bacaan tersebut kami sempurnakan d masjid as-syakirin~

alhamdulillah


~kembara ini merialisasikan sebuah harapan~

~mengeratkan sebuah ikatan~

~itulah ukhuwah...~

~terima kasih....~

sume...

Thursday, September 17, 2009

Salam Aidul Fitri Maaf Zahir Dan Batin...

Posted by Tengku Ibrahim on 10:46:00 AM

Assalamualaikum.... Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut aidul fitri buat semua yang mengenali diri ini khususnya kepada semua guru,ustaz dan warga SMKA Maahad Muar....Terima kasih juga buat rakan-rakan seperjuangan daripada Maahad Muar,PLKN Merang Suria Holiday Camp,Wilderness Advanture Camp Langkawi,Darul Quran JAKIM , Herba Penawar Al-wahida(HPA)dan lain-lain yang tidak pernah putus asa dalam memberi semangat dan dorongan yang membina kepada diri saya.Seterusnya saya ingin menadah tangan memohon keampunan dan kemaafan sekiranya sepanjang perkenalan kita semua ana ade membuat kesilapan atau mengguris hati antum semua.Apakan daya ana hanyalah seorang hamba yang lemah yang tidak pernah lari daripada membuat kesilapan.
Selain itu,ana juga ingin tujukan khusus buat naqib ana iaitu abang as'ad dan abang hairudin.Tidak lupa juga kepada semua perwakilan irsyad dan adik-beradik irsyad sekiranya sepanjang ana menjadi perwakilan ada mengguriskan mana2 pihak.
Sekian daripada insan yang kerdil....
wassalam....

Wednesday, August 19, 2009

Amalan Dalam Bulan Ramadan

Posted by Tengku Ibrahim on 4:46:00 PM



PAGI


1. Solat sunat Subuh dan fardu Subuh, kemudian wirid biasa serta doa sesudahnya


2. Zikir

* La Ilahaillahllah (sebanyak-banyaknya)

* Allahu Akbar - Seratus kali sebelum naik matahari (tiada Tuhan melainkan Allah)

* Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu Rasullullah, pada setiap saat dan nafas sebanyak bilangan luasnya ilmu Allah)

* Tiada Tuhan melainkan Allah yang berkuasa memerintah yang sebenarnya lagi nyata)



3. TASBIH: (100 kali dikurniakan sepuluh ribu kebajika, dihapuskan sepuluh ribu kejahatan, diangkat sepuluh ribu darjat) (Maha suci Allah dan segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah , Allah Maha Besar, tiada suatu daya dan kekuatan melainkan dengan Allah yang maha tinggi lagi maha agung)


4. SELAWAT : Sekurang-kurangnya 10 atau 100 kali


5. SOLAT SUNAT

* Solat sunat Isyraq

* Solat sunat Dhuha

* Solat sunat Tasbih dan

* Membaca al-Quran

* Membaca doa taubat `Akasyah (memohon keampunan taubat dosa-dosa besar)





TENGAH HARI
Solat sunat Zuhur - Fardhu Zuhur - Sunat Zuhur serta doa

ISTIGHFAR:
(a) 70 kali/100 kali) (Aku memohon keampunan Allah dan aku bertaubat kepadNya)
(b) (70/100 kali: Pohon keampunan ibu bapa) (yang bermaksud: Tuhanku,ampunilah bagiku bagi dua ibubapaku dan rahmatilah keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku ketika kecil.
(c) (25 kali:wasiat Nabi kepada Saiyidina Ali supaya dikasihi Allah (Aku memohon keampunan kepada Allah yang maha agung bagiku dan bagi dua ibu bapaku dan bagi sekalian muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat (lelaki dan perempuan) hidup dan mati)

PETANG
1. Solat Sunat Asar - Fardhu Asar - wirid/doa
2. Zikir (sebanyak yang boleh) Tiada Tuhan melainkan Allah
3.Tasbih yang bermasksud:
(a) Maha Suci Allah yang maha Tinggi
(b) (100 kali) dikasihi Tuhan dan berat timbangannya di akhirat. (Maha suci Allah yang maha agung)
4. Bertakbir (100 kali) amanah Nabi kepada Sayidina Ali sesudah senbahyang asar sebelum tenggelam matahari - setiap hari
5.Selawat: (10/100 kali)

MAGHRIB:


* berbuka puasa - solat Maghrib dan sunat Maghrib

* solat sunat Awwabin

* membaca (50 atau 100 kali) menjadi pengadang dunia dan akhirat. (tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah yang maha agung)



ISYAK:


* Solat sunat Isyak, fardu Isyak, sunat Isyak

* Solat sunat Terawih, sunat witir

* membaca al-Quran



TENGAH MALAM
Jam 12 malam atau 3.00 pagi hingga fajar Subuh


* Solat sunat wuduk

* Solat sunat Tahajud (dua atau empat atau enam atau lapan atau 12 rakaat) dan berdoa

* Solat sunat Hajat (memohon sesuatu hajat dan berdoa)

* Berzikir (di dalam hati nurani/ingatan sebanyak-banyaknya).

