• PIMPINAN 10-11

    Bersama Menerajui Perubahan

  • Bergambar Bersama Penceramah

    Semasa menjadi fasilitator Mukhayyam Syakhsiah Muslim Anjuran Badan Dakwah dan Ibadah SMA al-ittifaQiah Guai,Pahang

  • Wilderness Adventure Camp LANGKAWI

    Saat terakhir bergambar bersama-sama

  • Wilderness Adventure Camp LANGKAWI

    Saat terakhir bergambar bersama-sama

  • Wilderness Adventure Camp LANGKAWI 2007

    Bergambar bersama ahli-ahli kumpulan semasa berkayak di laut...Hidup Gacrux!!!

Friday, November 26, 2010

Syair cinta untuk kekasih

Posted by Tengku Ibrahim on 11:42:00 PM



Sayangku,
kenalilah musim hujan yang basah
dan kemarau yang meranggaskan daun-daun kering
di sepanjang hari dalam dua belas purnama
karena cintaku bersemi di dua musim

kenalilah gelisah angin di antara buluh-buluh bambu
yang meliuk ke kanan dan meliuk ke kiri
yang menggemerisik di antara sunyi
karena ada bisikan tentang gelisahku

ketika senja turun di bukit-bukit tak berpenghuni
ada rona yang dilukiskan pada latar langitnya
merah membara dan kadang-kadang lembayung
kenalilah warnanya yang disapukan dari rinduku

sayangku,
malam-malamku adalah catatan tentang cinta
dinginnya menghangatkan dan memberi aroma rasa
aku jejaki purnama yang tenggelam di antara awan
dan aku ingin terbenam bersama cinta yang kau bawa








Sumber:(http://www.puisi.org/2006/06/02/syair-cinta-untuk-kekasih/)



Saturday, November 20, 2010

Penjelasan Tentang Zikir Munajat

Posted by Tengku Ibrahim on 8:17:00 PM


حسبي ربي جل الله ما في قلبي غير الله

Berkenaan persoalan Zikir Munajat. Penulis perturunkan di sini keputusan daripada Panel Kajian Aqidah Bah. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri (sekarang JAKIM) kali ke-7/1996 yang bermesyuarat pada 24 dan 25 Ogos 1996. Mesyuarat telah memutuskan bahawa zikir berkenaan mengandungi kalimah-kalimah yang bertentangan dengan konsep Islam. Di antaranya mengenai konsep Nur Muhammad. Mesyuarat bersetuju zikir berkenaan tidak diamalkan dan tidak disiarkan di media massa.

Oleh yang demikian mesyuarat bersetuju supaya rangkap zikir berkenaan diubahsuai seperti berikut:-


حسبي ربي جل الله ما في قلبي غير الله
kepada
حسبي الله لا إله إلا هو عليه توكلت وهو رب العرش العظيم
نور محمد صلى الله
kepada
نبي محمد صلى الله
dan dibuang
ليس لها من دون الله كاشفة
Ulasan:



Penulis berpandangan Panel Aqidah berpendapat bahawa terdapat nas yang lebih baik yang ma’thur untuk diamalkan berbanding ucapan yang ada di dalam Zikir Munajat. Oleh kerana itu ‘hasbi rabbi..’ ditukar kepada ‘hasbiyallah…’ kerana ‘hasbiyallah..’ zikir yang dianjurkan oleh al-Qur’an dalam surah al-Taubah ayat 129.

Ucapan ‘Nur Muhammad Sallallah’ juga didapati tidak jelas kerana menisbahkan salawat kepada ‘nur’ bukan kepada nabi. Ia dibimbangi mempunyai unsur-unsur doktrin ‘Nur Muhammad’ yang menyeleweng daripada aqidah Islam. Oleh itu, ditukarkan kepada ‘Nabi Muhammad Sallallah’.

Manakala ucapan ‘laisa laha min dunillahi kasyifah’ juga meragukan kerana tidak diketahui apa yang dimaksudnya dengan ucapan itu. Sedangkan ‘laisa laha min dunillahi kasyifah’ adalah ayat al-Qur’an di dalam surah al-Najm ayat 58. Para mufassirin bersepakat bahawa ayat ini membicarakan soal hari Qiyamat yakni “Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (hari Qiyamah) selain Allah”.

Bagaimanapun, keputusan Panel Aqidah JAKIM ini bukanlah keputusan fatwa yang mengikat mana-mana pihak, tetapi ia adalah nasihat dan penjelasan mereka kepada masyarakat awam berkenaan zikir tersebut. Wallahu a’lam.

Sumber: http://mufakkir-islami.blogspot.com/2010/07/penjelasan-tentang-zikir-munajat.html
Source : (http://www.abuanasmadani.com/?p=684#more-684)

Artikel di atas adlah saya ambil daripada penulisan Abu Anas Madani. Artikel ini adalah salah satu daripada sumber ilmu yang saya rasa wajar untuk kita ambil perhatian.Nasihat daripada saya cakaplah berdasarkan hujjah yang benar karana ianya akan lebih membuat kita rasa selamat bukannya hanya berdasarkan amalan semata-mata disebabkan kita tengok orang ni buat kita pun nak buat.walaupun amalan tersebut dilakukan oleh para ulamak,tetapi saya kira tidak salah sekiranya kita hendak mengkaji dari mana asal amalan tersebut berdasarkan al quran,hadith,ijma' dan qias.Kita bukan mencari salah atau menganggap ulamak tersebut tidak pandai tetapi dalam membentuk keyakinan kita,saya kira kita perlu mengkaji.manusia akan lebih yakin sekiranya bukti dijumpai sendiri oleh mereka sendiri.Meskipun saya tidak menafikan amalan juga penting tatapi adalah lebih elok sekiranya kita tahu adakah amalan kita bertepatan dengan syarak ataupun tidak.Saya tidak menghentam mana-mana pihak tetapi kita cakap berdasarkan ilmu.

Renungilah kata-kata Imam Ghazali :
Ilmu tanpa amal adlah gila,amal tanpa ilmu tidak menjadi(sia-sia)
Carilah sebanyak manapun ilmu...

Bukankah,rasul kita pun menyuruh kita supaya menuntut ilmu???

Maksud Bacaan Di dalam Solat

Posted by Tengku Ibrahim on 7:53:00 PM



1) Allah Maha Besar



2) Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.




3) Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.



3) Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.



4) Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.



5) Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.



6) Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.



7) Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.



8) Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.



9) Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.



10) Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.



"Wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ..namun tak pula aku sanggup ke Neraka-Mu. Kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa. Ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"



p/s : Hayatilah dan ingatlah maknanya kerana ianya akan menambahkan kusyuk di dalam solat anda ...

Source : (http://www.facebook.com/?sk=bd#!/notes/abbas-ismail/maksud-bacaan-di-dalam-solat/163902536965629)


Aurat ; Jangan Ambil Mudah

Posted by Tengku Ibrahim on 7:14:00 PM

Pembahasan tentang masalah aurat wanita Islam tidak pernah sunyi dari diperkatakan. Malangnya, apa yang mendukacitakan adalah sering kali penjelasan tentangnya tidak berlandaskan nas yang sahih sebaliknya hanyalah takwilan yang dilatari hawa nafsu serta kebencian kepada sumber yang qat’ie. Sebahagian kaum Muslimah yang telah dirasuk pemikiran kufur turut mempertikaikan kewajaran pemakaian tudung yang juga dipanggil ‘hijab’ dengan menganggap menutup kepala sebagai menutup akal. Contoh golongan ini adalah seperti Pengurus Program Sisters In Islam (SIS), Norhayati Kaprawi dalam sesi dialog Islam Liberal di Hotel Selesa, Pasir Gudang yang berkata bahawa pakaian taqwa itu lebih baik dari menutup aurat.


Ada juga yang beranggapan menutup aurat adalah penyebab kemunduran umat Islam. Ahmad Reda yang merupakan penyeru agar ditumbangkan sistem pemerintahan Islam di Turki menganggap bahawa selagi lelaki dan wanita Turki tidak bercampur bebas dan membuka hijabnya maka tiada kedaulatan undang-undang dan kebebasan di Turki [Rujuk al-Ittijah al-Wataniah fi al-Adab al-Mu’sir, Jil. 2, ms273). Manakala Taha Husin dari Mesir menyatakan dalam bukunya ‘Mustaqbal al-Thaqafah fi Misr’: “Kita mesti mengikut jejak langkah orang-orang Eropah dan cara mereka. Kita mesti menjadi sekutu mereka dan rakan kongsi dalam ketamadunan, sama ada yang baik atau yang buruk, sama ada yang manis atau yang pahit, sama ada yang disukai atau yang dicaci.” Baginya menutup aurat perlu ditentang kerana ianya berbeza dengan Barat. Dr. ‘Imad ‘Abd Hamid An-Najar dalam Jaridah al-Akhbar pula menyatakan: “Adapun mengenai hijab dan percampuran antara wanita dan lelaki dalam kehidupan harian, ini adalah perkara yang boleh ditentukan oleh sesebuah masyarakat berdasarkan keadaannya. Bagi setiap masyarakat ada pakaian dan cara-cara yang memudahkan individunya. Apa yang disebut di dalam al-Qur’an mengenai hijab adalah khusus untuk isteri-isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Hukum-hakam ini bukanlah semestinya berkaitan dengan seluruh wanita.”

Demikianlah di antara sebahagian penentangan-penentangan terhadap hukum Allah yang ditunjukkan oleh kumpulan atau individu yang sudah teracun oleh pemikiran kufur Barat. Di samping itu, masih terdapat ramai juga wanita Muslim yang masih tidak tahu, tidak faham atau salah faham dengan cara-cara menutup aurat secara syar’ie di dalam kehidupan mereka. Justeru, mereka terjatuh di dalam dosa dan keharaman. Justeru, hukum menutup aurat ke atas Muslimah ini mestilah diperhatikan betul-betul agar kita tidak terjerumus ke dalam kesesatan dan dosa.

Source:(http://mykhilafah.com/fikih-muslimah/1273)

Dalil-dali daripada Al Quran dan hadith :



Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (Surah Al-A’raaf : Ayat 26)

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada

* suami mereka atau
* bapa mereka atau
* bapa mertua mereka atau
* anak-anak mereka, atau
* anak-anak tiri mereka atau
* saudara-saudara mereka atau
* anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau
* anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
* perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau
* orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
* kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan

dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An Nur : Ayat 31)


"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Surah Al-Ahzab : Ayat 59)


“ "Jika salah seorang kamu mengahwinkan hamba lelakinya kepada hamba perempuannya atau kepada pekerjanya, maka janganlah hamba perempuan itu memandang kepada sesuatu dari ‘auratnya (‘aurat tuannya). Maka sesungguhnya apa yang di bawah pusat sehingga lututnya adalah ‘aurat." (Hadis Riwayat al-Baihaqi) ”

“ Aisyah meriwayatkan, bahawa saudaranya iaitu Asma' binti Abu Bakar pernah masuk di rumah Rasulullah S.A.W dengan berpakaian jarang sehingga nampak kulitnya. Kemudian beliau berpaling dan mengatakan: "Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini - sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Hadis Riwayat Abu Daud) ”


Oleh yang demikian, dapat kita simpulkan bahawa penjagaan aurat adalah wajib dan haram bagi kita selaku orang yang menganut agama Islam mendedahkan aurat dengan sengaja.Batas aurat bagi perempuan adalah seluruh tubuh badan melainkan muka dan tapak tangan manakala bagi lelaki adalah diantara pusat sehingga lutut.

Setiap pensyariatkan dalam islam dalam hal aurat pasti ada hikmahnya diantaranya Islam sangat menjaga maruah dan harga diri penganutnya dan banyak lagi.Mungkin saya akan bicarakan tentang hikmahnya pada sesi yang lain.Insya-allah.

Contoh penutupan aurat yang sempurna :


Contoh penutupan aurat yang tidak sempurna :


Oleh yang demikian,jangan kita mudah menjual harga diri kita.jangan mudah terpedaya dan termakan dengan permainan syaitan,kerana syaitan adalah musuh kita yang nyata...
Maka apa lagi,marilah kita muhasabah adakah pemakaian kita benar-benar menepati syarak...???