* Tasbih Istighfar (100 kali/70 kali). (Maha Suci Allah dan dengan segela kepujianNya maka suci Allah yang Maha Agung, aki mohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agung dan aku bertaubat kepadaNya).

* Membaca tasbih dan zikir majmuk (sebanyak 100 kali). (Maha suci Allah dan segala kepujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Agung, tiada
suatu daya dan kekuatan melainkan dengan Allah). Setelah masuk waktu Subuh dan setelah azan Subuh, solat sunat Subuh/fajar dua rakaat, sebelum solat Subuh (antara azan dan solat fardu Subuh). Bacalah istighfar tabih 100 kali dan kemudian berdoa, kerana ini termasuk waktu mustajab doa - antara azan Subuh dengan solat Subuh, iaitu bermaksud: bertasbih dan mohon keampunan (jika sempat waktunya). (Maha suci Allah dengan segala kepujiannya, maha suci Allah yang maha agung aku memohon keampunan kepada Allah yang maha Agung dan aku bertaubah kepada-Nya)



BERSEDEKAH:
Bersedekah setiap hari pada bulan Ramadan tinggi pahalanya kerana kelebihan dan kemuliaan bulan Ramadan.

Bersedekah pada bulan Ramadan menutup kesalahan puasa, diampunkan dosa , berlipat ganda pahalanya.

Dicurahkan rahmat Allah, dijauhkan dari azab neraka, didekatkan ke syurga, terjauh dari bala.

Wednesday, July 08, 2009

Solat Merawat Otak

Posted by Tengku Ibrahim on 11:18:00 PM



Kita mungkin pernah terdengar cerita tentang pakar saraf otak yg menyatakan bahawa ketika sujud beberapa urat saraf akan diperbaiki, saya ingin membetulkan sedikit fakta tersebut. Sebenarnya bukan beberapa urat saraf sahaja tetapi seluruh bahagian depan otak iaitu prefrontal cortex (PFC), bahagian ini merupakan "decision maker" bg manusia utk merancang, berfikir dgn waras, rational, kreativiti, future planning, critical thinking dan byk lagi sifat yg membezakan manusia dan haiwan.

Manusia makin lari dr sifat kemanusiaan kerana PFCnya makin lama makin lemah, seperti otot yg lama tidak digunakan. Manusia yg selalu didlm stress atau apa2 sahaja sifat2 negatif termasuklah cemburu, hasad, pemarah dan macam2 lagi sebenarnya lebih byk menggunakan "reflect brain" (bahagian belakang yg primitif) dr the "thinking brain". Ini desebabkan oleh hormon andrenalin yg dikeluarkan ketika stress/takut. Hormon andrenalin juga menyebabkan darah kebahagian depan (thinking brain) berkurangan kerana fisiolagi manusia ketika stress/takut, harus lebih bersedia untuk bertindak pantas tanpa perlu berfikir panjang samada untuk lari atau lawan (seperti haiwan).

Jadi bila selalu sgt stress dan PFC menjadi lemah, kebanyakan manusia yg menyatakan mereka berfikir sebenarnya adalah diragukan, mereka sebenarnya lebih menggunakan memori atau pun reflect brain menyebabkan hidup dalam keadaan yg sama, mengulang kesalahan yg sama atau pun membuat tindakan yg penuh kesalan dikemudian hari.

Apa yg didedahkan oleh saintis UM seperti yg lapurkan diakhbar2 baru ini , terutamanya bab membawa ketenangan adalah kerana bila manusia lebih tenang, tiada hormon andrenalin yg sebelum ini mengecilkan salur darah ke PFC menyebabkan perjalanan darah ke PFC lebih lancar dan juga perbuatan sujud itu sendiri seolah2 memaksa darah kembali ke PFC dan secara langsung merawatnya. Tindakan fokus/khusyuk dlm sembahyang juga terbukti merawat PFC seperti dibuktikan oleh pakar meditasi barat yg menbuat kajian peranan meditasi dan PFC.