KATAKAN TIDAK PADA ROKOK

Posted by Tengku Ibrahim on 2:33:00 AM



Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (variasi bergantung kepada negara) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.


Terdapat dua jenis rokok, iaitu rokok yang bertapis dan tidak bertapis. Rokok yang bertapis dibuat daripada bahan busa serabut sintetik yang berfungsi untuk menyaring nikotin.

Rokok biasanya dijual dalam bungkusan berbentuk kotak atau kemasan kertas yang dapat dimasukkan dengan mudah ke dalam kantung. Kebelakangan ini, bungkusan-bungkusan tersebut juga umumnya disertai dengan pesanan kesihatan yang memperingatkan perokok akan bahaya kesihatan akibat merokok, misalnya kanser paru-paru atau serangan jantung.

Manusia terawal di dunia yang merokok adalah suku bangsa India di Amerika. Mereka merokok untuk memuja dewa atau roh. Pada abad 16, ketika bangsa Eropah menemukan benua Amerika, sebahagian dari para penjelajah Eropah terikut untuk menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau ke Eropah. Kemudian kebiasaan merokok mulai muncul di kalangan bangsawan Eropah. Berbeza dengan bangsa India yang merokok untuk keperluan pemujaan, orang Eropah merokok hanya untuk kesenangan semata-mata. Pada abad ke-17 para pedagang Sepanyol membawa masuk rokok ke Turki dan mulai saat itu, ia terus menular ke negara-negara Islam.

SOURCE :(http://ms.wikipedia.org/wiki/Rokok#Penggunaan)

Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di “kamar gas maut” bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.

Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.






Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.

Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling
Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.

Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.

Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.

Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awalKesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
- Lebih mudah lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak


Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok
Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.

Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

Faedah Berhenti Merokok
- Hidup lebih lama
- Dapat menghindari racun
- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
- Meningkatkan deria rasa dan bau
- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.

Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok
- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
- Yakinkan diri
- Buat nota peringatan
- Katakan pada diri anda, “Aku bukan perokok”
- Tumpukan pada hari ini
- Sentiasa berfikiran positif
- Dapatkan sokongan
- Lawan keinginan untuk merokok
- Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai
- Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok


Sumber
- Pusat Racun Negara, USM Official Website
- Kementerian Kesihatan Malaysia Official Website
- Institut Kefahaman Islam Malaysia Official Website – IKIM Dalam Media – Berita Harian
- Sabahan.net
- Persendirian

Source: http://bahayarokok.blogspot.com/




Thursday, November 18, 2010

Petua Mengurangkan Tension

Posted by Tengku Ibrahim on 12:18:00 PM


Campurkan air kelapa muda dengan air perahan limau nipis.Minum dengan sekali nafas sahaja.
Selamat mencuba...



Korang semua nak ape lagi...cukuplah tu dengan satu cara jer..
Kalau nak lagi cari sendiri...hehehe
Jangan Marah...


Bersedekahlah *Kamu Tidak Akan Rugi*

Posted by Tengku Ibrahim on 7:33:00 AM


Firman Allah SWT yang bermaksud:
Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaktian(yang sempurna)sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai.Dan apa saja yang kamu nafkahkan,maka sesungguhnya Allah mengetahui.(Ali Imran :92)

Firman Allah SWT dalam surah Al-Hadiid berkenaan sedekah yang bermaksud:
Dan nafkahkanlah sebahagian daripada hartamu yang Allah telah menjadikan kamu menguasainya.Maka orang-orang yang beriman di antara kamu dan menafkahkan(sebahagian) dari hartanya memperolehi pahala yang besar.(Al-Hadiid:7)

Hadirin yang dihormati sekalian,
bersedekah adalah merupakan amlan mulia yang sangat dituntut dalam agama kita.Islam mengajar umatnya supaya saling bantu membantu sesama kita supaya kita dapat turut membantu saudara kita yang dalam kesusahan.Apabila kita bersedekah kita secara tidak langsung akan dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan yang sememangnya sanagt dituntut dalam Islam.Orang kaya akan menjadi semakin rendah hatinya tunduk dan tidak bongkak denagn kekayaan yang dikurniakan kepadanya,manakala orang miskin pula hilang dalam diri mereka sifat dengki disebabkan tidak begitu berada(kaya) yang mana sifat dengki adalah merupakan salah satu sifat yang buruk dan dicela dalam Islam.

Saya ingin berkongsi dengan antum sekalian sebuah kisah benar yang berlaku kepada sahabat saya,

sahabat saya merupakan seoarang yang sanagt aktif dalam persatuan,dia tidaklah begitu kaya tetapi sifatnya yang suka membantu benar-benar menyebabkan saya sangat suka berkerja dibawahnya.Pada suatu ketika,dia telah diberi amanah untuk mengendalikan sebuah program yang mana bajetnya agak besar.Dipendekkan cerita kami mengalami satu masalah dimana kewangan kami tidak mencukupi.Dia kelihatan tenang dalam menghadapi situasi ini.
Keesokkan hari,dia datang berjumpa saya dan menghulurkan satu jumlah yang agak besar (sebagai seorang pelajar)untuk program itu.Dia cakap itu adalah merupakan duit sponsor tapi saya tahu itu adalah daripada duitnya sendiri walaupun tidak diberitahu kerana mana mungkin nak dapatkan jumlah tersebut hanya dalam masa sehari.Tetapi saya hanya diamkan diri.
Alhamdulillah,program tersebut selamat dilaksanakan.Selang beberapa hari seseorang datang berjumpa saya dan bertanya sesuatu."Kenal tak Amri bin Salleh",tanya orang itu."Kenal,kenapa?",tanya saya ringkas."Tak,hari tu,dia telah menolong saya mendapatkan kembali beg tangan saya yang telah diragut.Jadi saya ingin memberikannya sedikit cenderahati tanda terima kasih",katanya.Saya melihat ianya adalah merupakan sebuah cek yang bernilai RM500.Masya Allah sungguh tak disangka sifat dermawaan serta tadhiyah sahabat saya telah membuatkannya senantiasa mendapat pembalasan yang tidak disangka-sangka.

Hadirin sekalian,
usah difikirkan sama ada ini adalah cerita dongeng ataupun hanya rekaan daripada author,tetapi mesej yang ingin disampaikan adalah jelas.Orang ynag selalu bersedekah tidak akan rugi,sedikitpun daripada hartanya tidak akan berkurang.Malahan kelak Allah akan melipat gandakan lagi nikmatNya.

Firman Allah taala yang bermaksud :
Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya kejalan Allah,adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir,pada tiap-tiap butir seratus biji.Allah melipat gandakan lagi bagi sesiapa yang dikehendaki.Dan Allah Maha Luas(kurniaNya)lagi Maha Mengetahui. (Al Baqarah:261)

Sabda Rasulullah SAW:"Sesungguhnya sedekah itu memadamkan murka Tuhan dan mencegah dari mati yang celaka"(At Tirmidzi,dan menurut hadith ini hasan)

Sedekah juga dapat meningkat ketakwaan kita kepada Allah,sebagaimana kisah para sahabat iaitu Abu Bakar As Siddiq semasa terjadi suatu peperangan beliau telah mendermakan semua hartanya dan apabila ditanya apakah yang tinggal untuknya dia menjawab:Cukuplah Allah dan Rasul buatku.Masya Allah hebat sifat keimanan para sahabat Rasulullah.Bagaimana mereka dapat merasai halawatul iman dalam bersedekah.

Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.Jadi tunggu ape lagi...JOM KITA PAKAT RAMAI-RAMAI BERSEDEKAH DAN MENGHULURKAN BANTUAN...ALLAHUAKBAR

Hakikat Umat Islam Kini

Posted by Tengku Ibrahim on 1:12:00 AM



BOooom...
Aku terkejut daripada buaian mimpi..
Aku dalam kebingungan???
Rupa-rupanya aku berada dalam sebuah bas ekspress dalam perjalanan pulang ke rumah.Dentuman kuat sebentar tadi benar-benar membuatkan diriku terkejut.Aku cuba melihat keluar apa yang berlaku...Tetapi tiada apa-apa yang serius berlaku di luar.Aku melihat bas yang dinaiki oleh aku berhenti di sebuah stesen.Suasana di stesen tersebut tidak seperti biasa.Aku melihat remaja-remaja,pemuda-pemudi berkeliaran tanpa menjaga batas-batas pergaulan langsung.Aku terfikir inikah bakal-bakal harapan peneraju negara.begitu asyik bergurau senda tanpa menjaga batas-batas yang telah di gariskan oleh syarak.Betapa malunya aku ketika itu.Macam manalah umat Islam hendak berjaya dan mendapat petunjuk daripada Allah.Dahlah suruhan Allah pun malas nak buat,sembahyang selalu tinggal, suka mengumpat...yang Allah larang pula yang suka mereka buat.Nauzubillah

Aku berjalan pula menyelusuri sebuah lorong yang mana tepi-tepinya ada kedai-kedai berderetan.Aku memasuki sebuah kedai majalah...maklumlah aku cukup pantang kalau tak beli satu buku sebelum balik..,mungkin tabiat semulajadi...hehehe
Mataku terpaku melihat cover majalah-majalah hiburan...Masya Allah sampai begini sekali bodohnya masyarakat Islam,beyapa jahilnya para wanita islam sehingga sanggup menjual tubuh mereka,sanggup memperdagangkan tubuh cantik mereka utk dijadikan paparan cover majalah..Kita selalu marah kat mereka yang menjual tubuh kat tepi-tepi jalan,jadi GRO tapi ni cam ne pulak..
Adakah dengan ada lesen semua benda yang haram boleh jadi halal...Tolonglah jangan bangkitkan kemurkaan Allah...

Aku meneruskan lagi perjalanan,tiba-tiba perutkan memainkan lagu menandakan timne makan telah tiba...hehehe
Aku singgah sebentar di sebuah warung..,Aku melihat warung tersebut dikendalikan oleh seorang perempuan muda...pehh mukanya memang cantik tapi satu je masalah dia pakaian ketat sangat..hilang terus selera aku nak makan...hmmm tak tahulah pe nak jadi dengan dunia sekarang Umat Islam nampak semakin mundur..bukan disebabkan oleh Islam tetapi penganutnya.

kalau kata Islam itu kuno macam mana pulak dengan zaman dahulu dimana umat islam menguasai dunia ini tak kan lain kot dengan dunia sekarang...Terus terang saya katakan bahawa dunia umat dahulu lebih maju daripada dunia sekarang..

Kita lihat masa zaman Turki uthmaniah,zaman pemerintahan Salahuddin al ayubi,Sultan Muhammad al Fateh dan lain-lain lagi.Mereka hebat bukan kerana ikut barat tetapi dengan keimanan mereka yang tinggi kepada allah dengan mengikut segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya..Oleh sebab itu Allah beri mereka kurnia yang besar sehingga orang barat pun kagum dan bernaung di bawah kerajaan Islam..

Ayuh umat Islam bangkitlah...tinggalkan amalan thagut tu..jangan biarkan Islam terhijab oleh penganutnya..

Sahabat Dr Yusof al Qardawi pernah berkata:Aku bernasib baik kerana kenal islam dahulu daripada penganutnya...

Adakah kalian semua ingin melihat Islam senantiasa dianggap sebagai agama yang mundur...tentu tidak kan..kerana Islam adalah hanya agama yang diiktiraf oleh Allah..

Jadi pe tunggu lagi...Ayuh
Bangunlah daripada tempurung yahudi..
Bangunlah daripada kepompong jahiliah..
Bangunlah dengan segala sifat ketakwaan kepada Allah..
Untuk memastikan supaya Islam sentiasa berada di atas..
Kitalah penetunya...Ayuh..

Wednesday, November 17, 2010

PETUA PERUT TIDAK BUNCIT

Posted by Tengku Ibrahim on 10:45:00 PM


1)Angkat kaki sambil berbaring dengan tangan diletakkan bawah kepala.lakukan senaman ringan iniberulang kali selama 20 minit setiap hari.