Sebab itu sembahyang yg diterima adalah sembahyang yg khusuk, bukan sembahyang yg fikiran melayang kearah duniawi, dan dalam keadaan sujud ini jugalah ketika PFC rapat kebumi manusia amat hampir kepada Allah

Surah Al Alaq 96:19 Day, heed him not: But bow down in adoration, and bring thyself the closer to Allah.!

Yg menarik mengenai otak lagi, bahagian yg menipu terletak diatas sedikit dr PFC iaitu ubun2/forelock seperti yg tertulis juga didlm surah Al-Alaq 96 :

15 Let him beware! If he desist not, We will drag him by the forelock,-
16 A lying, sinful forelock!

Bahagian otak di ubun2 ini digelar "cingulate guru" yg mana jika "overactive" akan menyebabkan manusia selalu mudah berfikir benda2 yg negatif yg juga menyebabkan manusia cenderung menipu. Ini boleh diperbaiki dgn menenangkan fikiran seperti bila kita sembahyang dgn tenang dan penuh kesyukuran, bukan sembahyang dgn terpaksa atau tidak ikhlas bukan kerana Allah.

Baca posting saya Mengapa Perlu Solat disini...

Definasi lain untuk insanity/kegilaan adalah: Doing or thinking the same thing but expecting different result / Bertindak atau berfikir benda yg sama tetapi harapkan perkara lain.

Jika PFC kita lemah, berfikir tetapi sebenarnya lebih kepada memori, tidak hairan lah jika kita mendapat benda yg sama setiap hari.. jadi untuk mendapat sesuatu yg lain didlm hidup ini, rajin2 lah sembahyang dgn ikhlas dan khusyuk supaya bahagian otak yg berfikir hidup kembali, memboleh kan kita menjadi lebih melihat masa depan dan dgn kreativiti membenihkan idea2 yg cemerlang untuk membangunkan diri sendiri dan juga membantu umat Islam khususnya dan umat manusia yg lain amnya.

diambil drpd: [http://syurgadidunia.blogspot.com]

Benefits Of Vitamin C

Posted by Tengku Ibrahim on 7:28:00 AM



VITAMIN C is an essential nutrient and one of the most known vitamins around. Many of us take Vitamin C supplements or drink juices rich in Vitamin C. But do you really know the significance of Vitamin C?

Vitamin C or L-ascorbic acid is for a range of essential metabolic reactions in all animals and plants. It can repair and prevent damage to cells, heal wounds, boost immune system, and make your teeth and gums healthier.

Studies have shown Vitamin C is known for its positive effects on immunity, prevention and treatment of colds and flu. The Vitamin reaches all areas in the body on a cellular level, and serves as a primary ingredient or collagen to our connective tissue. Futhemore, it aids our body to absorb iron and natural antioxidant.

Vitamin C can help slow down the aging process by scavenging free radicals, preventing a build up of cell damaging toxins that accelerate aging. Other studies have also revealed it protects artery linings by making them more resistant to plaque formation. What this basically means is that vitamin C offers protection against heart disease, which is one of the beneficial reasons for consuming plenty of vitamin C. When you lack or don't ingest the required quantity of vitamin C, it could lead to serious diseases including scurvy,which happens when you don't ingest the required quantity of vitamin C. Scurvy manifests in the form of swollen gums, cheeks, feet, toes, fingers, and hands. Eventually bleeding occurs from wounds, loss of teeth, and opening of wounds.

You can get vitamin C naturally in fresh fruits and vegetables like, citrus juices, oranges, strawberries, broccoli, spinach, cabbages, cauliflowers, carrots, and more. You can also get it in supplement form if your daily diet lacks fresh vegetables and fruits. The amount of vitamins your body needs is determined by your age, lifestyle, gender, and weight. It also depends on several other factors and health conditions.

Consult with a nutritionist about your diet and get to know whether your body is getting the adequate proportion of vitamins. If not, you have to start taking vitamin supplements. The recommended dose is 60 to 95 miligrams daily to maintain general health. It is also important to note that the body absorbs Vitamin C through the intestines and moves through the bloodstreams into cells,and excreted through kidneys, it can reach a saturation point. So it is best to take several doses throughout the day and not one big dose at once. Excess consumption of vitamin C may lead to formation of kidney stones, aneamia, and diarrhea. Therefore take your vitamin supplements after consulting the doctor.