2)Bancuh segelas air dengan sedikit kapur.Perapkan air kapur sehingga mendap(kapurnya ke bawah).Ambil air yang jernihdan perahkan sebiji limau nipis.Minum air tersebut,amalkan 2 kali sehari(pagi dan malam)

3)Rebus 10 helai daun salam dalam air sebanyak dua gelas.Apabila sudah mendidih,sejukkan dan minum dua kali sehari.

4)Bancuhkan asam jawa dan garam dengan segelas air panas.Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.


5)campurkan sebati air limau nipis dengan kapur sirih.sapu pada perut kemudian ikat perut(bengkung).Amalkan setiap malam.

6)Tumbuk halus lada hitam kira-kira dua genggam. Campurkan dengan sebiji ragi tapai.Gaul bersama cuka bercampur air asam jawa.Setelah ramuan sebati,sapukan ke perut dan di sekeliling bahagian pinggang.Selepas itu,bengkung dengan ketat.Seeloknya lakukan pada waktu pagi selepas bertungku.

Selamat mencuba...

Friday, November 05, 2010

I LOVE YOU | SAYA SUKA KAMU

Posted by Tengku Ibrahim on 9:18:00 PM


Original / Romaji Lyrics
soshite kizuita toki ni kangaeteru no wa kimi no koto de...
sore ga sugoku hazukashikattari
sugoku iyadattari omoete
sore wa boku ga kimochi wo tsutaeru koto ga kowai kara de 

atama de osaetsukete mo kokoro ga dousuru koto mo dekinakute
autabi ni kimi ni satorarenai youni
itsumo to kawarinai youni hanashiteru tsumori de

yoyuu mo nakute kurushiku natta boku wa
kimi ni uso wo tsuiteshimau... dakedo

mou sukoshi... mou sukoshi...
kimi no kokoro ni chikazuitara
mou sukoshi... mou sukoshi...
ima kono toki ga kienai youni

douka kamisama boku ni yuuki wo kudasai

soshite omoiagunete mo kakkou warui dake no boku de...
kimi ga dou omotteru no ga ki ni natte mo
ippo mo saki he sumanai wakatteru tsumori de

jibun jyanai you na mune no MOYAMOYA ga
itaku natte nigetakunaru... dakedo

mou sukoshi... mou sukoshi...
kimi no soba ni irareta nara
mou sukoshi... mou sukoshi...
yoru yoake nai de kureta nara
sabishii toki mo namida wo nugutte ageru kara

yozora ni ukabu kakete mo hikaru tsuki ga
tsuyoku mo narenai jishin mo nai
boku wo mite hohoenda hora ne...

mou sukoshi... mou sukoshi...



kimi no soba ni irareta nara
mou sukoshi... mou sukoshi...
yoru yoake nai de kureta nara

mou sukoshi... mou sukoshi...
kimi no kokoro ni chikazuitara
mou sukoshi... mou sukoshi...
ima kono toki ga kienai you ni

douka kamisama boku ni yuuki wo kudasai
 

English Translation
When I noticed I was thinking about you...
I felt very embarassed
And I really hate that feeling
That's because I'm afraid to convey my feelings
Even though I suppress it in my head I can't do anything about my heart
I don't let you notice it when we meet
So it can be normal how I plan to talk to you
To act so composed has started to hurt
Lying to you I will put away... but
A little more... A little more...
If I can get closer to your heart
A little more... A little more...
So that this moment won't end
Please God, give me courage
When I'm alone with my bad crazy thoughts
I worry about what you think of me
I'm sorry I stepped forward to try to let you know
I'm not myself, I don't like the fog around my heart
Depending on someone else makes me run away... but
A little more... A little more...
If I can get beside you
A little more... A little more...
Night does not continue once dawn comes
So wipe away your tears when you're feeling lonely
The glowing moon floats out into the heavens
I'm not stronger or more confident
See me smiling, look, OK?
A little more... A little more...
If I can get beside you
A little more... A little more...
Night does not continue once dawn comes
A little more... A little more...
If I can get closer to your heart
A little more... A little more...
So that this moment won't end
Please God, give me courage
_______________________________________________________________________
Salam ukhuwwah kepada semua pengunjung setia blog ini.Pada kali ini saya cuba membawa satu lirik lagu anime jepun beserta 'translation' in english dalam meulakan bicara saya pada kali ini berkenaan "CINTA".Lirik ini mungkain pada anda semua tidak memberikan apa-apa makna tetapi bagi saya lirik ini cukup memberi kesan dalam jiwa sanubari saya sebagai fitrah seorang insan.Jika kita lihat secara kasar mungkin para pembaca sekalian akan mengatakan tidak sepatutnya kita sebagai seorang yang beragama Islam membincangkan isu ini.Tapi benarkah???

Sebelum saya memulakan bicara juga ,sedikit sebanyak saya akan menghuraikan sedikit berkenaan lirik ini secara kasar.Lirik ini bertajuk "mou sukoshi...mou sukoshi..."lirik ini telah ditulis untuk sebuah cerita anime "midori no hibi".Anime ini adalah sebanyak 13 episod.Midori no hibi mengisahkan tentang seorang remaja lelaki yang mana hidupnya penuh dengan onak dan duri sebagai seorang gangster remaja tetapi berhati baik.Pada masa yang sama mempunyai seorang 'secret admire' yang dalam diam-diam telah jatuh hati kepada dia sehinggakan telah berlaku beberapa perkara yang ganjil(paranormal).Ok,itu adalah ringkasan cerita nya ,mari kita lihat perkaitannya dengan hidup kita pula yang ingin sangat-sangat saya kongsikan.

Hadirin sekalian,
Allah telah menciptakan kita dengan sebaik-baik penciptaan.Bermulalah dengan penciptaan nabi Adam sebagai manusia yang pertama sehinggalah kepada zaman kita sekarang ini.Allah telah lengkapkan diri kita ini dengan akal, nafsu dan fitrah sebagai seorang Islam ataupun manusia.Nabi Adam a.s apabila baginda siap diciptakan,baginda tinggal dengan aman dan bahagia di dalam syurga.Tapi lama kelamaan hadir di dalam hati baginda perasaan sunyi kerana mahukan seorang teman. Maka Allah pun menjadikan hawa sebagai teman hidup bagi nabi Adam.Di sini kita telah dapat lihat bahawa memang fitrah semulajadi manusia itu mahupun seorang teman sebagai penghibur,peneman dalam suka dan duka sebuah kehidupan.Allah telah menjadikan setiap makhluknya berpasang pasangan,hitam dengan putih,jantan dengan betina,lelaki dengan perempuan dan sebagainya.Oleh itu,bergembiralah jika anda jatuh cinta dengan seorang perempuan jika anda seorang lelaki kerana anda adlah seorang yang normal...Begitulah juga sebaliknya kepada seorang perempuan juga,bagaimana Zulaikha telah jatuh cinta dengan Nabi Yusof,bagaimana Khadijah telah jatuh cinta dengan nabi Muhammad SAW.Peristiwa-peristiwa ini menunjukan bahawa memang cinta wujud dalam fitrah seorang manusia.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud, bukan dari kalangan umatku yang tidak berkahwin.

Saya membicarakan soal cinta bukan kerana hendak menghalalkan couple kerana celakalah sesiapa yang menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah tetapi di sini saya hendak menegaskan bahawa perasaan cinta tidak boleh dihalang tetapi hendak ditangani dengan bijak.Soal hati juga tidak boleh dibiarkan hanyut begitu saja seperti layang-layang yang putus talinya yang berterbangan dibawa angin,maka si pencinta akan hanyut dibawa angan-angan cinta. Justeru berlakulah masalah sosial yang serius dalam kalangan masyarakat sekarang.
Soal jodoh adalah ditangan Allah tetapi kita telah diberi panduan oleh Allah melalui rasulNya bagimana cara hendak mengawal dan bercinta.Ingatlah perempuan yang baik hanya untuk laki-laki yang baik.

Rasulullah pernah bersabda: Tiada apa yang lebih elok untuk dua orang yang dilamun cinta melainkan dengan berkahwin.

Akhirnya,nasihat daripada saya buat semua sahabat-sahabat di luar sana,ingatlah Islam tadak pernah melarang dan menyekat fitrah cinta dalam diri manusia tetapi Islam telah memberi panduan kepada kita bagaimana kita hendak menujukan cinta itu secara sepatutnya.Dengn menyekat perasaan cinta akan merosakkan lagi fitrah kita sebagai seorang insan.

Hiasilah cinta kita dengan cahaya ketaqwaan,salurkanlah cinta kita pada jalan kebahagian yang menjamin kita di hari akan datang kelak buat diri kita dan si dia...

Renungilah kata2 ini :" alangkah susahnya mendidik hati sedangkan ia adalah pandangan Tuhan..menjadi wadah rebutan malaikat dan syaitan..Alangkah susahnya mendidik haTI BILA DIPUJI sombong menghiasi diri bila dipuji pencaci dibenci sehingga berdendam sampai mati..Didiklah hati menuju jalan kebenaran demi mencari redha Ilahi...wahai teman :D"


Friday, October 29, 2010

Panadol Jiwa Seorang Pejuang

Posted by Tengku Ibrahim on 10:44:00 PM


Salam buat semua yang masih setia membaca coretan-coretan yang dirakamkan di laman ini.Salam juga buat sume yang masih setia memperjuangkan hak-hak Islam,yang masih meneruskan dakwah Rasulullah dalam era kontemporari ini.Sudah pasti banyak cabaran dan halangan yang harus ditempuhi oleh setiap daie-daie yang mahu Islam sentiasa berada di atas.Seperti yang kita telah ketahui,mulianya kita kerana Islam dan sesungguhnya Islam tidak pernah memerlukan umat seperti kita tetapi sebenarnya kitalah yang sebenarnya memerlukan Islam.Firman Allah taala dalam surah Ali Imran yang bermaksud "Sesungguhnya agama disisiKU(Allah) adalah Islam".Setiap orang Islam pasti mengetahui perkara ini tapi persoalannya mengapa setiap tingkah laku kita tidak pernah mencirikan sifat Islam itu sendiri.Islam itu adalah ADDEEN,merangkumi setiap perkara dalam hidup kita,bermula daripada kita bangun tidur sehinggalah kepada kita tidur kembali.

Firman Allah juga dalam Al Quran yang bermaksud ,"masuklah kamu semua kedalam Islam secara keseluruhan".Dalam al Quran sendiri Allah telah menyatakan serta mengingatkan kpd hamba-hambaNYA untuk masuk kedalam Islam secara menyeluruh,tetapi manusia kini yang kononnya beriman dengan kitab Allah dan sunnah nabiNYA memilih2 dalam soal ape yang telah digariskan oleh Islam itu sendiri.Mereka hanya memilih apa yang sehaluan dan sejalan dengan mereka sahaja yang berlawanan dan bercanggah dengan pendapat mereka ditnggalkan malahan dibuang begitu sahaja.Inilah sikap kebanyakkan pemimpin di kebanyakkan negara Islam,mereka mempergunakan ulamak atau golongan yang beragama untuk menyokong kepentingan peribadi mereka sendiri,sepatutnya mereka menjadikan ulamak sebagai panduan mereka dalam mentadbir negara berlandaskan jalan yang telah digariskan oleh Islam itu sendir tapi perkara sebaliknya pula yang berlaku.Hal inilah yang sepatutnya kita selaku Umat Islam yang pada zaman yang penuh fitnah ini bangkit dalam mempertahankan hak dan menolak kebatilan.