Source:The New Straits Times
Diedit drpd posted: Nurul Ayuni
Ditulis oleh:tengku

Wednesday, April 22, 2009

Layan Jangan, Lawan Pun Jangan

Posted by Tengku Ibrahim on 9:26:00 PM

“Ustaz, bagaimanakah caranya untuk saya mengelakkan diri daripada bercinta semasa belajar? Apakah kaedah yang boleh digunakan?”, tanya seorang peserta kepada saya di dalam ceramah Aku Terima Nikahnya, anjuran Nisa’ WP tempoh hari.

“Oleh kerana kita sudah berbicara tentang kuasa cinta, maka saya berpandangan, cinta tidak boleh dilawan dan tidak boleh dilayan. Untuk menjadi mangsa kuasa cinta, tidak perlu melayan cinta, sebaliknya melawan cinta juga sama kesannya”, saya memberikan jawapan.

Saya bukan Profesor Serba Tahu yang ada jawapan untuk semua soalan. Maka jawapan-jawapan saya lebih kepada perkongsian. Mana yang baik, jadikan teladan. Mana yang buruk, jadikan sempadan.

Soal melayan cinta, memang tidak sukar melihat akibatnya. Sudah banyak kali saya perkatakan sebelum ini berkenaan kesan melayan cinta tanpa kebarangkalian cinta itu mencapai perkahwinan.

Tetapi soalnya kali ini ialah perbuatan melawan cinta.

Peserta tersebut bertanyakan kepada saya, apakah dengan mengelakkan diri daripada mendengar lagu cinta termasuk nasyid cinta, maka dirinya boleh terelak daripada terjebak ke dalam cinta.

Hakikatnya, cinta tidak perlu dilayan atau dilawan. Hanya dengan mengingatinya dengan cara apa sekali pun, seseorang itu sudah pun duduk di bawah pengaruh cinta. Mengingati cinta lalu melayannya, ada akibat yang kita sedia maklum. Mengingati cinta lalu melawannya, juga ada kesan yang tidak baik.

“Macam mana cara orang melawan cinta?”, saya bertanya.

Peserta tersenyum-senyum. Begitu juga dengan penyoal.

“Bercakap kasar dengan lelaki atau bercakap pedas dengan perempuan?”, saya mengemukakan cadangan tentang cara biasa melawan cinta.

MELAWAN CINTA

Biasa benar saya bertemu dengan muslimat yang mahu melawan cinta, bercakap dengan lelaki seperti seorang askar bertitah kepada anak buahnya. Kalau sekali pun al-Quran menganjurkan perempuan supaya jangan melunakkan suara ketika bercakap dengan lelaki ajnabi, tidak pula sekali-kali al-Quran mengajar alternatifnya begitu.

Cakap biasa sudahlah.

Jika sudah biasa bercakap kasar dengan lelaki kerana kononnya sedang memerangi cinta, lama-lama sudah bercinta dengan suami pun masih terbiasa bercakap kasar. Itu penangan melawan cinta.

Sama juga dengan yang lelaki.

Kalau melawan cinta itu caranya ialah dengan me’laser’ perempuan, bercakap yang pedas-pedas hingga teresak-esak setiap perempuan yang berurusan dengannya, hati-hati! Jangan pula selepas berkahwin nanti pun, bermulut pedas kerana pengalaman bujang menentang cinta, lebih lama dari pengalaman kahwin menyuburkan cinta.

MENGELAK CINTA

Habis, apa caranya untuk mengelakkan diri dari bercinta?

Oleh kerana lawan pun kena, layan pun sama… maka cara terbaik mengelakkan diri dari cinta di luar masa, ialah dengan MELUPAKANNYA.

Cara untuk melupakan cinta bukanlah dengan memikirkan cara melupakannya. Itu bukan lupa, tapi mengingati cinta secara melupakannya!

Sesungguhnya kaedah terbaik untuk melupakan cinta, ialah dengan menyibukkan diri dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya.

Sibukkan diri dengan pelajaran dan pengajian seoptima mungkin.

Sibukkan diri dengan kerja-kerja persatuan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain kegiatan yang bersifat “memberi”.

Sibukkan diri dengan kerja dakwah, kerana dakwah bukan boleh berhasil terus dengan kesediaan. Ia memerlukan latihan, pendedahan, proses buat betul dan buat salah… dan zaman pelajarlah masa terbaik untuknya.

Apabila tiba masa untuk berumahtangga, barulah masukkan cinta dalam agenda ketika diri sudah pun biasa dengan kesibukan, iaitu realiti sebenar kehidupan yang jauh dari angan-angan.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Tuesday, April 21, 2009

Perjalanan selepas ini...