Duhai para pembaca yang budiman sekalian,
kita sepatutnya merenung kembali sirah-sirah perjuangan Rasulullah,para sahabat serta pemimpin Islam dahulu,bagaimana sifat kepimpinnan mereka terserlah disebalik pancaran-pancaran ketaqwaan mereka kepada Allah.Sultan Muhammad Al fateh seorang sultan yang sangat tawaduk.Beliau tidak pernah meninggalkan solat sunat rawatib serat qiamullail sejak baligh.Hasil ketakwaan beliau Allah balas dengan peristiwa pembukaan kota konstantinople pada tangan beliau sehinggakan zaman itu digelar sebaik-sebaik zaman bertepatan dengan sabda Rasulullah yang bermaksud,"kota konstantinople akan dibuka oleh sebaik-baik pemimpin,tenteranya sebaik-baik tentera dan rakyatnya sebaik-baik rakyat".Kita lihat pula ketokohan salahuddin al Ayubi bagaimana sejarah menyebutkan bahawa beliau seperti rahib pada malam hari,merintis tunduk sayu kepada YANG MAHA PENCIPTA tetapi pada siangnya beliau laksana perwira bak singa yang garang berlawan dalam memastikan ISLAM sentiasa berada diatas.Sahabat nabi Muhammad SAW,Umar alkhattab adalah pemisah antara hak dan batil,seorang yang berani,sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa jalan yang dilalui oleh Umar tidak akan dilalui oleh syaitan laknatullah kerana takutnya mereka pada Umar disebabkan keimannya.

Hadirin yang dihormati sekalian,
sejarah telah membuktikan bahawa Umat Islam adalah umat yang terbaik kerana mereka membawa risalah para nabi terdahulu.Mundurnya umat islam bukan disebabkan agama Islam telah lapuk tapi adalah disebabkan sikap umat Islam itu sendiri yang terpengaruh dengan agenda-agenda barat serta yahudi.Kita merasakan bahawa dengan mengikuti baratlah hanya satu2 jalan kita boleh maju tapi perkara sebaliknya telah berlaku,Umat Islam makin mundur ke belakang.Kita ibarat lembu yang dicucuk hidung mengikut sahaja apa yang disuruh dan digariskan oleh tangan-tangan manusia yang kotor ini yang tidak boleh melihat kejayaan Islam sehinggakan mata kita telah tertutup untuk melihat kehebatan agama Islam itu sendiri.

Seorang paderi pernah berkata:Islam adalah agama yang hidup tetapi penganutnya mati manakala kristian adalah agama yang mati tetapi penganutnya adalah hidup.

Sebagai seorang yang ISLAM sepatutnya kita berasa malu dengan diri sendiri serta agama lain kerana kita tahu hanya AGAMA ISLAM SAHAJA yang diredai oleh ALLAH tetapi kita yang seolah-olah melarikan diri daripada ISlam itu sendiri.

Akhir kalam,sedikit sebanyak perkongsian yang sempat saya nukilkan disini dapat memberi kesedaran kepada kita supaya lebih sensitif terhadap Islam pada zaman kontemporari ini,jangan jadi seperti katak di bawah tempurung yang tidak pernah ambil tahu hal yang berlaku di luar sana.Mudah-mudahan akan lahir dalam kalangan umat kita pada hari ini jiwa seorang murabbi seperti baginda Rasulullah SAW,semoga akan ada yang menjadi seperti Salahuddin al Ayubi,semoga akan lahir jiwa seorang pejuang seperti Sultan Muhammad Al Fateh....

Sultan Muhammad Al Fateh pernah berkata kepada anaknya sebelum beliau wafat,:"jangan sekali-kali engkau menghalau ulamak keluar daripada pintu istanamu"

Wallahualam....

Friday, August 20, 2010

LAMBAIAN PENYERI HATI

Posted by Tengku Ibrahim on 11:41:00 PM


JIKA ENGKAU KESUNYIAN

CUKUPLAH ALLAH SEBAGAI PENGHIBUR HATIMU

JIKA ENGKAU KESEPIAN

TATKALA SEMUA SAHABATMU PERGI

INGATLAH ALLAH ADA SEBAGAI PENEMAN BUAT DIRIMU

ANDAI HATIMU GUSAR MEMIKIRKAN NASIBMU

INGATLAH ALLAH ADA BERSAMAMU

TANPA SEDIKIT PUN TERLEPAS DARIPADA MELIHATMU

JIKA ENGKAU DALAM KESUSAHAN

CUKUPLAH ALLAH SEBAGAI SEBAIK-BAIK PENOLONGMU

CUKUPLAH ALLAH SEBAGAI PENOLONGMU

CUKUPLAH ALLAH SEBAGAI PENOLONGMU

TIDAKKAH ENGKAU RINDU UNTUK BERTEMU DENGANNYA

YA ALLAH, YA ALLAH
SESUNGGUHNYA AKU RINDU KEPADAMU
JANGANLAH ENGKAU TINGGALKAN HAMBAMU INI
HAMBAMU INI TIDAK BERDAYA TANPA PETUNJUK DARIPADAMU...

TERIMALAH RINDU HAMBAMU INI...

Andai Engkau Mengerti

Posted by Tengku Ibrahim on 9:51:00 PM


Terlebih dahulu ana hendak mohon maaf daripa para pembaca budiman sekalian kerana telah lama tidak menghiasi ruangan ini.Ana rasa masih belum terlambat untuk ana mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca sekalian.


Pada kali ini saya ingin mengajak anda semua untuk sama-sama kita berfikir tentang keadan dunia sekarang yang mana terlalu ramai golongan intelektual. Hal ini menunjukan sesuatu perkara yang baik kerana dengan munculnya pelbagai golongan intelektual dari seluruh dunia maka akan semakin bercambahlah ilmu.


Namun begitu,kehadiran golongan intelektual ini kadang-kadang memberikan impak yang besar kepada masyarakat kerana kelainan cetusan idea mereka.Bagi saya perkara ini tidak ada masalahnya jika masyarakat lebih open minded dan tidak berfikiran jumud.


Sebagai contoh,perbezaan khilafiah. Masyarakat tempatan tidak boleh menerima perkara yang lain daripada apa yang mereka lakukan.Padahal perkara khilafiah adalah sesuatu perkara yang kecil yang tidak perlu diperdebatkan. Hal ini juga kadang-kadang berlaku adalah disebabkan oleh sikap sesetengah ulamak yang tidak amanah dalam menyampaikan ilmu, mereka menyampaikan sesuatu ilmu itu tanpa menerangkan secara jelas berdasarkan nas-nas alquran dan hadith.Malah ada yang lebih teruk lagi yang terus menyelewengkan fakta sejarah, semata-mata hendak menyokong hujjah mereka.perkara ini sepatutnya tidak berlaku kepada golongan ulamak yang dikatakan pewaris para anbiyak.Sebagai contoh,fakta mengenai ibnu taimiah, muhamad abdul wahab,khalifah harun arrasyid dan lain-lain lagi.Saya tidak mahu menerangkan tentang mereka dengan lebih terperinci kerana penghuraiannya terlalu panjang.


Oleh itu,nasihat saya banyakkan membaca pelbagai buku.Saya mengatakan ini adalah berdasarkan penelitian saya.Jangan kita menerima bulat-bulat apa yang di katakan oleh orang lain tetapi kita sendiri mengkajinya adakah fakta yang disampaikan tepat atau salah.Kita tidak mahu menabur fitnah keatas ulamak islam,pemimpin islam yang telah banyak berjasa dalam menyebarkan islam.Saya hanya boleh katakan "Andai Engkau Mengerti" tentu engkau terus membaca demi kebenaran dan setiap yang engkau ucapkan adalah berdasarkan alquran,assunnah,fakta dan angka sejarah yang tepat...


Marilah sama-sama kita fikirkan....

Monday, March 29, 2010

PROGRAM PEMBANGUNAN HAMALATUL QURAN

Posted by Tengku Ibrahim on 6:36:00 PM


Pada 26-28 Mac 2010 seramai 14 orang gabungan mahasiswa daripada Darul Quran JAKIM dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) telah mengadakan sebuah Program Pembangunan Hamalatul Quran di Sekolah Menengah Tahfiz Al Quran,Kg Chenderah,Melaka.Program ini adalah yang pertama kali diadakan di sekolah berkenaan atas iniasitif yang diambil daripada pihak sekolah dan bekas pelajar sekolah berkenaan . Program ini menggunakan pendekatan secara shadid (keras) dengan 5 modul serta 1 modul tambahan.Modul-modulnya adalah pemantapan komunikasi, smart hafazan dan iadah,pembinaan kepimpinan,huffaz dan kerjaya dan muhasabah. Slot tambahan tersebut adalah merupakan cetusan idea daripada programmer sendiri iaitu halangan-halangan seorang huffaz.

OBJEKTIF

Program Pembangunan Hamalatul Quran 2010 dirangka berteraskan objektif berikut :

1.Melatih para huffaz di sekolah ini mempertingkatkan kemahiran komunikasi.

2.Berkongsi dengan para huffaz di sekolah ini beberapa teknik dan kaedah di dalam memantapkan hafazan dan ia’dah Al-Quran.

3.Membentuk dan melatih para huffaz di sekolah ini dengan latihan kepimpinan & pengurusan.

4.Memberi pendedahan kepada para huffaz di sekolah ini beberapa input berkenaan peluang untuk melanjutkan pengajian di dalam bidang hafazan Al-Quran dan peluang pekerjaan yang terdapat di dalam bidang hafazan Al-Quran.

5.Mengukuhkan ukhuwah dalam kalangan huffaz di sekolah ini dan memulakan lembaran ukhuwah di antara huffaz di sekolah ini dengan barisan mahasiswa Darul Quran dan Kolej Universiti Islam Selangor yang bertindak selaku koordinator program.

PELAKSANAAN

Program Pembangunan Hamalatul Quran 2010 akan dilaksanakan berdasarkan perancangan berikut :

Tarikh :

26-28 Mac 2010

( Jumaa, Sabtu & Ahad )

Lokasi :

Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran, Kg. Chenderah, 77000, Jasin, Melaka.

Tema :

”Ke Arah Melahirkan Generasi Huffaz Yang Unik”

Koordinator :

JAWATANKUASA KOORDINATOR

PROGRAM PEMBANGUNAN HAMALATUL QURAN 2010

SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ AL-QURAN

PENAUNG

USTAZ HAJI ISMAIL BIN YAACOB

PENASIHAT

USTAZ ABDULLAH BIN JANTAN

USTAZ JOHARI BIN SALEH

ENCIK ANIQ ASYRAN BIN AHMAD

PENGARAH

MUHAMMAD TAUFIK BIN MOHD RASHID KHAN

TIMBALAN PENGARAH

MUHD SALLEHUDDIN BIN AB. RANI

SETIAUSAHA

MUHAMMAD AZIZOL BIN MOHD SAHIMI

BENDAHARI

LUQMANUL HAKIM BIN ABD. RAHIM

UNIT PROGRAM DAN PENGISIAN

TENGKU IBRAHIM HELMI BIN TENGKU MOHAMMAD

UNIT DISIPLIN DAN IBADAH

MOHAMMAD SHAHFIQ BIN MOHD TAHIR

AHMAD ZULQORNAIN BIN MUHAMMAD MUCHTAR

UNIT PERSEGARAN

AHMAD AKMALUDDIN BIN ABDUL AZIZ

UNIT PERHUBUNGAN

MUHAMMAD ZUHRI BIN ABD RAHMAN

UNIT TEKNIKAL

AHMAD ZULHUSNAYAIN BIN MUHAMMAD MUCHTAR

UNIT CENDERAHATI

MUHAMMAD ‘UBAIDULLAH BIN ROZLAN

UNIT TUGAS-TUGAS KHAS

AYUB BIN AHMAD

Sasaran :

-Pelajar Tingkatan 1= Semua pelajar

-Pelajar Tingkatan 2= Semua pelajar

-Pelajar Tingkatan 3= Semua pelajar

-Pelajar Tingkatan 4= Semua pelajar

-Pelajar Tingkatan 5= Semua pelajar

Anjuran :

Bekas Pelajar Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran

Dengan kerjasama

Bahagian Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran,

Unit Motivasi dan Kaunseling Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran

Unit Tahfiz Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran

Panitia Bahasa Arab Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran

Unit Asrama Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran

GALERI GAMBAR





  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site