Posted by Tengku Ibrahim on 5:47:00 AM

Alhamdulillah selepas ini, saya akan melanjutkan pelajaran....

Saya telah ditawarkan program diploma tahfiz al-Quran wal Qiraat sesi 2009/2012 di Darul Quran.Saya sungguh tidak menyangka akan terpilih dalam program ini.Insya-Allah pada 2 Mei ini saya akan ke sana untuk pendaftaran.

Turut bersama saya sahabat2 saya dari Terengganu yang pergi temuduga bersama yang lulus temuduga.Sungguh tidak disangka semuanya lulus.he he2

Doakanlah kejayaan kemi semua di sana...

Tuesday, April 07, 2009

Perpisahan...

Posted by Tengku Ibrahim on 8:25:00 AM

Assalamualaikum... Anda mungkin menyangka bahawa kek ini mungkin untuk majlis hari lahir,tapi sebenarnya kek ini adalah merupakan simbol perpisahan saya dengan keluarga angkat saya di Senggarang , Johor. Saya sendiri pun sebenarnya tidak menyangka bahawa mereka akan mengadakan suatu majlis buat saya.Sebenarnya saya mengenali mereka tidak begitu lama tetapi perhubungan kami seolah-olah telah saling mengenali selama 100 tahun,masya-Allah.Segala jasa baik mereka tidak dapat saya lupakan dan balas kerana telah menganggap saya seperti salah seorang dari ahli keluarga mereka.Insya-Alah,jika berkesempatan saya akan pergi juga melawat mereka suatu hari nanti....

Gambar di atas adalah merupakan salah seorang sahabat saya,namanya Anuar@Ateng.Dia juga merupakan salah seorang yang hadir pada majlis tersebut...Gambar ini diambil ketika kami semua sudah makan....saje jer sebab dia posing macam coz kate nak takle awek ganu,he he...



Orang yang memakai baju melayu ini plak adalah merupakan sahabat baik dan saudara angkat saya.Orangnya memang baik dan hensem plak tuu.Itulah sedih beb kena tinggalkan semua kawan2 baik,tapi nak wat cam ne dah suratan takdir.

Johor telah memberi seribu satu kenanangan keatas diri ini.Di sanalah tercatat segala pahit manis kehidupan yang memberi seribu satu pengajaran...

Sebenarnya,banyak lagi yang mahu diluahkan tetapi apakan daya sudah tiada modal lagi.
Sekian wasalam,
Daripada : tEnGkU



Saturday, April 04, 2009

Kenanganku di PLKN

Posted by Tengku Ibrahim on 3:07:00 AM

SEGALANYER BERMULA DI SINI SAAT INDAH BERSAMA TEMAN2 WALAUPUN HANYA SEKETIKA


Bergambar sebelum latihan kawad

Kawan2 PLKN aku... Dari kiri [Bob,Syahmi n Rambo ]

Kenangan aku bersama Hafiz @ kepala giler di kem PLKN

SEBENARNYA BANYAK LAGI YANG MAHU DITUNJUKKAN TETAPI TIDAK BERKESEMPATAN KERANA TERDELETE BEBERAPA GAMBO2 YANG SPECIAL...




Link kepada artikel PLKN [klik]

Wednesday, April 01, 2009

Temuduga Darul Quran [DQ]

Posted by Tengku Ibrahim on 12:44:00 AM

Alhamdulillah,bersyukur kepada Ilahi kerana dengan limpah kurnianyer selesai sudah temuduga saya pada hari ini yang bermula pada jam 8.30 pagi di Kompleks Seri Iman.Pada mulanya saya telah diuji dengan ujian bertulis yg telah dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu bahasa arab n tajwid.Setiap bahagian hanya diberi masa 10 minit sahaja untuk menjawabnya......

Kemudian saya telah diuji mengenai peribadi diri saya sekaligus diberi ayat hafazan..... Ayat hafazan saya ialah muka surat 1 pd juzuk 11... Subhanallah belit jugak lidah nak menghafaznyer iaitu di surah attaubah.

Di sini saya telah menemui rakan2 seperjuangan saya dari pelbagai sekolah2 dari Terengganu seperti Imtiyaz,Durian Guling dan Mahmudiah......

Mudah-mudahan perjuangan kami semua pada hari ini tidak sia2 dan beroleh rahmat dari yang Esa....Insya-Allah~Aminnn

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site